Pages

Selasa, 18 Disember 2012

Ukhwah di hati..

Bismillahirrahmanirrahim....
Bismillah...

 Alhamdulillah telah banyk nikmat yang Allah telah berikan sejak dulu, kini, dan selamanya.. Semalam, alhamdulillah, ana dan akhwat selamat mengadakan sedikit jamuan bersama-sama adik-adik dan rakan-rakan di Bukit Kachi memandangkan ini adalah minggu terakhir Tazkirah mingguan pada semester ini. Ini bermakna exam semakin dekat..♡♥Terasa ukhwah yang dijalin semakin berpadu, ap solat sama2 dan makan bersama2..insyaAllah..dapat kenal juga lagi seorang adik junior yang rupa2nya sekelas kenegaraan dengan ana, rasa rugi tak dapt berkenalan dari awal sem..:-( ana datang agak lewat sebab hantar x- romate, Ummi Hani ke Stesen Bas Changlun.Alhamdulillah Allah memudahkan perjalanan kami walau kami bertolak agak lewat. 

Moga ukhwah yang dijalin adalah kerana Allah, dan buat Ummi Hani, moga Allah sentiasa melindungimu...Buat akhwatku, doakan kita terus tsabat dijalanNya untuk memperbaiki diri dan mengajak orang lain mendekati Allah♡♥

Sabtu, 15 Disember 2012

Sedetik Cuma

Alhamdulillah, di celah2 kesibukan dapat berblog..kangan sih...:-)

     Hari ini,  dapat luangkan masa bersama kawan2, family...

Kak syakira sedang berjuang di Negeri Sembilan, ana tolong ganti untuk usrah Kak Sya.....

Moga Allah redha...KAK SYA SELAMAT BERJUANG...

Jumaat, 16 November 2012

Aktiviti hari ini

Bismillahirahmanirrahim...

Alhamdulillah, telah berlalu masa untuk hari ni=)satnya masa berlalu...

           Pagi tadi adikku menemaniku untuk ke Ambank untuk uruskan pasal hutang mak...Hari tu Mak Cik Ros dah settlekan hutang mak, tapi depa masih libatkan charge untuk tarikh selepas mak tak da....Ingatkan nak settle hari ini jugak, tapi.............permintaanku lambat dilayan...boleh ja nak bayaq terus, tapi kita yang rugi, dan menyebabkan aku ambil keputusan untuk tanya kaunter pertanyaan..awal2nya, dia dah layan-dia suruh ana cakap ngan service no. of mbf card,tapi x sempat cakap abih, orang tu nak cakap dengan officer Ambank...huhu...Tapi....miss tu da hal, and orang tu dah letak fon...dia kata tunggu sat....ana pun tunggu kat sebelah kaunter dia....dekat 15minit kot...huhu..sedih jugak..(mungkin diri ni tak cukup sabar)...Then, I call my bro,Kimi,"Kimi, awat dia tak layanpun..."sob2..pastu, xpalah, balik terus, sebab Miss tu pun sibuk layan orang lain...huu..Then, I decide, takpalah, telefon kaunter service mbf card sendirilah (cari no.fon kat internet) and bayar online terus senang sket...-anyway, to myself, think positive-need to improve my communication skill-
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Petang, layan cerita Khalifah kat TV3..balik cuti ni, baru 1st time tengok tv...huhu..sampai berita apapun tak berapa alert(internet ada kononnya...=))..Alhamdulillah, best cerita tu ada byk pengajaran...Tapi bagi pandangan ana, watak perempuan tu memang best, sebab dia berjaya buatkan ramai orang di sekeliling dia terutama anak2 yatim and family En. Nazim(lakonan Isma Daniel) berubah ke arah yang lebih baik)...bestnya bila jadik perantara untuk berubah and seseorang dengan Allah...

    Cerita ke 2, pasal ibu tunggal yang berjaya(Mak Pah) yang berjaya wanita yang sama title dengan dia dan dia turut membantu anak2 muda di Rumah Titian Kasih...sangat respect dia sebab mampu ajak ramai orang ke arah yg lebih baik sehingga ada antara anak2 tu dapat pi oversea.....wah, kalolah ana mampu...sebagai dai'e, perlu lebih bermuhasabah..huhu.Teringin, nak jadi orang yang bermanfaat untuk masyarakat, walhal pngorbanan yang dilakukan amat sedikit(mungkin hati ni masih x cukup ikhlas seperti Mak Pah)

buat diriku, Aja2 Fighting, keep closer to Allah, dan baiki diri..

_________________________________________________________________


Acara malam nie, nak buat apam pokodot ngan kaklong...pagi tadi buat spagetti(walau dalam hati boring, tapi atas permintaan kimi n kaklong)he..
jgn marah ya kaklong..

Kimi dah pi pondok..walaupun sedih, tapi redha sebab untuk kebaikan dia, kalo kat umah, suara tak larat nak berleter...moga dia lebih memahami Islam dan beramal dengan ilmu....

harap2 nie aktif semula berblog=)

Rabu, 14 November 2012

Salam Maal Hijrah

Alhamdulillah, telah masuk tahun baru rupanya kita ni:-)sedar x sedar masa semakin berlalu pergi meninggalkan kita...huhu..

      Pada saat ini, sedang berada di rumah bersama adik tercayang, yakni HAKIMI...hehe..Cuaca kat umah redup ja, mungkin sedang menyuarakan kegembiraannya untuk menyambut Awal Muharam:-)moga hati ini juga begitu...

AWAL MUHARAM DETIK PERMULAAN,
PENGHIJRAHAN TAHUN ISLAM HIJRAH,
PERPINDAHAN NABI DAN UMAT ISLAM,
DARI KOTA MEKAH KE KOTA MADINAH.........

Penghijrahan kita melibatkan lebih byk pengorbanan nafsu gamaknya....
Untuk berhijrah ke arah yang lebih baik....mungkin tak ternampak macam pengorbanan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w, berhijrah dari satu tempat ke satu tempat yang lain..Namun, pada hakikatnya, nak berhijrah melawan hawa nafsu agak susah kerana ia berada di dalam diri kita, dan hanya kita mampu mengawalnya..




MOGA DIBERIKAN KEKUATAN OLEH ALLAH...jom jadi 'orang baru'♥♡♥♡


ALLAHUMMASOLLIA'LA MUHAMMAD


Rabu, 29 Ogos 2012

Ketuk diri: Dah berapa pages hari ni?


Bismillahirrahmanirrahim....

Pernah lihat gambar nie??(^_^) Sapa yang selalu buka FB dan share mana2 part yang best mesti tau!

What do you feel when read ayat in this picture? Strange? Normal? Cool? -answer by your own, don't need to tell me;)

Firstly, I really appreciate the person who uploaded this picture, 

This picture, learnt me a lot: READ AL QURAN and try to HAFAZ...impossible??possible??-we decide it!!

Ketuk hati: novel cintan kita boleh habiskan satu malam, so, kenapa masih ragu2(nasihat buat diriku, yang dulu memang peminat novel cinta.ANDA??;))

Teringat ayat yang dibaca dari buku ANIS bulan puasa hari tu,cover page Fatimah Syarha dan suaminya, magic statement depa untuk Ramadhan hari tu: '30 hari Ramadhan, bacaan 30 juzuk al-Quran, hafazan 30 helai'....kita??moga masih ada peluang untuk kita..Jom buat target!!




Ahad, 26 Ogos 2012

Back 2 Him..

Alhamdulillah, aku mula mendapat kekuatan untuk menulis setelah lama tinggalkan....:)

Detik ini sorang- sorang ja kat rumah, memandangkan ayah pi rumah Tok, kaklong kerja...kakak dan abang dah balik KL, Kimi dah balik pondok.....

  Saat ini memang detik yang aku nantikan, sebab boleh spend banyak masa dengan Allah berbanding apabila bersama keluarga di sampinh menjadi suri rumah, kerana aku takut lalai untuk mengingati-Nya, atau masih kurang rasa Ikhlas untuk mencari cinta-Nya,aku lebih suka duk sorang2, tapi my Murabiyah sem lepas, Kak Tiqah tahu how my attitude is, and always remind me, "jangan suka duk sorang2, syaitan suka"-bukan apa, time tu lagi duk layan perasaan..

    Bagaimana dengan para sahabat?Waktu bila yang paling disukai??Sobsob...sama2 kita muhasabah diri...

Berada di rumah memang best, terlalu selesa...Aku lebih suka keadaan di universiti, hanya ada yang perkakas yang kita perlu: katil, meja, almari, ruang solat, yang mencabar: LAPTOP!!takut terlebih guna daripada study!! Aku harap dapat cari erti KESEDERHANAAN dalam hidup..kerana aku harap dapt jumpa Allah dalam keadaan yang terbaik.

Jom kenali diri kita:

kelemahan KITA di rumah.Cth:
1.X leyh duduk dalam suasana yg selesa
2.....
3.....

kelemahan  KITA kat universiti.cth:
1. x boleh makan banyak(tertido awal)
2. overdose online(alhamdulillah, bilik x dpt wifi-use BB)
3......


So, sama2 kita kenali diri kita, untuk kita lebih menghampiri Allah...
berusahalah untuk mencintai jalan dakwah jugak.

Ketuklah diri kita dengan Kalamullah:

"Katakanlah,"Jika bapak-bapakmu, anak-anakmu, saudara2mu, isteri2mu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tmpt tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya serta berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusan-Nya." dan Allah tidak memberi petunjuk kepda orang-orang yang fasik. (9:24)

.............................................................................................

Alhamdulillah, Allah menggerakkan hati adikku untuk belajar di Pondok,walau awal2 memang dia diduga dengan buli...Walaupun dia tinggi dari aku, n besar sket, tapi bagi aku dia lembut hati(x pandai lawan) kat luar walau kami di rumah selalu buli kakak2 dia.Aku bersyukur, Allah menjaga dia dengan x pandai berkawan ngan budak2..tapi kadang2 tahap malu/malasnya melebihi kakaknya. Nak suruh pi beli makan payah,kadang2 pi jugak walau dengan kepayahan...

    Kelmarin, dia dah blk pondok, dia baru 28 hari duk pondok, syarat mula2 duk pondok kena stay sampai 40 hari dulu.. First2 ingatkan ok, tetiba time aku duk tingkat atas,dia kata."kak cik, mai turun sat".Dia buat luahan hati...huhu..Sedih jugak tengok dia, naseb baik ayaq mata dia menitik pelan2, Alhamdulillah, pujuk punya pujuk dia ok sket, tapi ayat last dia membimbangkanku, "bulan September/ Oktober cek nak berhenti"..Papun, aku doakan Allah sentiasa memberikan yang terbaik buat adikku.

  Hari ini ayah hantar barang yang tertinggal kat Kimi, dan aku selitkan satu 'nota' untuk adikku..Moga dia baca dengan hati yang rela..

..............................................................................................


Kejap sahaja masa berlalu, sudah hampir 5 bulan emak meninggalkanku,,macam tak percaya, tapi itulah hakikat, bahawa setiap insan akan kembali kepada Rabb, dan kitapun tak terkecuali, cuma yang membezakan kita adalah masa yang telah ditetapkan...

'Bersediakah kita untuk bertemu dengan-Nya?'


-Ya Allah, aku memohon cinta-Mu, cinta orang yang mencintai-Mu, dan perbuatan yang menyampaikan daku kepada cinta-Mu.- amin..






-Lagu yang best dengar time di malam yang sunyi sepi-(^_^)

Mencari Yang Maha Satu


Bismillah…
                Alhamdulillah, hari –hari yang dilalui semakin hampir dengan-Nya. Tatkala ini, bimbangkah kita jika semakin jauh dari-Nya, akibat  terlalu nikmat dengan pemberian-Nya? Koreksi diri, perbaiki diri! Jadilah kita hamba- hamba yang berusaha mendekati-Nya.
                Mungkin suatu ketika dahulu kita pernah merasai cinta manusia itu melebihi cinta Allah, tapi sedarkah kita kasih sayang Allah itu lebih mesti diutamakan? Malunya diri ini tatkala berbicara tentang cinta Allah, aku sedar aku mungkin tidak mendapat lagi cinta-Nya, namun, hati ini sentiasa bersyukur kerana sentiasa diketuk untuk kembali kepada-Nya, untuk terus bersemangat mencari redha-Nya, dan meningkatkan kualiti diri dan dakwah untuk mengajak manusia kepada-Nya!



                

Selasa, 26 Jun 2012

5 minit rest..

Assalamualaikum...




Lama tak update blog nie...
Actually,petang nie exam...(^_^)..mengantuk jugak..so, hilangkan kemengantukan kejap..


petang nie, BFMA-International Business- 80 objektif, 2 q stucture..
Harap boleh score yang TERBAIK.....





-cari kekuatan melalui DIA-

Isnin, 4 Jun 2012

Sahabat Baik Vs Kurang Baik?(2)

Bismillahirrahmanirrahim....

Astaghfirullahala'zim3x...


Bersyukur ke hadrat Allah atas nikmat yg diberikan..


Apabila memperkatakan tentang S>A>H>A>B>A>T.....




Wajah siapa yg anda bygkan? Bagaimana ciri- cirinya???-Mudah2an sahabat2 yg kita jumpa baik2 belaka...(^_^)...Kadang2, mungkin juga sahabat yang kita jumpa, tidak 'sekufu' dengan kita, namun, yakinlah ada hikmahnya Allah mempertemukan kita dengan dia.Mungkin, kita boleh belajar something dari dia...Sesungguhnya, setiap insan tidak maksum seperti Nabi Muhammad s.a.w..


           Post sebelum nie, adalah mengenai ciri2 sahabat baik Vs Sahabt Kurang Baik...Dah baca??Usah menoleh atau melihat orang di sebelah anda atau orang lain...Tapi lihatlah diri kita sendiri..Antara persoalan yang boleh ditanya,

      "Aku nie dah jadik sahabat yang baik ke?Adakah aku mengajak sahabatku kpd Allah atau tidak?"
"Aku nie hidup sendiri2 ker?"
"Adakah aku cari kawan hanya ketika susah dan tinggalkan bila senang??"

-harap jadik sahabat yg mcm di bawah nie....



Sapa nak jadi seorang sahabat seperti ini?


Wah, memang syahdu kalo dapat jadik sahabat macam nie...Bila pandang muka kita, teringat tilawah baca x habis lahi ka.....Barulah dikatakan bercinta sampai ke syurga(^_^)...Ayuh, sahabat..kita jadik sahabat yang TERBAIK...


Tegurlah dengan berhikmah sahabat kita, jika dia melakukan kesilapan. Mungkin juga dia melakukan kesalahan dalam keadaan tidak mengetahui ataupun terlupa(think positive)....Berani ker????mungkin malaikat yg mencatat pun duk menunggu bila kita nak pi tegur....Itulah manusia, benda yg baik malu/ segan nak buat....Bila nak ajak pi makan, pi main boling ka..pi sembang senang...Tapi bila nak buat baik(ajak pi msjd, nak tegur jgn keluar kerap dgn laki bila bilangan perempuan sket dari laki, no couple bla2................................................LAMBAT sekali..huhu..(muhasabah buat diriku)...

 Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain naungan Allah; di antaranya ialah dua orang yang berkasih sayang kerana Allah yang kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah... ” (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah) 




Berdoalah agar kita, roomate kita, sahabat2 dari tadika sampai ke akhir hayat kita dapat berkumpul semula di dalam syurga...Jgn lupa KELUARGA kita.....Jika kita renung semula sirah nabi, keluarga adalah antara tempat pertama bagi Rasulullah menyampaikan dakwahnya...Pesanan buat diri sendiri, jgn lupa ajak adik- beradik ke arah kebaikan(teringin nak buat usrah dlm family)....InsyaAllah, segala2nya tidak mustahil, bukan?




K, that's all.....Maap salah kurang duhai sahabatku..Moga berjaya dunia akhirat (^_^)GD luck exam jugak...


-Jom amalkan, sebelum tido maafkan semua kesalahan sahabat kita-




                                       

 
FIKIR-FIKIRKAN.......huhu



Jadilah sahabat yg bersahabat kerana Allah(^_^)
         




Adakah kita menjadi sahabat seperti ini??



                                 


            -JADILAH SAHABAT TERBAIK-

Sabtu, 2 Jun 2012

Sahabat Baik Vs Kurang Baik??(1)

sifat sahabat yang baik-


Ya Allah, jadikan persahabatan yang terjalin ini adalah kerana Allah
 dan membawa kami ke syurga..



 1.memiliki akhlak dan budi pekerti yang baik yang membawa maksud seorang yang disenangi,mempunyai akal yang baik,berbudi pekerti dan mematuhi perintah allah contohnya menjaga solat,rajin memberi nasihat dan sebagainya.sering juga mengajak kita melakukan kebaikan untuk diri dan masyarakat.berbicara dengan penuh kelembutan dan kesopanan.


 2.menutup keburukan dan kekurangan sahabat baik semasa kita ada ataupun tiada.tidak menceritakan keaiban orang lain kepada sahabatnya dan jika dia melihat sesuatu yang tidak baik tentang diri kita,dia akan menjaga aib tersebut.ini sesuai sebagaimana sabda baginda muhammad shalawatullahi wassalam yang bermaksud 


"sesiapa menutup keburukan saudaranya (aib)maka allah akan menutup keburukannya diakhirat (riwayat ibnu majah)...  juga dalam surah al hujurat ayat 12 , allah juga ada menukilkan sebagaimana firmannya 


"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani". (al hujurat ayat 12)


 3.memperbesarkan kebaikan yang dilakukan oleh sahabatnya yang memberi maksud sahabat kita sering menanyakan tentang kesusahan yang kita hadapi kerana ingin berkongsi kesusahan ,kesedihan dan kesenangan bersama ,menjadi penghibur waktu kita bersedih dan pelindung jika memerlukan.sanggup mengorbankan masa,harta dan tenaga untuk memenuhi hajat sahabatnya 


 4.menyebut kebaikan yang memberi maksud jika dia mendapat sesuatu kebaikan daripada kita,dia akan menghargai dan menyebut nyebut kebaikan itu.tidak pula dia berkecil hati jika kita tidak mampu membantunya


 5.mudah mengalah yang memberi maksud jika berlaku salah faham nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga hubungan persahabatan.mengorbankan perasaan sendiri demi menjaga hati sahabatnya 6.mendorong kita mencapai kejayaan didunia dan juga diakhirat.saling menasihati sahabatnya berkenaan hal hal dunia dan akhirat.bersedia untuk menerima nasihat dan menasihati. 







sahabat yang perlu kita jauhi


 1.mementingkan diri sendiri yang memberi maksud dia terlalu banyak meminta minta dan sedikit memberi.mementingkan diri sendiri dan kedekut dalam setiap perkara.keutamaannya ialah nafsu diri sendiri kerana tamak pada kemewahan dan harta dunia. 


 2.kaki pengampu yang memberi maksud setiap perkara yang kita lakukan dia akan bersetuju,tidak kira samaada perkara itu betul ataupun salah.apabila berhadapan ,dia akan memuji muji kita namun dibelakang kita,dia merendahkan rendahkan atau mengutuk kita dan mungkin mengkhianati kita.


 3.pemboros dan suka hiburan yang membawa maksud apabila seronoknya datang,dia menjadi kawan yang setia.dia senang menjadi sahabat jika kita suka berfoya foya,berkeliaran dan melepak pada bila bila masa serta suka ketempat tempat hiburan dan meminati hiburan yang melalaikan. 


 4.membuat kan kita semakin jauh daripada allah yang memberi maksud mengajak supaya meninggalkan solat contohnya ataupun mengajak kita kearah maksiat dan sebagainya 


 5.suka berbantah bantah ,jenis orang yang suka bertikam lidah dan ia merasakan satu kemenangan dalam berhujah dan langsung tidak mahu mengalah untuk menerima pandangan orang lain. maka oleh itu berhati hatilah pembaca pembaca sekalian dalam memilih sahabat kerana ia akan menjadi cermin keperibadian kita.berkawan lah dan bersahabat lah kerana allah untuk mencapai redanya .


Rasulullah saw pernah bersabda 


“... Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain naungan Allah; di antaranya ialah dua orang yang berkasih sayang kerana Allah yang kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah... ” (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah) dan...


 Hadith lain Rasulullah SAW berkata, Demi yang diriku ada di Tangan-Nya, tidaklah seorang hamba itu disebutkan beriman sehingga dia mencintai bagi saudaranya apa yang dia cintai bagi dirinya sendiri."(Diriwayatkan AL-bukhary dan Muslim)




Jumaat, 25 Mei 2012

Coret kata

Bismillahirramanirrahim...


          Alhamdulillah segala Puji bagi Allah, Pencipta Seluruh Alam....


Persoalan buat diriku: "Bagaimana iman hari ini? Masih bersemangat seperti awal2 di tarbiyah dulu?"


_______________________________________________________________________________
Aktiviti hari ini:
Hari ini ana dan akhwat yang lain pegi ke Muzium Kedah...dah lama tak pi dalam 8 tahun...Alhamdulillah dalam sejam sampai di sana...Mengimbau sejarah Kedah dan masyarakat Melayu itu sendiri...Sebelum bertolak pulang ada sedikit Tayangan dan tazkirah mngenai kedatangan Islam dan Melayu itu sendiri di Kedah....Melayu harus POWER..
________________________________________________________________________________

to be continue...

Khamis, 17 Mei 2012

KEWAJIPAN SEORANG MUSLIM-IMAM HASSAN AL-BANNA


Assalamualaikum...


 Entry kali ini ana kongsikan kewajipan seorang muslim bagi seorang muslim...Berat ker tajuk nie??
InsyaAllah,mudah-mudahan Allah memberi kita kefahaman tentang Islam yang sebenar dan daripada 38 kewajipan yang digariskan ada yang kita dah buat dan ada yang masih on-off lagi...Moga diri kita ada pembaikan dari masa ke semasa...Muhasabah buat diri jugak..

_________________________________________________________________________________


Di dalam risalah At-Taalim Asy-Syahid Hassan Al-Banna telah menetapkan lebih tiga puluh kewajipan bagi seseorang saudara muslim yang menggabungkan dirinya dengan Harakah Islamiah. Dengan kewajipan-kewajipan ini Imam Al-Banna telah merumuskan kewajipan setiap seorang muslim terhadap dirinya, rumah tangganya dan masyarakatnya.


Beliau mengatakan:
"Wahai saudara yang jujur! Keyakinan saudara terhadap persetiaan (baiah) ini, menuntut saudara menunaikan kewajipan-kewajipan berikut ini sehingga menjadi batu-batu yang kukuh bagi binaan kita".



1.Saudara hendaklah mewiridkan (membaca) Al-Quran kira-kira satu juzuk setiap hari dan bersungguh-sungguh melakukannya supaya dapat khatam dalam tempoh tidak lebih dari satu bulan tetapi janganlah dihabiskan dalam tempoh kurang dari tiga hari.



2.Saudara hendaklah membaca Al-Quran dengan baik (sebutan dan tajwid), sanggup pula mendengar dan merenungi maksud pengertiannya.


3.Saudara juga hendaklah mempelajari sirah perjalanan hidup Rasulullah s.a.w dan sejarah angkatan salafussoleh yang mampu dilakukan sesuai dengan ruang waktu yang ada pada saudara. Sekurang-kurangnya saudara membaca buku "Hamalatul Islam" sebagai kajian permulaan. Hendaklah saudara memperbanyakkan membaca hadis-hadis Rasulullah s.a.w dan menghafal sekurang-kurangnya empat puluh hadis iaitu hadis 40 susunan Imam Nawawi. Saudara juga hendaklah mempelajari sebuah risalah atau kitab mengenai usul-usul akidah dan sebuah kitab mengenai hukum-hakam fekah.


4.Saudara hendaklah segera berjumpa doktor supaya diperiksa kesihatan am saudara. Jika didapati ada apa-apa penyakit saudara hendaklah segera mencari ubatnya. Saudara hendaklah mengambil berat terhadap sebab-sebab kekuatan badan dan pemeliharaannya. Di samping itu saudara hendaklah menjauhkan diri dari perkara-perkara yang boleh melemahkan kesihatan.
Saudara hendaklah menjauhkan diri dari meminum kopi, teh atau minuman menyegarkan seumpamanya secara berlebihan. Janganlah saudara meminumnya kecuali di ketika yang sangat perlu dan janganlah sekali-kali saudara menghisap rokok.



5.Saudara hendaklah mengambil berat tentang kebersihan dalam semua perkara, dalam rumah tangga, pakaian, makan-minum, tubuh-badan dan tempat kerja (pejabat) kerana agama ini dibina di atas dasar kebersihan.



6.Saudara hendaklah bercakap benar dan jangan sekali-kali berdusta.


7.Saudara hendaklah menunaikan dengan tepat segala kata-kata dan janji dan jangan sekali-kali saudara memungkirinya walaupun dalam keadaan paling sulit sekalipun.


8.Saudara hendaklah bersifat berani dan tahan memikul bebanan (tanggungjawab), semulia-mulia keberanian talah berani berterus-terang dalam perkara yang benar dan sanggup menyimpan rahsia, berani mengaku kesilapan diri sendiri, sanggup menyedarkan diri sendiri dan mampu mengawal diri ketika marah.



9.Saudara hendaklah bersikap serius dengan cara bersungguh-sungguh dalam sesuatu perkara. Kesungguhan sikap ini tidaklah sampai kepada peringkat sehingga menahan saudara dari bergurau-senda dengan cara yang benar dan ketawa dengan senyum.


10.Saudara hendaklah bersifat pemalu, halus perasaan dan mudah terasa (peka) kepada sesuatu yang baik ataupun yang buruk, dengan cara menunjukkan kegembiraan kepada sesuatu kebaikan dan menunjukkan kedukacitaan terhadap sesuatu yang buruk. Saudara hendaklah bersikap merendah diri tetapi bukan kerana merasa hina atau bertongkat dagu kepada orang lain. (Jika saudara menuntut sesuatu) saudara hendaklah memintanya kurang dari martabat kerana dengan cara demikian saudara dapat mencapai martabat sebenarnya dengan kebenaran.
11.Saudara hendaklah berlaku adil dan benar dalam menjalankan sesuatu hukum dalam segala perkara dan jangan saudara melupakan kebaikan orang lain kerana marah dan janganlah kerana sayang. Budi orang lain hendaklah dikenangkan walaupun ketika bermusuhan. Saudara hendaklah sanggup bercakap benar walaupun ke atas diri sendiri atau ke atas orang yang paling hampir dengan kamu walaupun ucapan itu pahit.



12.Saudara hendaklah benar-benar cergas dan terlatih dalam melakukan kerja-kerja kebajikan am sehingga saudara merasa bahagia dan menyenangkan perasaan apabila saudara dapat memberi khidmat kepada orang lain. Untuk maksud ini saudara hendaklah menziarahi orang-orang yang sakit, membantu orang yang berhajat (memerlukan), meringankan orang yang menanggung bebanan dan melapangkan orang yang ditimpa bencana dan melapangkan orang yang ditimpa bencana walaupun sekadar mengeluarkan kata-kata yang baik dan manis. Kesimpulannya hendaklah saudara segera melakukan kebajikan.


13.Saudara hendaklah bersifat belas-kasihan, pemurah dan bertolak-ansur. Dalam perkara ini saudara hendaklah memberi kemaafan dan mengampunkan kesilapan-kesilapan orang lain dan sentiasa bersabar dan bertenang. Bertimbang-rasa bukan terbatas kepada manusia sahaja malah terhadap haiwan sekalipun hendaklah saudara bertimbang-rasa. Saudara hendaklah memelihara pergaulan dan akhlak yang baik dengan orang ramai, memelihara adab-sopan secara Islam, menaruh belas kasihan terhadap yang lebih muda dan menghormati orang-orang yang lebih tua, melapangkan tempat duduk di dalam majlis-majlis perhimpunan, janganlah saudara mengintai-intai, mengumpat-umpat dan menceroboh. Saudara hendaklah meminta izin terlebih dahulu sebelum memasuki ke satu-satu tempat dan ketika hendak mengundurkan diri daripadanya.


14.Saudara hendaklah boleh membaca dan menulis dengan baik dan sentiasa banyak mengulang-kaji risalah-risalah Ikhwanul Muslimin seperti akhbar-akhbar, majalah dan seumpamanya yang diterbitkan oleh mereka. Seboleh-bolehnya saudara hendaklah memiliki kutub khanah (perpustakaan) sendiri walaupun kecil. Dengan ini saudara pula hendaklah mendalamkan ilmu pengetahuan dan kepandaian saudara. Jika saudara termasuk dalam golongan yang mempunyai pengkhususan berkenaan urusan-urusan dalam bidang tertentu, saudara hendaklah mempunyai pengalaman berkenaan urusan-urusan keIslaman sekadar yang membolehkan saudara melihat dan menghukumnya supaya selari dengan tuntutan-tuntutan fikrah perjuangan kita.


15.Saudara hendaklah membuat sesuatu pekerjaan ekonomi sekalipun saudara sudah kaya-raya dan hendaklah saudara memilih dan membuat apa jua pekerjaan yang bebas sekalipun kecil. Ceburkanlah diri saudara ke dalam bidang berkenaan walau apa juga kedudukan ilmu pengetahuan yang ada pada saudara.


16.Janganlah saudara mencari-cari kerja di dalam jabatan-jabatan kerajaan malah saudara hendaklah memandang pekerjaan seperti itu sempit pintu rezekinya. Tetapi jangan pula saudara terus menolak apabila datang peluang pekerjaan. Janganlah pula saudara lepaskan pekerjaan tersebut kecuali kalau ia benar-benar bertentangan dengan kewajipan-kewajipan dakwah kita.


17.Saudara hendaklah berjaga-jaga supaya dapat menunaikan tugas dan tanggungjawab saudara dengan penuh amanah tentang kelicinan dan kehalusan pekerjaannya, jangan sekali-sekali anda menipu, malah saudara hendaklah menunaikan tugas tersebut tepat dengan mdan janjinya.



18.Saudara hendaklah menuntut hak-hak saudara dengan cara yang baik dan menunaikan hak-hak orang lain dengan sempurnatanpa perlu dituntut dantidak menangguh-nangguhkan.


19.Saudara hendaklah menjauhi permainan judi walau apapun jenisnya dan walau apapun tujuannya. Saudara juga hendaklah menjauhi sebarang cara penghasilan yang haram sekalipun memperolehi keuntungan dengan serta merta.



20.Saudara hendaklah menjauhi amalan riba dalam seluruh muamalat malah hendaklah saudara membersihkan diri sama sekali dari sebarang amalan riba.


21.Saudara hendaklah menggunakan harta kekayaan Umat Islam kepada jalan-jalan yang menggalakkan perusahaan dan institusi-institusi ekonomi Islam dan saudara hendaklah berjaga-jaga supaya jangan tercicir walaupun satu sen ke tangan pihak yang bukan Islam walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Janganlah saudara memakai dan memakan kecuali pakaian dan barang makanan yang dikeluarkan oleh negara Islam.


22.Saudara hendaklah menyumbangkan untuk dakwah kita dari harta saudara dan jangan lupa mengeluarkan zakat yang wajib malah hendaklah saudara menguntukkan sedikit daripada harta itu untuk menolong pengemis-pengemis dan orang-orang yang terputus rezeki sekalipun pendapatan saudara sangatlah kecil.


23.Saudara hendaklah menyimpan sebahagian dari wang pendapatan saudara untuk waktu-waktu kecemasan walaupun sedikit dan janganlah sekali-kali saudara terjerumus di dalam amalan-amalan membelanjakan wang dalam perkara-perkara yang tidak mustahak.


24.Saudara hendaklah berusaha sedaya upaya menghidupkan adat-adat yang bercorak Islam sebaliknya mematikan adat-adat asing dalam semua lapangan hidup. Di antara adat tersebut ialah cara-cara memberi hormat, bahasa, sejarah. Masa bercuti, makanan, minuman, cara-cara datang dan pergi, cara berduka, cara bersuka dan sebagainya. Dalam semua kebiasaan-kebiasaan itu saudara hendaklah beramal dengan sunnah Rasulullah s.a.w.


25.Saudara hendaklah pulaukan mahkamah tempatan dan sebarang proses kehakiman yang bukan Islam, kelab-kelab, akhbar-akhbar, perkumpulan-perkumpulan, sekolah-sekolah dan institusi-institusi yang menentang fikrah Islamiah. Pemulauan tersebut mestilah dilakukan secara bersungguh-sungguh.


26.Saudara hendaklah sentiasa merasai diri saudara berada di bawah pengawasan Allah s.w.t, mengingati hari akhirat dan bersedia untuk ke sana dan hendaklah saudara mempertingkatkan perjalanan hidup sehari-hari satu peringkat ke satu peringkat yang lebih tinggi dalam mendapatkan keredaan Allah dengan hemat dan keazaman yang kuat. Dekatkanlah diri saudara kepada Allah s.w.t dengan cara mengerjakan ibadat-ibadat sunat seperti sembahyang tahajud (di waktu malam), berpuasa sekurang-kurangnya tiga hari setiap bulan, memperbanyakkan zikir di dalam hati dan lidah dan berdoa dengan doa-doa yang ma'thur dalam setiap keadaan.


27.Saudara hendaklah melakukan dengan baik apabila bersuci (iaitu berwuduk dengan cara menyempurnakan segala syarat dan rukunnya) dan hendaklah saudara sentiasa berada di dalam keadaan berwuduk.


28.Saudara hendaklah mengerjakan sembahyang dengan cara yang betul (iaitu menyempurnakan syarat dan rukun-rukunnya) dan menunaikannya pada waktu-waktunya dengan mengutamakan sembahyang berjemaah dan sembahyang di masjid seboleh yang mungkin.


29.Saudara hendaklah berpuasa pada bulan Ramadan dan menunaikan Haji ke Baitullah apabila saudara berkemampuan pergi ke sana dan jika sekiranya saudara belum mampu hendaklah membuat persediaan untuknya mulai sekarang.


30.Saudara hendaklah sentiasa berada di dalam keadaan niat berjihad dan bercita-cita untuk mati syahid serta melakukan persediaan sedaya-upaya untuk berjihad dan mati bersama-sama dengan para syuhada'.


31.Saudara hendaklah sentiasa memperbaharui taubat dan memohon keampunan, menjauhkan diri dari dosa-dosa besar. Saudara hendaklah memperuntukkan masa selama satu jam sebelum tidur untuk menghisab diri saudara tentang kebaikan-kenaikan dan kejahatan-kejahatan yang telah saudara lakukan. Saudara hendaklah menjaga masa kerana masa itu adalah kehidupan. Oleh itu janganlah saudara membazirkan masa itu walaupun sedikit kepada perkara-perkara yang tidak memberi faedah dan hendaklah saudara menjauhkan diri dari perkara-perkara yang syubahat dan samar-samar hukumnya supaya saudara tidak terjatuh ke dalam perkara-perkara yang haram.


32.Saudara hendaklah bersungguh-sungguh melawan hawa nafsu saudara sehingga mudah saudara mengendalikannys. Saudara mestilah menjaga penglihatan saudara (dari benda-benda atau tempat-tempat yang haram) dan kuasailah desakan-desakan naluri saudara dengan cara mengarahkannya kepada perkara-perkara yang halal lagi baik dan elakkanlah diri dari sesuatu yang haram walau apapun bentuknya.


33.Saudara hendaklah menjauhkan diri sama sekali dari arak, minuman-minuman yang memabukkan dan minuman-minuman yang melemahkan kesihatan badan atau minuman yang seumpamanya.


34.Saudara hendaklah menjauhkan diri dari berdampingan dengan rakan-rakan yang jahat, kawan-kawan yang rosak dan segala tempat berlakunya maksiat dan dosa.


35.Saudara hendaklah memerangi tempat-tempat permainan yang keji apatah lagi menghampirinya malah saudara juga menjauhkan diri dari cara hidup yang bermewah-mewahan dan bersenang-lenang.


36.Saudara hendaklah mengenali anggota-anggota pasukan saudara demi seorang dengan sebenar-benar pengenalan. Di samping itu saudara juga memperkenalkan diri saudara kepada mereka sama seperti saudara mengenali mereka dengan cara menunaikan dengan sempurna hak-hak persaudaraan seperti kasih-sayang, menghargai, memberi pertolongan, mengutamakan diri mereka dan menghadiri majlis-majlis mereka, janganlah saudara ketinggalan dari menghadirinya kecuali keuzuran yang tidak dapat dielakkan. Saudara hendaklah sentiasa membuktikan bahawa saudara benar-benar mengutamakan diri mereka dari diri saudara sendiri.


37.Saudara hendaklah melepaskan diri daripada berhubung dengan sebarang badan atau kumpulan yang tidak memberi faedah kepada fikrah perjuangan saudara terutama jika saudara disuruh berbuat demikian dengan kumpulan seperti itu.


38.Saudara hendaklah bekerja untuk menyiarkan dakwah saudara di segenap ceruk rantau dan saudara hendaklah melaporkan kepada pucuk pimpinan tentang keadaan suasana yang mengelilingi saudara dan janganlah saudara melakukan sesuatu kerja yang menjejaskan dasar-dasar seruan kita melainkan dengan mendapat keizinan terlebih dahulu (dari pucuk pimpinan). Dalam melakukan kerja sedemikian, saudara hendaklah mempunyai hubungan yang rapat dengan pucuk pimpinan, malah dari sudut jiwa dan amalan saudara hendaklah menganggap diri saudara adalah seorang perajurit yang sentiasa bersiap-sedia di khemahnya, hanya menunggu saat menerima perintah dan tindakan.

Jumaat, 11 Mei 2012

Hari ini sbg Hamba Allah..


Assalamualaikum sahabat…

                Di keheningan ini ku menyatakan kerinduanku terhadap ibuku….Entah kenapa hari ni I think a lot of my UMI,,,Mungkin sbb umah sunyi..Moga mak tenang kat sana..

                Pagi tadi join riadah(naik beskal) ngan akhwat kat PUSAT SUKAN UUM…lama tak naik beskal…Terasa indah hari ni kerana aku merindukan ukhwah yg terjalin kerana Allah…Ukhwah??Akhwat selalu pesan….Ukhwah ada kaitan dengan IMAN..berjalan seiring…Apabila ukhwah meningkat, insyaAllah iman jugak akan meningkat(salah satu factor).              





Tengah hari program kat JENAN tolong akhwat ISMA untuk handle aktiviti KRIM untuk adik2 muslimat……best juga erkongsi rasa dan ilmu dgn adik2..harap2 cuti nanti dapat buat program dengan adik2 IKUPS tersayang…I hope I can be somebody who can contribute what she has for ISLAM and AKHIRAT, I pray that the ‘pahala’ will be given by Allah to my UMI and ABI too….

ditulis pd 11/5/2012..

Isnin, 23 April 2012

Di antara masa....


Salam, kepada Sahabat semua yang berada berdekatan UUM...jemput hadir=)

Rabu, 11 April 2012

Jagalah HATI yang SATU...


Bismillah.....


C.I.N.T.A......................


Suatu perkara yang subjektif.....
Bila seorang junior yang kurapat(dia baru call tadi) sejak dari sekolah menengah kata...


"Kak Adik, kami(A) dah tersuka kat seseorang..tapi..kami tau benda tu mustahil...."


huhuhu.....
Nak kata pa yerk???


Kucuma katakan: " A masih muda, banyak lagi benda kena pikir....Kawal perasaan tu, sibukkan diri buat benda bermanfaat..Fokus studi betol2,kena yakin jugak urusan jodoh nie Allah dah tentukan...B'doa ja dari skang...."


A: Kalo kami doakan dia adalah jodoh kami or at the same time dia dah ada org camna?"


Ana: Doakan dari skang, wat solat istikharah..Kalo dia memang jodoh A,insyaAllah Allah akan temukan jugak, kalo dia bukan jodoh kita, doalah moga Allah temukan insan yang lebih baik...Kita kena berusaha MENJADI insan yang lebih BAiK, bukan MENCARI..(kata2 kak usrah"menjadilah,jangan mencari")


Tulah, jwpn dari insan yang kurang ilmu tentang cinta,,,,


Namun, bagi diriku,  kita kena usaha mencari cinta Allah dulu, insyaAllah cinta manusia akan dtg selepas itu, x kisahlah cinta dari seorang sahabat, keluarga dan insan lain. Kena berusaha membaiki diri dulu, ilmu pun terlalu cetek...Amal pula baru bertatih untuk konsisten....


      Ada pendapat???Mudah2an cinta kita kepada makhluk tidak mencintai cinta kita kepada Allah dan Rasulullah...(kdg2 kurasakan syg kat arwah mak lagi dari sayang kat Allah dan Rasullullah > kena perbetolkan byk perkara lagi)....Moga Allah terus memandu hati ini untuk mencari cinta-Nya yang hakiki...

Amalkan doa ini: Ya Allah, aku memohon kasih-Mu, kasih mereka yang kasihkan-Mu, dan perbuatan yang menyampaikan aku kepada kasih-Mu.Jadikanlah kasih-Mu lebih aku cintai daripada diriku sendiri, keluargaku, dan air yang dingin.


         "Dan di antara manusia ada yang menyembah Tuhan selain Allah sbg tandingan, yang mereka cintai seperti mencintai Allah. Adapun orang2 yang beriman sangat besarnya cintanya kepada Allah....... (Al-Baqarah:165)





p/s:doa itu senjata orang mukmin. Pertingkatkan keyakinan kita kepada Allah...(^_^)



To be continue.....????insyaAllah...

Ahad, 8 April 2012

BERSEMANGATLAH WAHAI DIRI!!!!!

Bismillahirrahmanirrahim.....
     Alhamdulillah, sejak sekian lama menyepi....diberi kekuatan oleh Allah untuk menulis...

cuti mid sem, 5-13 april 2012
misi: siapkan kerja yg terbengkalai
+ study!!!!+ jaga umah + settlekan hal2 lain
lokasi: umah di jitra....

Tengah hari tadi kakak n abang dah balik KL.....tinggal daku, adik, n ayah kat umah.....memang kena bertabah setelah mak x da......InsyaAllah, I'm strong...He's be here for me....(^_^)

                          Harapnya cuti nie dapat selesaikan misi...bukan sekadar bawak buku balik..tapi x baca...(kena penuhi muwasafat tarbiyah)


MISI CUTI NIE....mampukah bertahan??!!!!

jgn lupa jugak....


PENTING!!!

Nasihat buat diriku dan sahabatku yg kukasihi krn Allah...

           Let us achieve mardhatillah....kena kuatkan semangat lawan bisikan syaitan yg menghembus di depan, belakang, kanan, kiri.. Bangun awal untuk qiam n solat subuh jgk...Kadang2 kita mudah terhasut dengan syaitan + our nafsu jahat, even we already know that they are our enemies but we still do the same mistakes...huhu..(patut malu pada Allah kita nie...(T-T)) 
          
                        "Bukankah Aku telah memerintahkan kepada anak cucu Adam agar kamu tidak menyembah syaitan? Sungguh, syaitan itu musuh yang nyata bagimu. dan hendaklah kamu menyembah-Ku. inilah jalan yg lurus."(Yassin: 60-61)

     walau acapkali kita membaca surah Yassin pada malam Jumaat, namun berapa ramai di antara kita + me yang benar2 menghayati kalimah Allah + peringatan Allah nie??? Kita selalu membaca al-quran tanpa HATI, jadi berkemungkinan kuranglah kualiti penghayatan kita...Ada di kalangan para sahabat rasulullah yang menangis bila membaca ayat yang menerangkan ancaman Allah spt neraka, namun KITa?? 


"Dan kehidupan dunia ini, hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang2 yg bertakwa. Tidakkah kamu mengerti?" (6: 32)


Benarlah kata2 ALLAH ini....Kengkadang kita berseronok hingga lupakan Allah dalam sedetik dua atau yg lebih teruk x ingat lgsung..Yang  paling ingati-Nya cuma ketika dalam kesusahan...Dalam keseronokan dengan keluarga, kengkwn kita kdg2 melebihkan cinta kita kepada makhluk-Nya melebihi cinta-Nya....(T_T)

          Jom amalkan doa ini:   "Ya Allah, aku memohon kasih-Mu, kasih mereka yang kasihkan-Mu, dan perbuatan yang menyampaikan aku kepada kasih-Mu...Jadikanlah kasih-Mu lebih ku cintai melebihi diriku sindiri, keluargaku, dan air yang dingin...."







Jom kejar cinta Allah, moga allah mengampuni kita=) Bersemangat utk mencari cinta-Nya..

Jumaat, 16 Mac 2012

Kau pergi jua..

"BERSABAR DENGAN KETENTUAN ALLAH"

-Setiap yg hidup pasti akn merasai kematian-

  "Ya Allah, pertemukan aku dgn ibuku di syurga kelak, jauhkan dia dari siksa kubur, siksa api neraka, permudahkan dia untuk melalui titian siratmu.amin, ya RAb"

Isnin, 5 Mac 2012

Fikir dan zikir....


Assalamualaikum...

              Alhamdulillah buat diriku, masih diberi kekuatan oleh Allah untuk menulis...

Alhamdulillah jugak, hari nie mak dah operate buh alat 'belon'(x tau nama spesifik) kat saluran darah mak yg tersumbat....MOga Mak LebiH Kuat lepas nie...."Mak cik doakan mak cepat sembuh..."

""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""
                                   
                                                     SIAPAKAH DI HATIMU??


     Kadang2..
Rasa lemah diri ini,
Masih x mampu nak buang perasaan rendah diri yg 'overdose'
But, 
We need to trust that Inna Ddina i'ndaALlahil Islam..
(Sesungguhnya agama di sisi Allah hanyalah Islam)
So, for sure kita adalah orang yang HEBAT...
tapi,,,,,
Nak Hebat Macam Mana???
Macam peribadi.............
Nabi MUHAMMAD???
FaTimah Az-Zahra???
...................(sapa yerk??)
X kisahlah....
Yang penting...ALLAH IN OUR HEART..
Yang penting...ISLAM menjadi cara hidup kita,,

hATI YANG satu nie.....
banyak yg kena jaga, kena pertahankan...
Sebab ia hanya satu....
Bila sebut hati, ia berkaitan dengan iman,
So, macam mana iman kita??
Berlandaskan Quran dan Sunnah ker??
Ke terpengaruh dengan Anasir2 barat??
Macam mana cara hidup kita??
Baca doa time nak drive x?time makan?masuk toilet???
Huhu....
Sama2 kita muhasabah diri.....
Kita kata kita cintakan Allah, cintakan NAbi...
But HOW??
WhAT'S THE PROVE??
jOM muHAsaBAH......

Jadikan Dia the only LOVE that we have,
until the time ALLAH meet us with somebody that also 
love US coz of Him...
To bring us Ila Jannah(ke syurga)..

wallahua'lam...







Allah xkan pernah jemu untuk menunggu kita kembali kepada-Nya(^_^)


p/s:Thinking about HIM(the Creator of us)


-mencari cinta-Nya-

Alhamdulillah