Khamis, 28 April 2011

5 syarat nak buat maksiat

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"


Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"






"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"


"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.


Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"


"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"


"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."


Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.


Renungkan2..sama2 kita perbaiki diri...

Sabtu, 23 April 2011

SOLAT OWH SOLAT

Assalamualaikum.................

KELMARIN JOIN KURSUS SMART SOLAT..ANJURAN PUSAT ISLAM UUM...alhamdulillah, walaupun terlewat hampir 2 jam, sbb join prgrm lain dulu...Alhamdulillah, dpt byk input...Rupa2nya,kadang2 aku fikir aku dah cukup mengenali solat, rupanya byk lagi yg x tau,,,Antara yg diingatkan dan diberitahu ustaz ialah:

  • bulu kucing adalah najis
  • perempuan, if ikat rambut dgn matikan dan gulung hukum makruh(kiranya bleh ikat satu,dan bwh dia lpskan rambut)-utk sume anggota tunduk kpd Allah
  • lafaz 'ALLAHU AKBAR' biar tepat..jgn terlbh double 'ra' dll
  • perempuan, tgn kanan yg ltk ats pusat, mestikan 5-5 jari pegang lengan dlm keadaan terbuka,bukan genggam
  • lelaki, lipat seluar makruh,lebih drp buku lali pun mkruh(kena muat2)
  • dahi mesti sentuh permukaan sejadah tanpa dihalang kain telekung yg dipkai.
  • kedudukan menghadap qiblat, rapatkan paha..............

TO BE CONTINUED....udah ngantuk...(-_+)MOGA DPT SEDIKIT ILMU..






Isnin, 4 April 2011

assalamualaikum....ana tau sume mesti tau lagu nie..he...saja ja...
just utk sama2 kita remind diri......


Sesungguhnya, dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian siang dan malam,terdapat tanda2(kebesaran Allah) bagi org2 yg berakal,
iaitu org2 yg mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan
tentang penciptaan langit dan bumi,(seraya berkata),
"Ya Tuhan kami,tidaklah Engkau menciptakan semua ini dengan sia2; Maha Suci Engkau, lindungilah kami dari azab api neraka...
(3:190-191)


amin ya rabbal a'lamin...

Ahad, 3 April 2011

SALAM.....

assalamualaikum,

dah lama x tulis blog.........huhu.....
insyaAllah apa yg ana tulis serba sedikit ilmu yang insyaAllah dgn rahmat Allah sama-sama kita amik manfaat..Alhamdulillah dicelah kesibukan ini Allah masih beri ruang dan peluang utk ana menulis....Kpd sahabat ana,Pah(Afifah Razak) terima kasih krn menegur akn status blog yg x update,,,,he..Syukran pah..
Ntah knp skang ni malas nak online....

TAJUK HARI NIE, TAQWA.....(^_^)

   rasanya sume mesti tau maksudnya..Ana masih igt lagi maksudnya kalo time2 spm dulu...
takwa: melaksanakan apa yg Allah suruh dan tgglkan larangan Allah....
Dalam usrah ana, murabbiyah gtau, dgn takwa, hasil yg kita dapat darinya, antaranya ialah:
-rahmat,
-berkat,
-jalan keluar,
-rezeki
-dihapuskan kesalahan..
-dan lain-lain...

Namun, apa yg diperkatakan disini ialah......kadang2, cakap tue memang senang, tapi nak capai tahap takwa tue, banyak alasan kita beri....(teori memang x sama dgn praktikal kan???)>>Sama2 kita ketuk diri dan hati kita ke arah mencari redha dan rahmat Allah..

Kalo, nak compare ngan para sahabat memang berbeza...Bayangkan time Allah keluarkan perintah larangan minum arak, lantas masyarakat arab zaman Rasulullah menumpahkan semua arak-arak yg ada di rumah mereka, dan dikatakan banjir mekah time tu...Subhanallah, betapa mantopnya iman depa kalo compare ngan depa...Iman kita setakat mana yerk?Senipis bawang, or rambut???Wallahua'lam...sama2 kita renung diri...insyaAllah Allah akan bantu hamba2-Nya yang telah menzalimi dirinya, seperti yg dikatakan Allah dalam surah Ali-Imran:133-135..

Yang bermaksud..............................

..............................................TO BE CONTINUED>>>>>>>>............................................

Alhamdulillah