Ahad, 24 Julai 2011

Kumenantikanmu....

Bismillahirrahmanirrahim....





Firman Allah s.w.t yang bermaksud:


            "Wahai orang- orang yang beriman!Telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sepertimana diwajibkan 
          ke atas orang-orang yang sebelum daripada kamu. Mudah-mudahan kamu akan bertaqwa."
                                                                                           (Al-Baqarah:183)

Ramadhan kian menjelma, namun, apakah kita bersedia bertemu dengannya??



PREPARE FOR IT!!!


Let's us make a target to achieve in this Ramadhan Al- Mubarak..


Target :
How many 'juzuk' of Al-Quran we read per week in the month of Ramadhan??


Do we 'istighfar' every day?


Do we 'selawat' every day?


Do we 'qiam' today?


Do we really fasting today in real words???





Make a target, and do it!!insyaAllah...may Allah give us the strength!!
_______________________________________________________________

Ramadhan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, bukan juga sekadar penunggu sehingga berbukanya 
puasa..Kita orang camtue ker?? Kerana Ramadhan turut menguji iman dan taqwa, menahan maksiat mata, maksiat hati, maksiat.....Boleh ker??Sanggup??Nak buat perubahan pada Ramadhan ini??


Bagiku, Ramadhan memang benar2 menguji iman...tambah2 buat sapa2 yang berpuasa di rumah cuti ni....For the first time berpuasa penuh setelah 5 tahun berpuasa di sekolah..
Ramadhan ini, perbaikilah dengan terbaik demi mencari redha-Nya..

Ramadhan,
dilimpahi seribu rahmat,
Syaitan turut diikat dan dibelenggu,
So, tinggallah nafsu yang telah berada dalam diri,
yang telah di'train' oleh syaitan sejak 8 bulan lalu,
Dari Muharam hingga Syaa'ban ini..
Adakah ia memungkinkan kita memenangi perlawanan ini??
We decide it!!

Perangilah nafsu!!!
Jihad fi sabilillah....





-mencari cinta-Nya-

Jumaat, 22 Julai 2011

Untukmu yang Bergelar Wanita


Bismillah,

Ana berkongsi artikel dari seorang sahabat, dan ana letak linknya sekali di bawah..Moga sama2 kita dapat manfaat(^_^)

______________________________________________________________________________________________

Sabda Rasulullah SAW dalam hadis Riwayat Muslim, "Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah." 


Ramai manusia menisbahkan kemulian wanita pada kecantikan semata-mata.
Ada juga yang menisbahkan kemuliaan mereka pada kekayaan, dan tidak kurang juga pada keturunan.
Tetapi ini semua adalah penilaian oleh insan yang buta mata hatinya.
Sesungguhnya kemuliaan semua makhluk Allah SWT adalah terletak pada tahap ketaqwaan kepada Allah SWT.

Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa.
Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita, walaupun mereka diselubungi kelemahan, tapi teriakan mereka mampu merubah segalanya.
Kerana itulah sebagai anak, dia perlu menjadi anak yang solehah.
Manakala sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya.
Sebagai ibu pula, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih dan sayang.

Firman Allah SWT dalam surah An-Nisa' ayat ke-24 yang bermaksud, "Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun."

Dalam Islam wanita amat dihormati dan dihargai peranannya. Sebagaimana eratnya hubungan siang dan malam yang saling melengkapi, begitu juga lelaki dan wanita diciptakan untuk saling melengkapi.
Setiap lelaki dan wanita memiliki tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan yang berlainan, sesuai dengan fitrah masing-masing. Namun, matlamat hidup setiap lelaki dan wanita adalah sama, iaitu mencari keredhaan Allah SWT.

Rasulullah SAW telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan menurut fitrah ia dijadikan sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud,
"Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu." Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

Nilai wanita bukan terletak pada pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulan.
Wanita solehah itu adalah wanita yang tegar menjaga maruah serta apa yang lahir dari dirinya, dari hujung rambut hingga hujung kaki, termasuklah wajahnya, suaranya, senyum tawanya, jalannya, tulisannya hatta namanya sekalipun.

Wajahnya bukan aurat tetapi ada kalanya ia menjadi aurat
Dalam mazhab syafie ada khilafnya berdasarkan ayat ke-30 dalam surah an-Nur.
Allah melarang wanita beriman menunjukkan perhiasannya, kecuali apa yang telah zahir daripadanya.
Ulama Syafie berpendapat makna "apa yang zahir daripadanya" adalah muka dan tapak tangan, tetapi bagi wajah yang boleh mengundang fitnah, ia tetap menjadi aurat.
Wanita yang khuatir wajahnya boleh melalaikan lelaki yang memandangnya pasti akan menganggapnya sebagai aurat, lalu mengenakan purdah pada wajahnya.
Mungkin berat bagi wanita bergelar remaja untuk mengamalkannya, tapi cukuplah dengan tidak terlalu menonjolkan diri mereka di hadapan ajnabi atau tidak menjadikan wajah mereka sebagai paparan umum seperti friendster, facebook dan lain-lain.

Suaranya bukan aurat, tapi ada kalanya ia menjadi aurat.
Wanita yang memahami erti kesolehan tidak akan melembutkan suaranya di hadapan ajnabi kerana memahami perintah Allah SWT.
"Maka janganlah kamu melemah lembutkan suara dalam bebicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit hatinya." (Surah Al-Ahzab, 33)
Jadi, bertegaslah apabila berurusan dengan lelaki ajnabi.
Pergaulan yang betul telah Allah ajarkan melalui kisah dua orang puteri Nabi Syuib AS.
Bagaimana mereka ketika ingin memberi minum haiwan ternakan, mereka dapati ramai pengembala di sumur. Hajat mereka tidak kesampaian.
Nabi Musa AS telah mengambil alih tugas mereka.
Apabila selesai memberi minum haiwan ternakan tersebut, salah seorang daripada puteri tersebut mendatangi Nabi Musa AS dengan keadaan malu untuk menyampaikan pesanan ayahnya menjemput Nabi Musa AS ke rumahnya.
Daripada peristiwa ini, Allah menggambarkan wanita solehah itu adalah wanita yang tidak memdedahkan dirinya kepada pandangan umum.
Apabila ia berurusan dengan lelaki ajnabi, maka ia akan tunduk dan melahirkan rasa malu.

Berurusanlah dengan ajnabi tanpa mendatangkan keadaan khalwat (berdua-duaan).
Khalwat paling mudah berlaku dalam hubungan cinta terlarang. Khalwat juga adalah bunga-bunga zina.
Berbual-bual di telefon atau SMS di antara lelaki dan wanita kerana dasar cinta terlarang sehingga menyebabkan nafsu syahwat bergelora juga dikira sebagai khalwat kerana ia berlaku secara berdua-duaan.
Saidina Umar r.a berkata, "Aku lebih rela berjalan di belakang seekor singa daripada berjalan di belakang seorang wanita."

Seorang wanita solehah tidak akan membiarkan lelaki berjalan di belakangnya kerana dia faham seribu satu fitnah boleh timbul daripada keadaan tersebut.
Bagaimana pula keadaan wanita yang tidak melabuhkan jilbabnya apabila lelaki berjalan di belakangnya?

Maka, labuhkanlah tudungmu.
Ketahuilah bahawa pada pagi hari perintah berjilbab diwahyukan kepada Rasulullah SAW,seorang sahabiyah yang masih tidak tahu tentang wahyu tersebut telah keluar dari rumahnya tanpa jilbab. Kemudian seseorang telah menegurnya, "Mengapa engkau tidak berjilbab, adakah engkau tidak tahu tentang perintah memakainya?"
Lalu wanita tersebut berhenti melangkah dan menyuruh seseorang mengambil jilbabnya, lalu beliau berkata, "Aku tidak mahu selangkah pun aku berjalan dalam keadaan melanggari perintah Allah SWT."
Malangnya hari ini apa yang terjadi kepada wanita Islam; bertahun-tahun belajar Islam tetapi masih tiada kekuatan untuk mengamalkannya.

Saudariku,
Bangkitlah dari lenamu yang panjang dan tidak berkesudahan.
Sekali kamu terjatuh, jangan biarkan diri kamu jatuh selamanya.
Kamu punya kekuatan untuk bangkit semula, walaupun kita berdosa sebanyak buih yang memutih di lautan.
Yakinlah kasih sayang dan keampunan Allah terlalu luas.

Saudariku,
Hidup ini seperti mimpi, seorang pengemis bermimpi menjadi seorang raja, dipuji dan dipuja, segala kemuliaan dan kekayaan tunduk kepadanya, tapi bila dia sedar dari lenanya, dia masih seorang pengemis yang miskin dan tidak punya apa-apa.

Seorang raja yang bermimpi, menjadi seorang pengemis yang miskin dan hodoh, dia dihina dan dikeji di setiap persimpangan yang dilalui, tapi bila raja itu sedar dari lena, dia tetap seorang raja.
Matanglah dalam urusan akhiratmu. Jangan kerana kesenangan dunia yang sementara, kau sanggup menempah sengsara di akhirat selamanya.
Janganlah kerana kasih makhluk yang sementara, kau hilang kasih Allah SWT di akhirat sana. Jika kau hilang kasih Allah SWT, nescaya kau akan hilang segalanya.

Saudariku,
Saidatina Aisyah RA pernah berpesan,
"Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"

Jangan kau berasa bangga dengan kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki. Itu bukan kemuliaan bagimu.
Jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja.
Muliakanlah dirimu dengan taqwa, setanding mutiara Zabarjad, yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga.

Peringatan untuk Hawa

Apabila kamu berkawan dengan lelaki ajnabi,
ingatlah ada dua pilihan terbentang

PERTAMA...

kamu jadi seperti KELAPA...

 
mudah diperoleh..

diparut...diperah..

dan diambil santannya...

lepas itu hampasnya dibuang...

KEDUA

Kamu menjadi sebutir MUTIARA..



berada di dasar lautan...

tersimpan rapi..

dilindungi kulit...

bukan senang nak lihat..

apa lagi mendapatkannya..

hanya orang yang bertuah ...

berusaha menyelami dasar lautan...

dapat memperolehnya..

harganya mahal sekali..

dan ia akan tersimpan selamanya..

jadi..

kamu pilihlah sama ada hendak menjadi KELAPA ataupun MUTIARA..

di sebalik SANTAN..


 

menjadi penyedap makanan..

diperah segala kenikmatan..

dengan mudah jatuh menjadi titisan..

akhirnya habis kari dimakan..

pulut panggang sisi habis ditelan..

dan SANTAN hilang tak jadi ingatan..

yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang..

orang tak kenang jasa SANTAN..

MUTIARA...

tertanam di dasar paling dalam...

sukar andai mengharap jadi perhatian..

kerana MUTIARA dilindungi oleh cengkerang yang menghadangnya dari ancaman musuh..

namun kiranya ditemui insan..

akan menjadi PERMATA HIASAN..

terletak tinggi di cincin idaman..

atau di leher nan jinjang..

atau di lengan menawan..

makin lama MUTIARA tertanam..

makin tinggi nilainya..

oleh itu...

pilihlah sendiri...

menjadi SANTAN..

mudah jadi perhatian..

tapi hanya sebentar jadi santapan...

kemudian hilang segala nikmat dan pujian..

menjadi MUTIARA..

sukar ditemukan..

namun bila dihias indah gadis rupawan..

hilang ia..

tangisan mengiringi zaman.


~Peringatan untuk diri yang bergelar Hawa~.


Wallahu'alam....


http://mencarimiftahuljannah.blogspot.com/2011/07/renungan-buat-hawa.html?

Khamis, 21 Julai 2011

Mencintai sahabat..

HADIS 13


عَنْ أَبِي حَمْزَةَ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِىَ الله عَنْهُ ، خَادِمِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَ نْ
النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: ((لاَ یُؤْمِنُ أَحَدُآُمْ حَتَّى یُحِبَّ لِأَخِيْهِ مَا یُحِبُّ لِنَفْسِهِ )) رواه
البخاري ومسلم.


Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda
bersabda:
Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia
mengasihi dirinya sendiri.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.




Khabaran rindu.....

Bismillah....


 Alhamdulillah, ana baru balik dari UUM, stay di sana 3 hari 2 malam, join program Bina Negara Bangsa under UUM bersama.....


      Banyak benda yang ana dapat, dan banyak benda yang nak kena xplore and need to know about our country, and we need TO THINK OUT OF THE BOX!!!insyaAllah..


     There, we all are 'anak kedah'..Alhamdulillah my friendship between my friends and I getting closer and I'm very Happy to see my friends which I knowing them during Matriculation(Murni, Asyikin 1, Ashikin 2, hafizah, Sofia, Syakirin and.....) Really miss them especially  Murni..I also met my senior which came from UniSZa and UMT if I not mistaken, Kak Zulaikha and Kak Naqibah....huhu..Terharu sgt as Allah give to know them and also my roomate for 3 days, Siti Nur Musyida binti Yusuf(Kak Syida Sem 4 UUM)..Although just knowing her first time here, but we be together everywhere...Pray jemaah together, eat together and seat beside me in the hall...Hopely this ukhwah will continue ila al-jannah..amin..


  Also, my group, Group 10....Hanim, Kak Ika, Sofia,Athirah, Hani, Aina,Hajar, hafizah,...See you all again in our project during the fasting month....insyaAllah...


To others yg ana ingat nama, Fadhilah, Wani, Erni .......syukran!!jumpak lagi masa akan datang..




Dear sahabat,
Aku ingin mencintaimu segenap hatiku,
namun aku malu untuk meluahkannya,
Terasa kerdilnya diri untuk berkata-kata,
Kerana harapanku,
Kita bersahabat bukan kerana kelebihanmu,
Buka kerana kekuranganmu,
Bukan kerana kekayaanmu,
Bukan kerana tugas yang diberi semata-mata,
Atau......??,
Tapi semuanya kerana Allah,
Ukhwah di jalan Allah,
Moga persahabatan yang dibina membawa kita ke syurga,
Moga ukhwah ini menjanjikan seinfinti cinta Allah..



Kepada sahabatku, di mana dikau berada, jadikan Allah tujuan hidupmu, Al-Quran dan Sunnah panduanmu,..
Jaga diri, jaga iman, Maaf atas segala kesilapan....







UKHWAH FI SABILILLAH


-MENCARI CINTA-NYA-

Ahad, 17 Julai 2011

Salam Takziah....

In The Name Of Allah.....


  Ana nukilkan sejuta takziah kepada ukhti Noorhuda ats kehilangan abgnya....Innalillah wa inna ilaihuraajiu'n...Mudah2an Allah meletakkan abg ukhti dalam kalangan orang yang beriman. 


Kematian,
Xkan kita tahu bila masanya,
Namun yakinlah kita ia pasti akan mendatangi kita,
Sama ada cepat atau lambat...




   "Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kemudian hanya kepada Kami kamu akan dikembalikan."
                                                                                                               (Al-Ankabut:57)





Ya Allah, ingatkan kami maut yang akan menjemput kami bila2 masa...Jauhkan kami dari kemaksiatan yang kami cipta sendiri dan matikan kami dalam husnul khatimah..amin..







Rabu, 13 Julai 2011

Dia yang tiada siapa2 punya Allah di sisi.

Bismillah,

Kali ini ana amik pengisian dari Hilal Asyraf..Moga kita dapat berkongsi sebanyak ilmu dgn Akh Hilal..Lagipun ana x seterrer Akh Hilal bab penulisan...

Starting.....(baca bismillah noh)


Kesedaran adalah antara perkara terpenting dalam kehidupan manusia.


Kesedaran, kewarasan, adalah apa yang akan mampu mengeluarkan manusia dari sebarang permasalahan. Daripada kesedaran akan datangnya ketenangan dan kekuatan.


Namun, tidak ramai manusia yang mampu mengekalkan kesedaran dan kewarasannya. Apatah lagi apabila gelombang mehnah dan tribulasi tidak henti-henti menghempasnya. Sampai satu saat, kesedaran dan kewarasan itu hilang, dan jatuhlah dia ke satu tempat yang rendah lagi hina. Tersesat dalam perjalanannya di atas dunia.


Tetapi wujud di dalam dunia ini, manusia yang dilambung mehnah dan tribulasi, namun kekal bertahan dan bertenang. Dia berjaya mengekalkan kesedaran dan kewarasannya.


Apakah rahsia mereka?


Rahsia mereka adalah, mereka menghadirkan Allah SWT dalam kehidupan mereka.




Pegangan terutuh


Mereka yang menghadirkan Allah SWT dalam kehidupan mereka, akan mempunyai pegangan terutuh, terkukuh. Hal ini kerana, pergantungan kepada Allah SWT mempunyai beberapa ciri pengekal ketenangan yang ampuh.


Berikut ciri-cirinya.


1 – Wujud dalam kepercayaan kepada Allah bahawa Allah itu Tidak Menzalimi Hamba-hambaNya.


Jelas bahawa, bagi yang mempunyai hubungan yang erat dengan Allah SWT, keyakinan bahawa Allah tidak menzalimi hamba-hambaNya akan membuatkan hamba-hambaNya tabah melalui ujian dan cabaran, walau seberat mana pun ujian tersebut. Kerana mereka tahu, ujian dan cabaran itu, bukan tanda Allah sedang menzalimi mereka, bahkan ujian dan cabaran itu dipandang sebagai catalyst(pemangkin) agar diri mereka menjadi hamba Allah SWT yang lebih baik. Kepercayaan ini membawa kepada kepercayaan – Apa-apa sahaja yang Allah beri itu adalah baik, walaupun nampak buruk buat kita.


“Dan tidaklah Allah itu mengkehendaki (untuk berlaku) zalim kepada hamba-hambaNya.” Surah Ghaafir ayat 31.


Daripada Abu Zar al-Ghifaari r.a, daripada Rasulullah s.a.w berdasarkan apa yang diriwayatkannya daripada Tuhannya yang Maha Mulia lagi Maha Tinggi bahawasanya Ia berfirman : “Wahai hamba-hamba-Ku! Sesungguhnya Aku mengharamkan ke atas diri-Ku kezaliman…” Hadith Riwayat Muslim. Boleh didapati sebagai Hadith yang ke-24 di dalam Hadith 40 Karangan Imam An-Nawawi.


Nyatanya, ketenangan akan terus kekal apabila mempunyai kefahaman begini.


2 – Wujud dalam kepercayaan kepada Allah bahawa Allah itu Tidak Memungkiri JanjiNya.


Jelas bahawa, bagi yang mempunyai hubungan yang erat dengan Allah SWT, mereka percaya bahawa Allah itu Tidak Memungkiri JanjiNya. Allah SWT sudah berjanji bahawa kebaikan itu akan dibalas, walau sebesar zarah. Kejahatan itu akan dibalas walau sebesar zarah. Allah berjanji akan memberikan bantuan dan kemenangan. Dan Allah berjanji, tidak akan memungkiri janji-janjiNya ini.


“Tetapi orang-orang yang bertakwa kepada Tuhannya mereka mendapat tempat-tempat yang tinggi, di atasnya dibangun pula tempat-tempat yang tinggi yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Allah telah berjanji dengan sebenar-benarnya. Allah tidak akan memungkiri janji-Nya.” Surah Az-Zumar ayat 20.


Maka bagi yang percaya, dugaan dan cabaran akan dilalui dengan sabar dan tabah, menanti Allah SWT menunaikan janji-janjiNya. Dengan itu, ketenangan itu kekal.


3 – Wujud dalam kepercayaan kepada Allah bahawa Allah itu Amat Dekat Dengan Hamba-hambaNya.


Jelas bahawa, bagi yang mempunyai hubungan yang erat dengan Allah SWT, mereka percaya bahawa Allah itu Amat Dekat dengan hamba-hambaNya. Justeru, mereka rasa kuat dan cekal dengan kepercayaan ini. Mereka tahu bahawa mereka tidak bersendiri. Mereka tahu bahawa Allah sedang menilai mereka. Mereka tahu Allah SWT sentiasa bersama mereka. Maka apakah mereka hendak meninggalkan Allah SWT dengan berputus asa?


“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).” Surah Al-Baqarah ayat 214.


“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo’a apabila berdo’a kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka itu beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” Surah Al Baqarah ayat 186


“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya dan Kami lebih dekat dari pada urat lehernya.” Surah Al Qaaf ayat 16


Ini juga mengekalkan ketenangan dan kewarasan. Lantas cabaran dan dugaan itu dilalui dengan tabah dan penuh kecekalan.


Dan banyak lagi sebenarnya. Namun tiga ciri ini adalah yang terutama, yang menyebabkan mereka yang menghadirkan Allah SWT dalam kehidupan mereka, kekal bertenang walaupun dalam kepayahan yang dilalui oleh mereka.


Tidak mahu percaya? Lihatlah mereka.


Kita mempunyai contoh-contoh yang sudah dipahatkan di dalam sejarah, untuk kita contohi dan ambil pengajaran.


Kisah 1


Lihatlah Rasulullah SAW, semasa peristiwa hijrah, saat baginda bersembunyi di dalam gua dan hampir ditemui. Abu Bakr RA ketika ini ketakutan dan gelabah, risau ditemui. Tetapi apakah sabda Rasulullah SAW ketika itu?


“Wahai Abu Bakr, apakah pandangan engkau sekiranya kita berdua ini, dan Allah adalah yang ketiganya?”


Terus sahaja kegusaran di dalam jiwa Abu Bakr itu lenyap. Dan lihatlah bagaimana tenangnya Rasulullah SAW. Kerana apa? Kerana baginda menghadirkan Allah SWT dalam kehidupannya.


Kisah 2


Ketika Musa AS terhimpit antara laut dan tentera Firaun yang mengejar dia dan Bani Israel yang dipimpinnya, dia kekal bertenang. Walaupun pada saat itu Bani Israel kucar-kacir ketakutan, bahkan ada yang mencadangkan agar mereka menyerah diri kepada Firaun.


“Setelah kedua-dua kumpulan itu nampak satu sama lain, berkatalah orang-orang Nabi Musa: Sesungguhnya kita akan dapat ditawan.” Surah Asy-Syu’araa’ ayat 61.


Tetapi apakah kata-kata Musa AS pada ketika itu?


“Sesekali tidak, sesungguhnya aku bersama Rabbku yang memberikan petunjuk.” Surah Asy-Syu’araa’ ayat 62.


Kisah 3


Ketika Yusuf AS dihimpit oleh imra’ah aziz(yang sering kita kenali sebagai Zulaikha), yang ingin menggodanya untuk melakukan hubungan terlarang, Yusuf AS kekal bertenang dan tidak jatuh kewarasannya. Dia tidak pula menerkam Zulaikha mengikut nafsunya.


“Dan perempuan yang Yusuf tinggal di rumahnya, bersungguh-sungguh memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya, dan perempuan itupun menutup pintu-pintu serta berkata: Marilah ke mari, aku bersedia untukmu. Yusuf menjawab: Aku berlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu); sesungguhnya Tuhanku telah memuliharaku dengan sebaik-baiknya; sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan Berjaya.” Surah Yusuf ayat 23.


Dan apabila dia dipenjara, akibat tidak mahu mengikuti nafsu Zulaikha, dia berkata:


“Yusuf (merayu kehadrat Allah Taala dengan) berkata: Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada penjara dari apa yang perempuan-perempuan itu ajak aku kepadanya. Dan jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin aku akan cenderung kepada mereka, dan aku menjadi dari orang-orang yang tidak mengamalkan ilmunya.” Surah Yusuf ayat 33.


Nyatanya, terserlah ketenangannya itu. Langsung kewarasannya tidak hilang dengan ujian-ujian tersebut.


Sebab itu, hubungan dengan Allah SWT adalah kunci kepada ketenangan dan kewarasan, dalam menghasilkan kecekalan dan ketabahan merentas masalah kehidupan.


Namun permasalahan utamanya adalah…


Namun hari ini, Allah SWT itu tidak kita hadirkan dalam kehidupan kita. Kita sekadar beriman di atas kad pengenalan semata-mata. Ramainya sekadar memagarkan hubungan dengan Allah SWT di dalam masjid, dan saat-saat kemalangan, juga apabila berlaku kematian.


Inilah yang membuatkan manusia, kehilangan kewarasan diri apabila dilambung badai mehnah dan tribulasi. Bila ada masalah, ada yang kelar tangan bunuh diri. Bila ada masalah, ada yang jatuh tak bangkit kembali. Ini semua kerana, Allah SWT tidak dihadirkan dalam segenap kehidupan insani.


Sememangnya, orang-orang yang melupakan Allah SWT, dia akan Allah SWT lupakan.


“Mereka telah lupa kepada Allah, maka Allah melupakan mereka.” Surah At-Taubah ayat 67.


Penutup: Dia yang tidak punya siapa-siapa, ada Allah SWT


Sebab itu, kita perlu melihat semula akan perkara ini. Hal ini kerana, kesedaran dan kewarasan adalah satu perkara yang amat penting dalam mengekalkan ketabahan dan kecekalan kita. Ramai telah tersungkur dan gagal apabila dilambung ujian. Jangan kita pula yang menjadi yang seterusnya.


Mari. Ubat sudah berada di hadapan kita. Bahkan, selama ini memang penawar ini wujud bersama kita. Kita sahaja yang tidak mengambilnya.


Kita koreksi kembali hubungan kita dengan Allah SWT.


Dan menjadi manusia yang tabah dan cekal.


Hatta kalau nanti kita tiada siapa-siapa di sisi kita, kepercayaan bahawa wujudnya Allah bersama kita itu membuatkan kita mampu membelah segala cabaran dan dugaan di atas dunia. Hingga mampu menjejak syurgaNya.


http://langitilahi.com/2451/motivasi-dia-yang-tiada-siapa-siapa-punya-allah-swt/comment-page-1/#comment-2724

Selasa, 12 Julai 2011

Allah Maha Cahaya


Bismillah.....
Buat sekian kalinya ana menukar lagu tema blog ana...Sama2 muhasabah..Lagu itu bukan sahaja indah itu didengar, bukan untuk dinyanyikan dengan kosong, namun untuk dihayati dan dinyanyikan dengan hati....Back To Allah...Allah memberi hidayah kepada hamba-hamba-Nya yang Dia kehendaki...
bacalah dengan hati Ayat2 Cinta dari Allah..

Allah Maha Cahaya – Opick
Jauh melangkah berharap meniti waktu berlalu
Jauh berjalan lewati berjuta warna kehidupan
Tanpa sadari dalam cermin wajah ini
Bertambah umurku dalam hidup yang smakin merapuh
*Allah bukalah hatiku
bimbing dijalan terangMu
selamatkanlah jiwa yang gelap dlm cahaya rahmatMu
Allah Kau  Maha Cahaya beri petunjuk sang jiwa
Ampuni diri yang lelah kadang sesat ku melangkah
**Allah sang Maha Cahaya menerangi gelap jiwa
Allah sang Maha Penguasa padanya hati berserah
Begitu lirih tanpa sadar air ata menjadi saksi banyak waktu sia sia
Tanpa sadari dalam cermin wajah ini
Bertambah umurku dalam hidup yang smakin merapuh
kembali ke *
Allah terangi jiwaku
Allah beri petunjukMu
Allah bimbinglah hambaMu
Allah ampunilah aku
kembali ke **


Al-Baqarah:152 yang bermaksud,
"Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada ingkar-Ku."

Subhanallah...

Bersyukurlah...

Assalamualaikum,


Bagaimana khabar iman hari ini? Buat diri ana jugak..Teruskan perjuangan bermujahadah!!! Bersyukurlah kita andai Allah masih memberi kita penyesalan dan terdetiknya hati untuk berbuat yang lebih baik hari ini..Mudah2an hari ini lebih baik dari semalam...


Bersyukurlah sahabat, Allah masih memberi hidayah kepada kita biarpun rasa MALAS bermaharajalela di segenap ruang anggota roh dan jasad ini. Walau kita sering bermaksiat kepada-Nya....tidak menunaikan solat pada awal waktu, melayan nafsu makan, menonton televisyen 'overdose', tido banyak, bercouple,tidak menjaga ikhtilat laki perempuan, x menjaga Allah selayaknya,.....,.....,....,......


   Banyakkan maksiat kita pada Allah???Sekejap saja masa berlalu,rejab berlalu, Syaaban mendatang,,,dan menantikan kedatangan Ramadhan plak...Bersediakah kita??? Mudah2an tersemat keazaman dalam dada, hati kita untuk menjaga-Nya....Prove it!!!!Buktikan melalui amal, bukan sekadar omong kosong...Ana menasihatkan diri ana juga...Moga dpt meningkatkan prestasi diri....Yang kucari Hanya Redha-Nya..Back To Allah..


Ahad, 10 Julai 2011

CERITA HATI....

Hati diumpamakan bagai raja,
Yang memberi arahan pada seluruh anggota,
Yang berkuasa atas jasad kita,
Sesungguhnya dalam dalam dada manusia ada seketul daging,
Yakni Hati,
Bila hati itu baik, maka baiklah keseluruhannya,
Jika tidak sebaliknyalah berlaku....

Hati ini tidak akan pernah ceria,
Tidak akan bercahaya indah,
Tanpa cahaya-Nya,
Ya Allah, Ya Ghaffur,
Biarkan 'nur'-Mu terus mengisi relung ini,
Jangan biarkan diri ini mencari selain-Mu,
Kerna ku takut siapa yang membantuku,
Untuk bertemu-Mu,
Dalam keadaan rahmat,
Tanpa izin-Mu,

Ya Allah,
Sucikan hati ini dengan sifat ketakwaan,
Jauhkan dari kepura2an,
Keluh kesah,Bimbang,Lemah,
Jadikan doa sebagai senjata ku,
Ya Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati ini,
Tetapkan hati ini pada Agama-Mu,
pada ketaatan pada-Mu,
dan jihad di jalan-Mu,
Jadikan pandangan kami hebat hanya untuk-MU,
dan jadikan pandangan kami pada manusia itu kecil. 
Amin....

Jumaat, 1 Julai 2011

Berkongsi ilmu....

Bismillah....


Lama benor ana update blog(3,4 hr ja)...he...Alhamdulillah, kali ini ana kongsikan sedikit ilmu yang diperoleh semasa daurah pagi tadi dan sedikit perkongsian ilmu bersama- sama adik2 di matrik kedah tadi..Alhamdulillah...


PAGI
Hadis yang ana copy and paste tadi yakni hadis 19 adalah pengisian yang ana dapat dari Kak Cik Mah....seorang ahli yang lama dalam ISMA ini...Tajuk daurah kali ini-Allah Bersamamu....


Betapa sebenarnya kita perlu menyedari bahawa Allah sentiasa bersama hamba- hamba-Nya dan perlunya kita bermujahadah(CAKAP MEMANG MUDAH, BUAT PERLU BERMUJAHADAH)


"Jagalah Allah nescaya Allah menjagamu...."InsyaAllah,hadis berkenaan menunjukkan keyakinan kita kepada Allah atas segala sesuatu, memenuhi hak2 Allah(^_^) serta peri pentingnya bertakwa kepada ALLaH walau di mana kita berada..Mudah2an kita membaca hadis tersebut dengan hati, InsyaAllah...



HADIS 18

عَنْ أَبِي ذَرٍّ جُنْدُبِ بْنِ جُنَادَةَ وَأَبِي عَبْدِ الرَّحْمَن مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ رَضِيَ الله عَنْهُمَا عَنْ رَسُوْ ل
الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: اتَّقِ الله حَيْثُمَا آُنْتَ، وَأَتْبِعِ السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا وَخَالِقِ النَّا سَ
بِخُلُقٍ حَسَنٍ)) رواه الترمذي وقال حدیث حسن، وفي بعض النسخ حسن صحيح.

Daripada Abu Zar Jundub ibn Junadah dan Abu Abdul Rahman Mu'az ibn Jabal, r.a., رضي الله عنهما
daripada Rasulullah SAW, bahawa Baginda bersabda:
Bertaqwalah engkau kepada Allah walaupun di mana engkau berada, dan iringilah kejahatan dengan
kebaikan, nescaya ia akan menghapuskan kejahatan tersebut dan bergaullah sesama manusia dengan
budi pekerti yang baik.
Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata: la adalah Hadis Hasan. Dalam setengah manuskrip,
ia adalah Hadis Hasan Sohih.


Takwa:-melakukan segala suruhan dan tinggalkan segala larangan-Nya
           :-tinggalkan perkara yg halal tapi makruh atau syubhah
           :-menjaga jiwa dari perbuatan dosa..


Berusahalah kita untuk meninggalkan perkara yg sia2 yang kita lakukan terutama meniti cuti di rumah ni, terutama dosa2 kecil....krn bimbang ia akan menjadi dosa besar dan menjadi aktiviti lazim kita...


Malunya diri ini dalam berkata2, bimbang diri ini x serupa bicara....Mudah2an Allah memberi hidayah dan pengharapan baru kepada kita untuk memperbaiki diri dan mengenali Allah dengan sebenar2nya...


View Image


Bergerak dan terus bergerak untuk mencari redha-Nya..


PTG


Perkongsian dengan adik2..Kak Sya berkongsi pembacaan artikel mengenai Isra' dan Mi'raj. Dan perkongsian mengenai Hakikat Ibadah-tajuk yg murabbiyah ana pernah beri...


    Dapat disimpulkan, hakikat ibadah kita sama ada khusus atau umum sebenarnya mengharapkan lahirnya perasaan merasa banyaknya nikmat Allah dan merasa keagungan Allah. Contohnya bersolat, Bukan sekadar memenuhi kewajipan bersolat itu sendiri atau menggerakkan anggota badan, sebaliknya menggerakkan juga hati, merasa keagungan Allah, bersyukur merasa muraqabatullah di saat berada di dalam solat dan di luar solat...Moga kita berada dalam kalangan org2 yang khusyuk.....


Dan kalau kta hitung memang xkan putus nikmat yg Allah beri, anggota badan kita sendiri yang cukup sempurna, oksigen, nikmat Islam yang Allah beri, pemandangan alam yg tiada cacat cela,...,.......(Banyak bukan??) Mudah2an kita berusaha sebaik mungkin untuk melahirkan rasa kesyukuran kita kepada Allah...

" Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya. Sungguh, Allah benar2 Maha Pengampun, Maha Penyayang." 
                                                                                                       (an-Nahl:18)

View Image


Allah Ajarkan Membawa Jiwa MenghadapNya

Kita terdiri dari jasad dan jiwa (ruh). Kita sebenarnya adalah jiwa itu (ruh) yang nantinya akan dipanggil Allah kerana ianya adalah milik Allah dan pasti akan satu hari dipanggil Allah.
Setiap kali kita solat, Allah memanggil jiwa kita untuk datang kepadaNya, bukan sekadar jasad. Tapi sekian lama yang datang menghadap Allah hanyalah jasad kita tetapi tidak jiwa kita. Justeru kita harus belajar untuk datang kepada Allah dengan jiwa kita bukan sekadar jasad. Kita harus belajar mengaktifkan jiwa kita.
Pada hakikatnya selama ini jiwa kita telah sering kali juga kita aktifkan. Contohnya ketika menghadapi musibah, bayangkan bagaimana jiwa kita menghadap Allah. Seluruhnya kita hadapkan ke Allah, tidak memikirkan yang lain, kita total memohon pada Allah. Ketika kita membawa kereta (setelah bertahun-tahun pandai membawa kereta), jiwa kita yang mengendalikannya. Bayangkan bagaimana kita mengelak sesuatu ketika memutarkan stering, kita mengelakkan dengan jiwa kita terlebih dahulu.
Bayangkan pula ketika kita bersukan dulu, kita bermain bola atau bola jaring atau acara olahraga lumba lari. Cuba bayangkan betapa jiwa kita yang berlari ke sana ke sini dan badan kita hanya ikutkan saja. Kita mengikut jiwa kita selama ini. Ketika kita mendapat keputusan yang baik dalam pelajaran atau mendapat kenaikan pangkat, jiwa kita bahagia dan seluruh tubuh kita akan ikut bahagia. Ketika kita marah, jiwa kita tak tertahan rasanya dan badan kita akan ikut marah (ada kalanya sampai ada yang menggeletar kerana kemarahan). Itu antara contoh-contoh bagaimana kita sudah pernah dan biasa mengaktifkan jiwa.
Hakikatnya kita semua punya jiwa dan kita sudah biasa mengaktifkan jiwa kita. Justeru mari kita bawa jiwa kita mengadap Allah ketika solat. Hadapkan wajah ke Allah (mengadap kiblat).Jasad sudah siap, sekarang siapkan jiwa untuk berjalan menujuNya. Bawa jiwa kita ke Allah, tinggalkan jasad ini, dan perlahan-lahan bawa jiwa ke Allah. Kita akan dapat merasakan gerakan dari dalam, ada yang bergerak, menuju yang tak terbatas. Kerana kita belum mahir, lakukan dengan perlahan-lahan dan rasakan ada gerakan dari dalam. Bawa jiwa itu menujuDia Yang Tak Terbatas .
Sekarang takbirlah , Allahuakbar . tangan hanya sampai di dada (untuk perempuan) tapi jiwa terus mikraj ke Allah. Perlahan-lahan bacalah doa iftitah, bacalah dengan jiwa kita, bacaan dari jiwa lain dari bacaan hanya dari mulut. Sambung dengan al fatihah dan ayat yang mudah sambil jiwa terus bergerak ke Allah (jiwa dituju ke Allah).
Seterusnya bawa jiwa untuk tunduk dan rukuk, biarkan dia turun untuk rukuk dan badan akan mengikut saja. Lakukan dengan perlahan dan rasakan ada gerakan yang membawa jasad kita untuk rukuk. Kita rukukkan jiwa kita, selama ini hanya jasad saja kita bawa untuk rukuk. Setelah kita jatuh untuk rukuk, perlahan-lahan letakkan tangan di atas lutut dan bawa jiwa terus ke Allah dengan dalamnya, terus, terus, terus jangan berhenti, terus ke Allah dan kita akan dibawa ke satu daerah yang sangat dalam, luas tak terbatas.
Bangkitlah untuk iktidal dan bangkit juga dengan jiwa, jiwa akan bangkit dulu dan badannya akan ikut kemudian, serahkan segala pujian ke Allah (jiwa yang menyerahkan pujian ke Allah)
Kemudian bawalah jiwa kita untuk sujud ke Allah, dia akan segera untuk sujud, belum jasad kita sampai ke bawah, jiwa sudah sampai. Dan terus sujud, dengan dalamnya, terus bawa jiwa untuk sujud sehingga kita akan rasa ada gerakan ke bawah sehingga merasa menembus bumi hingga dalam yang luas tak terbatas. Rasakan ketenangan yang dialirkan Allah ke dalam jiwa ketika itu, biarkan, rasakan, nikmatilah keindahan sujud itu. Tidak mahu bangun dari sujud? Ya begitulah nikmatnya yang tak terperi. Teruskan sujud dengan dalam. Kemudian dengan jiwa itu pujilah Allah dengan bacaan subhanarabbiyal 'ala wabihamdi.
Bangun dari sujud dan bawa jiwa untuk duduk, jiwa akan duduk dengan sopan dan akan terus rasa dilihat Allah tanpa hentinya. Tidak perlu kita bersusah payah untuk merasa dilihat Allah. Bila kita pergi ke Allah dengan jiwa kita, automatiknya akan rasa jiwa dilihat Allah kerana yang merasa itu adalah jiwa dan dia sedang menuju ke Allah yang luas tak terbatas dan yang yang sangat menenangkan jiwa apabila bertemuNya. Tidak perlu dipaksa untuk sedar ke Allah kerana yang sedar itu adalah jiwa dan apabila jiwa itu di bawah ke Allah pasti dia sedar ke Allah sebab dia sedang ke Allah.
Bacalah bacaan duduk antara dua sujud dengan jiwamu, kemudian bawa jiwa itu sujud kembali dan duduk tahiyat akhir bagi memberikan penghormatan tertinggi kepada Allah dansalam hormat buat Rasulullah saw, para sahabat dan para solihin.
Diakhiri dengan salam juga dengan jiwamu.
Sahabat yang dirahmati Allah, jiwa yang sentiasa ke Alla itulah jiwa yang mengingati Allah, maka di berikan ketenangan dan dilimpahi cahaya Allah yang akan membimbing jiwa itu. Jiwa yang tidak bisa melihat, tapi dibimbing oleh Yang Maha Melihat.
Bagaimana untuk membawa jiwa total ke Allah?. Ingatilah bagaimana Siti Hajar membawa jiwanya ke Allah apabila sudah tidak ada pergantungan pada suami, pada air, pada makanan, atau pada sesiapa saja. Hanya ada Allah dan jiwa itu di bawa total menyerah ke Allah.
Apabila terasa tidak sedap di dalam jiwa (tidak tenang), berhenti dan bawa jiwa ke Allah untuk bertanyakan. Allah akan mencampakkan ketenangan ke dalam jiwa itu dan kemudian insyaAllah di berikan petunjuk.

Alhamdulillah