Pages

Sabtu, 2 Februari 2013

Syurga Seorang Isteri


Catatan ditulis pada 12:20 a.m, 3 February 2013(upload lewat..=))

Bismillahirrahmanirrahim…
Alhamdulillah Segala Puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam, tak lupa juga selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang dengan kehadiran baginda tersebarnya Islam ke seantero dunia.
Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah untuk ‘segar’ malam ni dan dapat ambil ibrah daripada cerita ‘Syurga Seorang Isteri’, TV3 jam 10 malam tadi. Walaupun tengok cerita tu alhamdulilllah masih dapat difahami mesej yang ingin disampaikan.(Kepada siapa yang tidak sempat menonton, boleh tonton di www.tonton.com.my =) )

Antara ibrah yang ana dapat ambil:
  1.    .  Syurga isteri adalah di bawah tapak kaki suami selagi suami masih mengikut kehendak syariat Islam.
  2.        Isteri harus taat pada suami(contoh meminta keizinan), tapi jangan sampai satu tahap dipergunakan suami.
  3. .       Tanggungjawab pada mak ayah masih perlu diberi, walau telah bersuami(bagi perempuan).
  4.              Penting persefahaman antara suami isteri.
  5.            Mak ayah kepada suami/isteri kita adalah macam mak ayah kandung kita.    
  6.      Hargai pengorbanan mak ayah sehingga kita boleh Berjaya..(Terngiang-ngiang ayat watak Salim kepada kakaknya,” You are nothing without them”.
  7. \\\\      Hargai nikmat yang Allah beri, jangan sampai satu hari Allah tarik semula nikmat tersebut.
  8.           Belajar untuk menghargai apa yang kita ada dan bersyukur.
  9.        Jangan membezakan anak-anak.
  10.       “Jangan takut untuk memberi, kerana segalanya adalah pemberian dari Allah."
  11.        Selesaikan segala hutang dengan segera.  
                      -Selamat menonton-
        Cerita yang boleh membuatkan orang menangis......Moga ketemu hikmah=)
   
     Mencari cinta-Nya. 






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Alhamdulillah