Jumaat, 23 April 2010

IKHLAS(3)



  • KHUSUSUL NAFS-kepentingan diri spt ingin popular, ingin disedari atau tidak kerana kurang menyuluh hati. Awal2 lagi nawaitu(niat) telah rosak spt m'buat rumah di atas lumpur.

  • Ada 3 jenis kerosakan yg berlaku pd 3 jenis kedudukan:1-awal, 2-pertghan, 3-akhir

  • Kerosakan awal cthnya berdakwah. Sblm m'beri ceramah, hati kecilnya berkata:

"Inilah masanya nk jadi popular"Aku akn jadi terkenal?" Dgn ceramah ini dptlah duit poket."

Ada juga yg berniat utk mghentam s's'org atau golongan t'tentu sblm berceramah, akibatnya rosaklah ikhlasnya ibarat org yg melukis di atas air.


  • Kerosakan pertghan pula cthnya niat utk berceramah sudah baik tetapi sesuatu berceramah, ada pendengar yg angguk-angguk atau ada yg menangis krn m'dgr ceramah yg m'beri kesan itu hingga hati kecil kita berkata:"Hebat juga aku hingga ada org yg boleh terima ceramah ini dan ada pula yg menangis."

  • Kerosakan akhir pula cthnya niat dan sewaktu ceramah tidak apa2 yg rosak, berjln dgn baik tetapi sewaktu balik dr berceramah ada kwn kwn yg dtg bersama di dlm kereta berkata:"Hebat betul ceramah ustzh/uztaz tadi hingga ada yg menangis."Waktu itu maka datanglah rasa ujub hingga lupa ia itu semua datang dari Allah jua. Sepatutnya ia merasa malu kerana ini semua bukan dari dirinya tetapi hakikatnya dari Allah. Org begitu ibarat membangunkan rumah tiba2 siap shj rumah itu terus runtuh.

  • Org ramai yg mendengar ceramah tersebut juga tidak berubah sebab hati sudah cacat. Mereka memuji kita, tetapi tidak berubah sbb dari rasa riak. Sifat taqwa sudah ternafi. Oleh itu buatlah kerja2 dgn penuh tawadhuk, takut dan cemas sama ada diterima amalan kita atau ditolak.

p/s:moga kisah2 selitan dari IKHLAS ini mampu kita adaptasi dalam hidup..moga2 segala2nya adalah krn Allah..perbaharui niat selalu>buat diriku juga=)

IKHLAS(2)

  • ERTI IKHLAS: Murni, bersih, jenis dia shj, x bercampur jenis2 yg len. Tak dinodai spt air yg tidak bercampur dgn sabun, tepung, sbb apabla sudah bercampur dgn benda lain, sudah tidak khalis lagi(x pure).
  • Begitulah dlm beramal, solat, zakat, baca quran, mengajar, berdakwah, menolong, motivasi, forum, ceramah, belajar semata2 kerana Allah:krn suruhan-Nya, krn mencari keredhaan-Nya, krn arahan-Nya, krn mentaatinya, krn patuh pd-Nya..
  • Jadi, perkara di atas adalah dari sbb atau Kerana-nya Yang Satu, tujuan yg satu, dan didorong oelh yg satu iaitu Allah.
  • Abadikan diri krn Allah, tidak dicampur atau bercampur selain Allah-itulah Ikhlas-dorongannya satu.
  • Apa yg nak berlaku atau nak jadi atau tidak jadi, tidak timbul sama sekali sbb niat semata2 krn Allah.
  • sekiranya niat, dorongannya telah bercampur atau terselit niat2 yg lain dr Allah spt riak, megah, glamor, pangkat, org minta, takut org tak suka, mental exercise, hendakkan piala, hadiah, krn kwn2 ia tidak khalis atau ikhlas telah ternoda. Dgn itu, boleh jatuh syirik khafi.
  • Di akhirat nanti Allah menyuruh dia meminta pd org yg dia niat krnnya. Allah tidak bls kebaikan itu krn ia mempunyai "kerana-kerana" yg selain dr "kerana Allah".
  • Untuk ikhlas, sebenarnya amat susah sekali terutama yang ada kaitan kepentingan umum atau org ramai yakni yg terdedah kpd pandanganumum spt berdakwah, mengajar, gotong-royong, baca al-quran di depan orang, forum, upacara memberi hadiah- lebih2 lagi org yg tidak memikirkan hati lalu dibiar dan terbiar. Jarang diambil kira, selalunya ramai yg terjebak.

IKHLASKAH KITA(1)?-diamik dr article yg pensyarah ekoku bg.


  • Ikhlas adalah yg paling tinggi selepas iman. Ia adalah rahsia Tuhan sehinggakan para malaikatpun tidak tahu dan yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya.

  • Ia adalah penentu sama ada amalan diterima atau ditolak.

  • Ada para sahabat apabila mendgr tentg ikhlas menangis mereka. Mereka merasa tidak selamat, rasanya tidak mungkin dpt perolehinyayg begitu tinggi nilainya krn susahnya m'dpt ikhlas. Islam tidak membenarkan s's'org mengaku ikhlas. Siapa yg mengaku ikhlas, automatik ikhlasnya terbatal.

  • Cth bagaimana yg dikatakan m'ngaku ikhlas: Membantu s's'org sambil b'kata, "Ambillah, saya ikhlas"....Menolong s's'org tpi p'tolongannya ditolak. "Saya tolong awak ini ikhlas, tapi sedih, awak menolak"... Dalam menulis surat kita selalu mengakhiri dgn tandatgn, "Yang ikhlas" Yang benar".

  • Dalam islam, mengaku baik adalah salah. Siapa yg mengaku ikhlas, siang2 lagi terbatal. Tiada siap yg mgetahui siapa yg ikhlas sekalipun yg empunya diri. Tiada siapa yg berhak m'ngaku ikhlas, cuma berusaha moga2 jadi ikhlas dan moga2 diterima Allah.

Alhamdulillah