Pages

Memaparkan catatan dengan label isi hatiku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label isi hatiku. Papar semua catatan

Jumaat, 21 Jun 2013

Coret-coret

Bismillah....

alhamdulillah..hari ini dapat luangkan masa bersama Kak Azi kat Jitra sekejap..Merancang pagi untuk pergi rumah adik Anessa..tapi plan bertukar, sebab family dia ada hal..Alkisah dah on the way ke Jitra..then, we decide  singgah umah Nazirah(ana) jap, but before that pekena roti canai dulu dekat kedai berhampiran dengan rumah..Alhamdulillah, rezeki berjumpa dengan Lecturer Taxation,Puan Noraza, dan dia telah bayarkan roti canai untuk kami...Ana call my bro, "Dah makan lum?Nak Kak Chik beli roti canai tak?">>He answered.."Nak 2 keping roti canai teluq"....he...tak lupa order extra for daddy and kaklong, Although I know that, they will not eat them...As my expectation, ayah don't want to eat roti canai..Ayah kata " lot of cholestrol"....(Baik ayah.....^^).....

Memandangkan tak bawa buku study in my bag(not expect that those event will happen, I just read Novel Hlovate : Rooftop Rant...(I keep tell myself, ikhlaskan hati tolong orang..Nanti Allah buka pintu rezeki..InsyaAllah)......Baru belajar baca cerita Hlovate..Alhamdulillah, dapat banyak ibrah...Especially, the way they "revert" themselves back to the way of life of Islam...warrghhh..very respect..Sesambil tu, sembang dengan kak Azi mengenai perancangan masa depan, dan ke arah untuk membaiki diri dalam dakwah dan tarbiyah dan kendiri...(Slot muhasabah..)


Opppss..................................M.e.l.a.l.ut.........................................................................

Alkisah, pukul 2.30 kami berdua bergerak pi rumah Anessa selepas ayah dan Kimi balik sembahyang Jumaat...Alhamdulillah, sampai juga kat rumah dia dan dapat berukhwah dengan Anessa dan Mak Anessa, Cikgu XXXX(lupa nama pulak...>kena tanya kak Azi semula)....

Ana baru berkenalan dengan depa, memandangkan teman Kak azi ja(maap kepada sesiapa yang rasa pelik combination "Ana" + "depa".^_^)....At 3.30 p.m, ana bergerak pulang ke UUM  setelah hantar Kak Azi gi tempat meeting..

Alhamdulillah, sekarang dah sampai UUM..petang ni InsyaAllah, keluar awal with Wan and Alia...Wan nak jumpa Kak Senior kat dalam kampus,,,bas balik Kelantan pukul 9 malam...Moga jumpa sem depan lagi adikku!


"Rabbi Yassir, Wala Tua'ssir"

*Terasa berpeluh-peluh sampai UUM, dengan aircond tak berapa well function..>Membuatkan daku termuhasabah>>>"kalau dapat berpeluh di jalan dakwah..lagi best ni"....+berdoa agar aku diberi kekuatan yang lebih untuk mengorbankan diri membantu saudara seIslam, terutama di jalan dakwah!!termuhasabah...Pesanan buat diri, jangan pernah merungut, dengan kadar kepenatan, perpeluhan yang berlaku, kerana semuanya akan dibayar di Akhirat kelak....So, just ikhlaskan HATI!!

-bersangka baik dengan Allah in any situations-

Khamis, 21 Februari 2013

ziarah...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM....

Alhamdulillah, sempat luangkan masa untuk menulis:-)

HARI NI, hari ke 5 pangajian di semester 6...tadi duk buat nota comey, pastu mengantukk?he...

     Lepas isyak, berkesempatan menziarah adikku ukhti Aini with Nadirah:-) Syafakillah kepada Ukhti Aini kerana demam..panas ketara juga badan dia..Ana tengok  dia, hati berkata-kata "alhamdulillah, aku jarang sakit, kalau tak, mesti nama mak meniti di bibir.."aini tabah sebab tak balik umah, walau mata dia dah berair...kami sembang2 sket, and  'jelum' kepala dia dua kali memandangkan..Duk mikir jugak ketika tu, "kalau aku sakit dulu, apa ya yg mak buat?"........Ana dan nadirah sekadar beri sedikit 'tips'....moga cepat sembuh adikku..

    Kalau kita saki, kebanyakan kita mesti sebut nama mak2.....kan?Ibu ialah insan yang penyayang, yang paling dekat dengan kita...
   
     Pernah satu ketika, semasa ,menjaga arwah ibuku, mak masih sebut nama tok(sedih...tok dah takda...)....ana hanya mampu kata kat mak, "mak, tok dah takda, mak banyak2 sebut nama Allah, sebab hanya Allah yang mampu tolong mak."ana suruh mak sebut beberapa nama Allah juga...Ana tak tahu tindakan ana pada masa tu betul ke tak...dan moga ana kuat jika saat seperti itu terkena pula Allah...

      Moga Allah menjadi sumber kita dalam segala sesuatu!manusia hanya sandaran sementara...




"YA ALLAH, JADIKANLAH KASIH MU LEBIH AKU CINTAI DARIPADA DIRIKU SENDIRI, KELUARGAKU, DAN AIR YANG DINGIN..jadikan aku anak solehah kepada mak dan Ayah dan kumpulkan kami bersama-sama di syurgaMU.amin"♡♥


Hargai ayah pulak!


NURINSAN91,
UUM, SINTOK,




MENCARI CINTA NYA..







Jumaat, 18 Januari 2013

Indahnya Tarbiyah

Bismillahirahmanirrahim...

Alhamdulillah, syukur sangat2 Allah masih berikan aku masa untuk menulis tatkala akhwat-akhwat lain sedang berjuang dalam Muqayyam Dakhili waktu ini. Pada perancangan asalnya memang aku akan join program ni..Tapi perancangan Allah itu tentu lebih baik walau aku tidak menyukainya...Tak semestinya apa yang kita suka itu yang terbaik, kan???

  Aku habis exam hari tu 13/1/2013 tepat jam 12 tengah hari..lepas tu terus hantar kawan pada jam 1 suku pi Stesen Bas Changlun...petang tu kemas barang sket2(banyak gila)..

14/1/2013-Kemas barang- barang dalam keadaan malas2, alhamdulillah, kak Syakira banyak membantu tatkala terpaksa memindahkan barang2 ke dalam keta 3kali...huhu..Aku sorang ja rajin bawak balik banyak(alhamdulillah umah dekat), padahal kawan2 tinggal je barang kat sini..

15/1/2013-merancang nak teman Kak Syakira balik Perak, tapi tak jadi.....sebab tak ramaipun nak pi..So, I decided balik rumah...Terkejut jugak, balik tu ayah sakit belakang..tak tau sakit spesifik apa tapi ayah kata tulang ayah meletup..Tulah, sapa suruh tak minat sains....

16/1/2013- Ayah suruh Pak Lang(adik ayah) teman pi jumpa Pakar Tulang..Aku duk rumah jaga tok....Kaklong keja....Memang kena pegang tanggungjawab yang besar jugakk, tambah2 duk dekat nie, mudah-mudahan Allah berkati perjalanan hidupku,...Teringat time mak ada dulu...At that time, seba salah juga, sebab nak join program Muqayyam Dakhili kat Changlun dan diamanahkan untuk jadi AJK makanan bersama Ukhti Shikim...Kak Fatyha dah banyak tolong aku ++ akhwat lain...Mula2 boleh tahan lagi, duk pikir sorang-sorang,ayah bagi pi program, masalahnya aku tak gamak tinggal ayah, nanti mendatangkan fitnah pulak, duk join usrah2 tapi tak tau tanggungjawab kat ibu bapa...Kalau mak, alhamdulillah, she gave a lot of chance to go to programme, meetings,and  others.....even time she sick..Aku harap sangat2 setiap kebaikan yang aku sumbangkan di jalan Allah walau tak seberapa macam akhwat lain, sampai juga pahala buat mak dan ayah...

ku ingat lagi, di awal2 tarbiyah, kalau ada program jarang habaq kat mak ayah, walhal rumah dekat satu kilometer ja dari lokasi kami selalu mabit kat Taman Tengku Maheran, sebelum berpindah...kadang2 on the way balik pagi tu,(tunngu bas MARA) dah beberapa kali terjumpa mak ayah..he..time tu senyum ja..lama2 mak ayah boleh terima,,mak sume OKEY...ayah dia soal siasat lebih sket..he.detail gila....biasalah anak perempuan, sapa tak sayang...Cuma ayah selalu pesan pasl jangan duk sibuk usrah, pelajaran terabai.....Ayah duk tanya juga, apa faedah join+++ (jenuh susun ayat nak tackle)...

OOOOPPPPSSSSSSSSSSSS....dah melalut....



17/1/2013- Pukul 11.30 tengah hari dengan kebalnya beli barang sorang2, walau ada akhwat di UUM offer..masih mampu, insyallah....barang2 yang dibeli untuk BBQ:kentang, hotdog, nugget, roti for supper..(bajet makanan 60 orang)..lepas bayar. terus tolak troli ke kereta(tebal muka-padan muka sebab letak jauh sangat kereta..)

Tepat jam 4 petang, keluar beli ink printer kat kaklong, agak tough bagi aku sebab pi beli sorang2, parking penuh, terpaksa pusing 2x dan jalan agak jauh. Moga Allah redha..Lepas hantar barang, terus pi UUM, ada liqo' kejap...Lepas solat with Kak Azi, gerak gi DPP(asrama) Muamalat, YAB, Sime Darby, untuk ambil barang akhwat dan pi dengan Kak Rosie dan Nadirah di Bukit Kachi.. Alhamdulillah, sampai di lokasi program, Changlun, pukul 7.05 malam, letak barang2 depa dan solat maghrib...

 Sembang2 dengan sorang adik, MariyaUlfa sementara para peserta makan dan tunggu solat Isyak..mengenai sesuatu yang tak sia2, dan sangat beruntung bertemu dengannya, bersemangat, dan selalu bermusyawarah dengan guru2 dia, tentang tindakan2 yang dia lakukan dalam hidup dia, walaupun, hanya jumpa tak sampai 10x sepanjang semester ini, tetapi alhamdulillah ukhwah masih berjalan kerana-Nya, dan aku sangat terharu dengan tindakan dia yang lebih proaktif daripada aku, kerana menegur aku dahulu selepas solat di Masjid Sultan Badlishah pada awal semester ini..Aku harus mencontohi dia, kerana itulah seharusnya sikap seorang dai'e...so, change it!!

8.15 p.m, keluar pulang ke rumah dari Changlun ke Jitra sorang2, alhamdulillah 8.45 sampai rumah...Alhamdulillah Allah sentiasa ada untuk kita, buat2 berani dan banyakkan zikir, insyaAllah hati lebih tenang..=) Apapun, yakin pada pertolongan-Nya dan jangan drive laju=)


Sedih memang sedih...tak dapat join Muqayyam + pi Festival Beliawanis Nasional di UIA, tapi sentiasa mengingatkan diri akan kalam Allah,2:216...Alhamdulillah, ayah dah okey, skang kena jaga tok ja kat sini=) I hope I can join another program...Moga aku redha akan ketetapan Allah, moga Allah berikan ganti yang lebih baik...


buat akhwat2 yang pi program malam nie, selamat berjuang..moga kita sama2 mendapat kebaikan di sisi Allah..



Mencari Cinta-Nya,
19012013,
Jitra, Kedah


Ahad, 8 April 2012

BERSEMANGATLAH WAHAI DIRI!!!!!

Bismillahirrahmanirrahim.....
     Alhamdulillah, sejak sekian lama menyepi....diberi kekuatan oleh Allah untuk menulis...

cuti mid sem, 5-13 april 2012
misi: siapkan kerja yg terbengkalai
+ study!!!!+ jaga umah + settlekan hal2 lain
lokasi: umah di jitra....

Tengah hari tadi kakak n abang dah balik KL.....tinggal daku, adik, n ayah kat umah.....memang kena bertabah setelah mak x da......InsyaAllah, I'm strong...He's be here for me....(^_^)

                          Harapnya cuti nie dapat selesaikan misi...bukan sekadar bawak buku balik..tapi x baca...(kena penuhi muwasafat tarbiyah)


MISI CUTI NIE....mampukah bertahan??!!!!

jgn lupa jugak....


PENTING!!!

Nasihat buat diriku dan sahabatku yg kukasihi krn Allah...

           Let us achieve mardhatillah....kena kuatkan semangat lawan bisikan syaitan yg menghembus di depan, belakang, kanan, kiri.. Bangun awal untuk qiam n solat subuh jgk...Kadang2 kita mudah terhasut dengan syaitan + our nafsu jahat, even we already know that they are our enemies but we still do the same mistakes...huhu..(patut malu pada Allah kita nie...(T-T)) 
          
                        "Bukankah Aku telah memerintahkan kepada anak cucu Adam agar kamu tidak menyembah syaitan? Sungguh, syaitan itu musuh yang nyata bagimu. dan hendaklah kamu menyembah-Ku. inilah jalan yg lurus."(Yassin: 60-61)

     walau acapkali kita membaca surah Yassin pada malam Jumaat, namun berapa ramai di antara kita + me yang benar2 menghayati kalimah Allah + peringatan Allah nie??? Kita selalu membaca al-quran tanpa HATI, jadi berkemungkinan kuranglah kualiti penghayatan kita...Ada di kalangan para sahabat rasulullah yang menangis bila membaca ayat yang menerangkan ancaman Allah spt neraka, namun KITa?? 


"Dan kehidupan dunia ini, hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang2 yg bertakwa. Tidakkah kamu mengerti?" (6: 32)


Benarlah kata2 ALLAH ini....Kengkadang kita berseronok hingga lupakan Allah dalam sedetik dua atau yg lebih teruk x ingat lgsung..Yang  paling ingati-Nya cuma ketika dalam kesusahan...Dalam keseronokan dengan keluarga, kengkwn kita kdg2 melebihkan cinta kita kepada makhluk-Nya melebihi cinta-Nya....(T_T)

          Jom amalkan doa ini:   "Ya Allah, aku memohon kasih-Mu, kasih mereka yang kasihkan-Mu, dan perbuatan yang menyampaikan aku kepada kasih-Mu...Jadikanlah kasih-Mu lebih ku cintai melebihi diriku sindiri, keluargaku, dan air yang dingin...."







Jom kejar cinta Allah, moga allah mengampuni kita=) Bersemangat utk mencari cinta-Nya..

Jumaat, 16 Mac 2012

Kau pergi jua..

"BERSABAR DENGAN KETENTUAN ALLAH"

-Setiap yg hidup pasti akn merasai kematian-

  "Ya Allah, pertemukan aku dgn ibuku di syurga kelak, jauhkan dia dari siksa kubur, siksa api neraka, permudahkan dia untuk melalui titian siratmu.amin, ya RAb"

Isnin, 5 Mac 2012

Fikir dan zikir....


Assalamualaikum...

              Alhamdulillah buat diriku, masih diberi kekuatan oleh Allah untuk menulis...

Alhamdulillah jugak, hari nie mak dah operate buh alat 'belon'(x tau nama spesifik) kat saluran darah mak yg tersumbat....MOga Mak LebiH Kuat lepas nie...."Mak cik doakan mak cepat sembuh..."

""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""
                                   
                                                     SIAPAKAH DI HATIMU??


     Kadang2..
Rasa lemah diri ini,
Masih x mampu nak buang perasaan rendah diri yg 'overdose'
But, 
We need to trust that Inna Ddina i'ndaALlahil Islam..
(Sesungguhnya agama di sisi Allah hanyalah Islam)
So, for sure kita adalah orang yang HEBAT...
tapi,,,,,
Nak Hebat Macam Mana???
Macam peribadi.............
Nabi MUHAMMAD???
FaTimah Az-Zahra???
...................(sapa yerk??)
X kisahlah....
Yang penting...ALLAH IN OUR HEART..
Yang penting...ISLAM menjadi cara hidup kita,,

hATI YANG satu nie.....
banyak yg kena jaga, kena pertahankan...
Sebab ia hanya satu....
Bila sebut hati, ia berkaitan dengan iman,
So, macam mana iman kita??
Berlandaskan Quran dan Sunnah ker??
Ke terpengaruh dengan Anasir2 barat??
Macam mana cara hidup kita??
Baca doa time nak drive x?time makan?masuk toilet???
Huhu....
Sama2 kita muhasabah diri.....
Kita kata kita cintakan Allah, cintakan NAbi...
But HOW??
WhAT'S THE PROVE??
jOM muHAsaBAH......

Jadikan Dia the only LOVE that we have,
until the time ALLAH meet us with somebody that also 
love US coz of Him...
To bring us Ila Jannah(ke syurga)..

wallahua'lam...







Allah xkan pernah jemu untuk menunggu kita kembali kepada-Nya(^_^)


p/s:Thinking about HIM(the Creator of us)


-mencari cinta-Nya-

Isnin, 30 Januari 2012

Dok Wat Pa??

Bismillahirrahmanirrahim..


Dok wat pa cuti2 nie especially sapa yang duk tengah cuti semester(kwn2)...or..duk tunggu result spm(for my junior)???


1.Tengok movie
2.Tdoo...


Jeng..jeng...jeng....(HANYA ALLAH YANG MAHA TAU APA YG KITA BUAT)


Buat pa jer cuti nie???-sekali lagi tanya..huhu(for myself too..)


sama2 kita guna cuti nie untuk perbaiki diri, buat perubahan yang lebih baik dalam diri, insyaAllah...
____________________________________________________________________________


"Menjadi diriku atas kekurangan,
mnejadi diriku atas kelebihanku...."


-macam lagu edcoustic nie....huhu....


duhai sahabat," terimalah aku seperti apa adanya,
aku hanya insan biasa....


 x mungkin sempurna...."
        
    That's true, kita memang xkan sempurna seperti nabi Muhammad s.a.w yang ma'sum(terpelihara daripada dosa)........

TAPI.......

Yakin tak, kita boleh jadik seorang yang lebih baik daripada SEMALAM??
Takkan seluruh hidup kita nak STATIK ja till the end??

Takkan Allah SAJA-SAJA cipta kita and kita tunggu masa BACK TO HIM ja???

LOGIK KA? LOGIKA?? (^_^)


There's must be somthing Allah create us.....

Think about it!!! Dah tau or buat2 x tau???

huhu...(T_T)


Mustahil x nak berubah??

Mesti dak kan???Allah itu Maha Pengampun, Maha Penyayang...

Keampunan-Nya sentiasa mendahului Kemurkaan-Nya..

Put our TRUST in HIM..



ليس الایمان بالتمنى ولا بالتحلى ولكن هوماوقر فى القلب وصدقه
العمل.
“Iman itu bukanlah angan-angan dan juga bukan perhiasan: tetapi Iman itu adalah
sesuatu yang menetap di dalam hati, dan dibenarkan dengan amal.”
(H.R. Ad Dailami)




( وََأمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ وَنَهَى النَّفْسَ عَنِ اْلهَوَى ( 40 ) َفإِنَّ الْجَنََّة هِيَ اْلمَْأوَى ( 41


“Dan adapun arang yang takut memikirkan kedudukannya di sisi Tuhan-Nya, dan ia
melarang dirinya dari memperturutkan kemauannya, maka syurga itulah kelak yang
akan menjadi tempat menetap……
(Surah Al-Nazi’at: Ayat 40-41)



(amik dr FB seorg shbt)..

p/s:muhasabah diri. muhasabah iman


-mencari cinta-Nya-


Isnin, 31 Oktober 2011

Nasyid pilihan hati..

Bismillahirrahmanirrahim..


Alhamdulillah, di kesempatan nie ana kongsikan lagu nasyid dr kumpulan Saff One, walau sbnrnya lagu nie dah lama tubit...he,,Mga ada pengajarn yang kita amik...Tentukan titik di mana kita berada sekarang,mudah2an apa yg kita buat sentiasa di bawah rahmat dan redha Allah, InsyaAllah..


Terkadang kecewa dengan sikap diri, Berulang kali dikatakan pada diri,"aku mahu berubah ke arah yg lebih baik".....Namun, terlalu masih banyak kekurangan, namun, kutakkan berputus asa, krn kuyakin Dia bersamaku...
                                     -La Tahzan, InnaAllaha Maa'na!-


Rayuan Nurani

Album : 
Munsyid : Saff One
http://liriknasyid.com


Di antara kudrat Tuhan
Dia mencipta mnusia
Sebagai khalifah mentadbir bumi ini
Juga sebagai hamba nan berbakti dan berbudi
Ingatlah Tuhan yang Maha Kuasa

Ombak yang menderu
Dedaun berterbangan
Terkadang mengkhayalkan diriku
Terlupa aku pada pencipta yang Esa
Yang sentiasa melihat diriku

Di mana... Di mana berada
Di mana... Oh di manakah diriku

Adakah di jalan lurus atau dijalan yang berliku
Oh Tuhan tunjukkan ku jalan kebenaran
Ku tahu jalan bahagia
Penuh onak jua cabaran
Oh Tuhan beri kekuatan pada ku

Demi mendapat keredhaan dari Mu
Sanggup ku tempuhi ranjau yang penuh berliku
Dengan rahmat Mu ya Tuhan
Selamatkanlah diriku
Dari seksaan api neraka Mu

Lagu/lirik: Munif






















Sandaran Cinta

Album : Sandaran Cinta
Munsyid : Saff-One
http://liriknasyid.com




Menelusuri denai kerinduan ini
Ku atur langkah mendaki cinta yang tertinggi
Perjalanannya tak seindah bicara
Penuh onak berduri harus ku tempuhi


Di tengah rimba kehidupan
Menjalar akar perasaan
Malar kecintaan atau kebencian


Segar cinta bertunjang keimanan
Layu cinta kerana tersungkur di perdu dosa


Bila cinta diracun alpa dan prasangka
Pasti ia takkan kekal lama
Kebencian pun mula melata di jiwa


Ku mengimpikan kuntum cinta
Harum mewangi penuh warna
Kembangnya dibaja taqwa kepadaNya


Kan ku sunting ia jadi hiasan
Serikan kesuraman taman hatiku selamanya...ooo...


Namun cinta sejati, suci dan abadi
Hanyalah cinta pada Ilahi
Raih cintaNya syarat menuju firdausi
Sandaran cinta pada Tuhan Yang Esa


Tenang dirimbun kasihnya mengubat lara
Tak ketemu kecewa hanyalah bahagia




-mencari cinta-Nya-

Jumaat, 2 September 2011

Lebaran ini....



Bismilahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum,
Hari ini Alhamdulillah, dapat melalui dengan bersemangat, mudah2an balik university pun semakin bersemangat…insyaAllah(^_^)
    Esok insyaAllah merancang nak gi umah cikgu sekolah rendah,,
Alhamdulillah jugak, cuti nie berkesempatan bertemu dengan rakan2 sekolah menengah time raya ke-2..tak lupa juga sepupu-sepapat, pak cik mak cik time raya pertama..Mudah-mudahan tali persaudaraan berkekalan hingga ke syurga..Buat ahli keluargaku, sama2 kita doa dapat berkumpul di syurga nanti..amin..
       Raya ini berertikah buat kita? Rupa2nya banyak benda yang ana x tau especially mengenai sunnah nabi. Ana baru tahu sunnah nabi pada malam raya nabi akan bertakbir bersama ahli keluarga, tapi realitinya mcm mana yerk?? Mungkin kita melakukannya namun, adakah kita melakukannya kerana adat atau budaya atau sunnah??
Atau kita mungkin antara orang yg menghabiskan masa di ekspo raya pada malam raya untuk mendapatkan pakaian raya pada harga yg murah??Sob..sob…Ruginya kita kerana x bersungguh2 merebut ganjaran ramadhan dan Syawal.
Terkejut jugak ana dengan kesesakan kawasan berhampiran rumah ana selepas pergi terawih hari tue,,,masyaAllah, banyaknya kereta…Terdetik juga,ramai ke yg x perrgi terawih??.Takut juga memikirkan masa depan, mungkinkah kita antara orang yg meninggalkan amalan sunnah pada bulan Ramadhan..yang pastinya, kita sendiri yang kena bergerak untuk menghidupkan bi’ah solehah dalam hidup…Tidak mustahil amalan nie akan tinggal kenang kenangan kalau setiap individu x menggerakkan keluarga yang hidup berdasarkan sunnah..TIDAK!!!!
      Rasanya cukup di sini luahan rasa, jom baca artikel yg menambah input agama plak..insyaAllah..moga allah beriku kesempatan…

                                                     

                                                                      my family

Sepupu sepapatku


Bagaimana Ramadhan???Syawal???

Bismillahirrahmanirrahim...
-(actually dah tulis lama, tapi baru letak catatn nie)

Segala pujian bagi Allah yg telah menciptakan kita, memberikan nikmat2-Nya yang x terhitung,juga selawat dan salam kepada Nabi Muhammad s.a.w dan sahabat-sahabiah serta umat islam yg masih bersungguh-sungguh dalam mempertahankan kalimah Allah di muka bumi...

       Alhamdulillah, di kesempatan entry kali ini, ana telah sihat dan insyaAllah semakin bersemangat(^_^)
Alhamdulillah, Allah telah memberikan kita salah satu nikmat-Nya untuk terus berada dalam meniti perjuangan di sepanjang bulan Ramadhan. Mudah2an Allah akan menyampaikan kita kepada Ramadhan yg seterusnya pula.

     Di kesejukan malam ini dengan hujan sepanjang hari,malam penghujung Ramadhan, malam terakhir kita bertarawih di bulan Ramadhan ini, kesedihan menjenguk tangkai hati ini."Adakah Ramadhan ini benar2 yg terbaik buatku??" Lemah diri ini memikirkan kekerdilan diri ini jika dibandingkan dengan Rasulullah dan para sahabat terdahulu...

   Adakah kita masih termasuk dalam kalangan orang2 yg menantikan semoga Ramadhan berlalu dengan cepat atau orang yg ;sedar akn betapa specialnya Ramadhan dan menggunakan masa di Ramadhan ini dengan sebaiknya???huhu...pikir2kan...Ampunkan kami Ya Allah...

  Selepas ini, bermulalah kembali era godaan dan bisikan syaitan...Teringat kembali ana, bagaimana bulan Ramadhan yg tiada syaitan di sisi pun masih lagi tersungkur dengan nafsu, terutama sewaktu berbuka posa...Kadang2 duk pikir juga,kenapa dulu aku boleh makan sket, sekarang x???huhu...lemah benar diri..Mudah2an,semangat bermujahadah terus kembali dan mara!!! Chayok2..

   Apapun. never give up!!!la tahzan, innallaha maa'na!!! Sayawal bakal menjelma, menandakan kehidupan kampus juga bakal diharungi semula!!
   Buat akhwatku terutama di UUM,Moga kita subur dan mekar dalam tarbyah, dakwah ,study, akhlak, iman dan....Dakwah no.1, dan study bukan no.2!!
   Buat sahabat2 yg kukenali dulu, kini dan selamanya juga, jangan pernah berputus asa dalam membaiki diri kita ke arah yg lebih baik!! Sama2lah cari jalan yg diredhai-Nya..mudah2an kita dapat berkumpul di syurga kelak..Ukhwah fillah abadan abada...Jgn lupa tegur ana, kalo ada salah silap...

         Ya Allah, masukkan kami dalam kalangan orang-orang yang sedar,
         Tunjukkan kami jalan kebenaran agar dapat kami mengikutinya,
         Dan tunjukkan kami jalan kebatilan agar kami dapat menjauhinya...
                                                          Amin...

p/s: Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin....

   

 

Khamis, 21 Julai 2011

Khabaran rindu.....

Bismillah....


 Alhamdulillah, ana baru balik dari UUM, stay di sana 3 hari 2 malam, join program Bina Negara Bangsa under UUM bersama.....


      Banyak benda yang ana dapat, dan banyak benda yang nak kena xplore and need to know about our country, and we need TO THINK OUT OF THE BOX!!!insyaAllah..


     There, we all are 'anak kedah'..Alhamdulillah my friendship between my friends and I getting closer and I'm very Happy to see my friends which I knowing them during Matriculation(Murni, Asyikin 1, Ashikin 2, hafizah, Sofia, Syakirin and.....) Really miss them especially  Murni..I also met my senior which came from UniSZa and UMT if I not mistaken, Kak Zulaikha and Kak Naqibah....huhu..Terharu sgt as Allah give to know them and also my roomate for 3 days, Siti Nur Musyida binti Yusuf(Kak Syida Sem 4 UUM)..Although just knowing her first time here, but we be together everywhere...Pray jemaah together, eat together and seat beside me in the hall...Hopely this ukhwah will continue ila al-jannah..amin..


  Also, my group, Group 10....Hanim, Kak Ika, Sofia,Athirah, Hani, Aina,Hajar, hafizah,...See you all again in our project during the fasting month....insyaAllah...


To others yg ana ingat nama, Fadhilah, Wani, Erni .......syukran!!jumpak lagi masa akan datang..




Dear sahabat,
Aku ingin mencintaimu segenap hatiku,
namun aku malu untuk meluahkannya,
Terasa kerdilnya diri untuk berkata-kata,
Kerana harapanku,
Kita bersahabat bukan kerana kelebihanmu,
Buka kerana kekuranganmu,
Bukan kerana kekayaanmu,
Bukan kerana tugas yang diberi semata-mata,
Atau......??,
Tapi semuanya kerana Allah,
Ukhwah di jalan Allah,
Moga persahabatan yang dibina membawa kita ke syurga,
Moga ukhwah ini menjanjikan seinfinti cinta Allah..



Kepada sahabatku, di mana dikau berada, jadikan Allah tujuan hidupmu, Al-Quran dan Sunnah panduanmu,..
Jaga diri, jaga iman, Maaf atas segala kesilapan....







UKHWAH FI SABILILLAH


-MENCARI CINTA-NYA-

Ahad, 10 Julai 2011

CERITA HATI....

Hati diumpamakan bagai raja,
Yang memberi arahan pada seluruh anggota,
Yang berkuasa atas jasad kita,
Sesungguhnya dalam dalam dada manusia ada seketul daging,
Yakni Hati,
Bila hati itu baik, maka baiklah keseluruhannya,
Jika tidak sebaliknyalah berlaku....

Hati ini tidak akan pernah ceria,
Tidak akan bercahaya indah,
Tanpa cahaya-Nya,
Ya Allah, Ya Ghaffur,
Biarkan 'nur'-Mu terus mengisi relung ini,
Jangan biarkan diri ini mencari selain-Mu,
Kerna ku takut siapa yang membantuku,
Untuk bertemu-Mu,
Dalam keadaan rahmat,
Tanpa izin-Mu,

Ya Allah,
Sucikan hati ini dengan sifat ketakwaan,
Jauhkan dari kepura2an,
Keluh kesah,Bimbang,Lemah,
Jadikan doa sebagai senjata ku,
Ya Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati ini,
Tetapkan hati ini pada Agama-Mu,
pada ketaatan pada-Mu,
dan jihad di jalan-Mu,
Jadikan pandangan kami hebat hanya untuk-MU,
dan jadikan pandangan kami pada manusia itu kecil. 
Amin....

Jumaat, 24 Jun 2011

Alhamdulillah...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...


Alhamdulillah ana panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah krn dgn izin-Nya ana selamat sampai dari Matrk Changlun ke umah dan dimudahkan urusan...


Sedikit perkongsian pengalaman dan ibrah(pengajaran) buat ana sendiri dalam proses nak ke changlun..


Mula2 nak gi Changlun ngan Kak Zafirah ngan keta ayah...Risau jugak sbb boleh dikatakan hujan seharian...
Kemudian, tetiba Kak Zafirah kata dia x dpt keluaq sebab........Ghiso jugak sbb x berani nak drive sorang2 ke Changlun....Tengok jam....Hah, dah 2.30...Dah stat ta'lim untuk adik2 mtrk....Xpa....Yakin pada Allah moga dipermudahkan...last2, ayah dah balik dari solat dlm 2.30 ptg(igt nak gi kul 2.00)...


           Alhamdulillah mak cadangkan gi ngan ayah(cian kat ayah)...Alhamdulillah..ayah ok..tapi tggu ayah makan dulu, cian kat ayah(ana pun makan sekali)(^_^)....Tengok2 2.45 dah....huhu..Cian kat Kak Sya sorang2....Then, ana n ayah bertolak(ana memandu,cian kat ayah dah nak lena)>Mudah2an Allah menilai kebaikan ayah ana..huhu...3.20 sampai....


         Alhamdulillah jgak, adik2  x mai gi...Syukran, sugguh Allah Maha Mempermudahkan.., ramai yg outing, my x-roomate kt integrasi-farah balik umah with nang n zulia....X pa...Allah x menilai berapa ramai, tapi kesungguhan kita untuk berbuat, InsyaAllah..


Kul 3.40, stat ta'lim with Kak Sya ngan adik2....Best dgr pengisian dr Kak sya..Rasa roh iman kembali segar....Harap adik2 tue lagi bersemangat(^_^)..So, for me, gain iman sungguh2 kat umah!!!Jihad!!


"DAN BARANGSIAPA BERJIHAD, MAKA SESUNGGUHNYAJIHADNYA ITU UNTUK DIRINYA SENDIRI. SUNGGUH, ALLAH MAHA KAYA(TIDAK MEMERLUKAN SESUATU)DARI SELURUH ALAM".  (29:6)


alhamdulillah, kul 5 balik(ayah gi umah kwn tadi)...Then, drive balik...HUjan lebat...siap kena pasang lampu kecemasan..Perggghhh...memang pengalaman for da 1st time......Istighfar byk2..Alhamdulillah, kat jitra, dah x ujan....


Dah sampai, n alhamdulillah rezeki dr Allah melalui  Kak Sya-2 biji durian dari MARDi(tmpt practical Kak Sya)......


In conclusion, dpt pengajaran byk buat ana sendiri...Paling penting pergantungan pada Allah 100%, yg melembutkan hati mak ayah ana,  yg Maha Segala2nya...Mudah2an cinta Allah semakin utuh,,,Begitu juga, buat sahabat2ku,,, Ingatlah, FAIZA A'ZAMTA FATAWAKKAL A'LALLAH(apabila telah berazam-membulatkan tekad, bertawakalllah pada Allah.....InsyaAllah...Luv U Allah..


p/s:Jom muhasabah, berapa peratus pergantungan kita pada Allah..dan adakah kita merasa kebersamaan-Nya dengan kita(buat ana juga)......

Rabu, 22 Jun 2011

Duhai saudara2ku,,,,,

In the name of Allah.......


Alhamdulillah Allah Maha memberi kelapangan untuk ana terus mencoret sepatah kata dalam blog ini. Ana mengharapkan setiap masa yang kita ada diperuntukkan untuk Allah, terus mengingati-Nya agar diri ini sentiasa sedar bahawa kita yang bernama manusia yakni hamba Allah sentiasa di bawah pemerhatian, jagaan Allah selalu. Ana yakin bahawa Allah itu Maha Penyabar, kerana kita memang x pernah berhenti berbuat maksiat kepada-Nya, dan Maha Suci Allah, Allah masih memberi keampunan dan sanggup menunggu taubat hamba-Nya, jadi, sedarlah kita, betapa Maha Pemurah-Nya Allah...Walau diri ini belum layak dalam berkata-kata, namun bila diri ini mengingatkan orang lain, diri ini cuma mengharapkan diri ini turut sama tidak beringat dan terleka dengan tipu daya dunia..(T_T)


Duhai sahabat, apa reaksimu dan tindakanmu dengan catatan ana dengan tajuk2 ubat hati?Bagaimana juga reaksi dan tindakanmu selepas membaca artikel islamik blog2 lain, pengisian, ceramah dan lain2??


Cukuplah Allah mengetahui tindakan kalian dan usah kabarkan padaku....Sama2lah kita berusaha untuk berbuat dan berubah melakukan kebaikan...Ingatlah, Allah tidak memandang rupa paras kita sebaliknya hati kita...Sama2 kita buktikan cinta kepada Allah...Ucapkanlah Alhamdulillah, sujudlah kepada Allah kerana Dia masih mengetuk hati kita dan masih terpaut untuk melakukan perubahan ke arah kebaikan. Ingatlah redha Allah yang kita cari, bukan redha manusia..


"Allah memberikan dunia pada yang Dia cintai dan yang Dia benci. Tetapi Dia tidak memberikan (kesedaran ber) agama, kecuali kepada yang Dia cintai. Maka barangsiapa diberi(kesedaran ber) agama oleh Allah, bererti dia dicintai oleh-Nya.(HR. Imam Ahmad, Al-HAkim, dan Al-Baihaqi)


Subhanallah...




          


Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:


" ALLAH TIDAK MEMANDANG PADA RUPA-RUPA DAN HARTA-HARTA KALIAN, TETAPI IA MEMANDANG PADA HATI-HATI DAN AMAL- AMAL KALIAN.
                                                                                                                   (HR. Muslim)



Ayuh sahabat, berbuat kerana Allah..mudah2an ahli keluargaku, sepupu2ku, sahabat2ku di mana jua berada...sama2 kita muhasabah dan berubah...InsyaAllah.
 
                         

-mencari cinta Illahi-

Alhamdulillah