Isnin, 31 Oktober 2011

Nasyid pilihan hati..

Bismillahirrahmanirrahim..


Alhamdulillah, di kesempatan nie ana kongsikan lagu nasyid dr kumpulan Saff One, walau sbnrnya lagu nie dah lama tubit...he,,Mga ada pengajarn yang kita amik...Tentukan titik di mana kita berada sekarang,mudah2an apa yg kita buat sentiasa di bawah rahmat dan redha Allah, InsyaAllah..


Terkadang kecewa dengan sikap diri, Berulang kali dikatakan pada diri,"aku mahu berubah ke arah yg lebih baik".....Namun, terlalu masih banyak kekurangan, namun, kutakkan berputus asa, krn kuyakin Dia bersamaku...
                                     -La Tahzan, InnaAllaha Maa'na!-


Rayuan Nurani

Album : 
Munsyid : Saff One
http://liriknasyid.com


Di antara kudrat Tuhan
Dia mencipta mnusia
Sebagai khalifah mentadbir bumi ini
Juga sebagai hamba nan berbakti dan berbudi
Ingatlah Tuhan yang Maha Kuasa

Ombak yang menderu
Dedaun berterbangan
Terkadang mengkhayalkan diriku
Terlupa aku pada pencipta yang Esa
Yang sentiasa melihat diriku

Di mana... Di mana berada
Di mana... Oh di manakah diriku

Adakah di jalan lurus atau dijalan yang berliku
Oh Tuhan tunjukkan ku jalan kebenaran
Ku tahu jalan bahagia
Penuh onak jua cabaran
Oh Tuhan beri kekuatan pada ku

Demi mendapat keredhaan dari Mu
Sanggup ku tempuhi ranjau yang penuh berliku
Dengan rahmat Mu ya Tuhan
Selamatkanlah diriku
Dari seksaan api neraka Mu

Lagu/lirik: Munif






















Sandaran Cinta

Album : Sandaran Cinta
Munsyid : Saff-One
http://liriknasyid.com




Menelusuri denai kerinduan ini
Ku atur langkah mendaki cinta yang tertinggi
Perjalanannya tak seindah bicara
Penuh onak berduri harus ku tempuhi


Di tengah rimba kehidupan
Menjalar akar perasaan
Malar kecintaan atau kebencian


Segar cinta bertunjang keimanan
Layu cinta kerana tersungkur di perdu dosa


Bila cinta diracun alpa dan prasangka
Pasti ia takkan kekal lama
Kebencian pun mula melata di jiwa


Ku mengimpikan kuntum cinta
Harum mewangi penuh warna
Kembangnya dibaja taqwa kepadaNya


Kan ku sunting ia jadi hiasan
Serikan kesuraman taman hatiku selamanya...ooo...


Namun cinta sejati, suci dan abadi
Hanyalah cinta pada Ilahi
Raih cintaNya syarat menuju firdausi
Sandaran cinta pada Tuhan Yang Esa


Tenang dirimbun kasihnya mengubat lara
Tak ketemu kecewa hanyalah bahagia




-mencari cinta-Nya-

Sabtu, 29 Oktober 2011

Antara Nafsu dan Iman...

Bismillahirrahmanirrahim....


Selawat dan salam ke ats junjungan nabi Muhammad s.a.w, sahabat sahabiah, dan umat islam yg masih tegar menegakkan kalimah La Ilaha Illallah Muhammadur Rasululluh di ats muka bumi..


      Alhamdulillah masih diberi kesempatan utk menulis dlm blog nie, walo ana x istiqamah menulisnya.mudah2an masih diberi peluang dan ruang utk m'p'baiki diri dan MEMPERBETULKAN NIAT dlm menulis..InsyaAllah....


__________________________________________________________________________________
(guna bhs kdh,kami=saya, ampa=kamu/awak)

Qis:Siti, kau x nak tengok citer korea ker? Best giler...pelakon dia pun hensem n comey....
Siti:X nak lah, dulu layanla, skang dah berubah....walo kdg tertengok jugak sejam dua..huhu..
Qis:La...apsl plak ampa sedih, kira hebatla dpt tengok sejam 2 ja...
Siti: Entah, sukar nak  kukatakan padamu..hehe
Qis:Ce citer sket kat kami..Kongsila sket ilmu yang ampa ada...Jgn kedekut..(^_^)
Siti:Begini citernya, ntahlah...kami rasa bila kami tengok citer nie, banyak yang kami lalai..
       Tilawah pun kurglah jadinya, maksiat mata banyak pula...Rasa mcm kami berkhianat dengan Allah...
Qis: Berkhianat?
Siti: Maksud kami, ia menjadikan kami mengutamakan benda lain dr mengingat Allah...Ada ke tengah2 kita  
       duk tengok citer tu, kita teringat kat Allah..time tue mesti kitateruja gila kan,he..kadang2 kami ada certain  
       tmpt kami selitkan dengan baca quran time iklan-tapi time join adik kami tengok citer  kartunla...tapi rasa 
       macam x patut kami buat camtu....
Qis: kenapa?
Siti: kami teringat kata2 allah dari al-quran,jap kami amikkan terjemahan...
       Cuba ampa baca maksud ayat ni(At-Tagabun:ayat 15)
Qis: Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cubaan(bagimu), dan di sisi Allah pahala     
        yang besar.
Siti: Bila kami baca ayat nie,mengingatkan kami segala nikmat yang Allah berikan hanya cubaan untuk kita 
       lebih dekat dengan-Nya, dan menguji sejauh mana kita berusaha mendekatkan kita kpd-Nya..Cuba  
       ampa baca ayat nie plak(Al-Ankabut:2,5-6)
Qis: (29:2)Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan 
        mengatakan,"Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?

       (29:5-6)Barangsiapa mengharapkan pertemuan dengan Allah, maka sesungguhnya waktu(yang 
        dijanjikan) Allah pasti datang. Dan Dia Yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui.
        Dan barangsiapa berjihad, maka sesungguhnya jihadnya itu untuk dirinya sendiri. Sungguh,    
        Allah Maha Kaya(tidak memerlukan sesuatu) dari seluruh alam.

Siti: Kita akan diuji oleh Allah untuk mengetahui sejauh mana benarnya iman kita....So, my dear, back to  
       Allah and let's make Islam the way of Our Life.......InsyaAllah..Ingatlah, jihad itu bukan sekadar 
       berperang di medan peperangan, tapi perang yg lebih besar adalah PEPERANGAN MELAWAN 
      HAWA NAFSU kita sendiri.....

"Wahai orang2 yang beriman! Ingatlah kepada Allah, dengan mengingat(nama-Nya) dengan sebanyak-banyaknya, dan bertasbihlah kepada-Nya pada waktu pagi dan petang."     (Al-Ahzab:41-42)
Qis:(T_T)


          -wallahua'lam-

p/s:moga faham apa yang cuba disampaikan,,maap ats segala kekurangan..
    bertanyalah untuk lebih memahami...(^_^)

                         


-mencari cinta-Nya-

Jumaat, 14 Oktober 2011

Bersabarlah....


Bismillah.....


Jika kesedihan melanda di hatimu, 
redhalah dengan ketentuannya,
Jika orang memarahimu kerana kekuranganmu dalam berbicara,
Maafkan dia,
Jika kau masih gagal untuk menjadi yang terbaik,
Berusahalah till the end of life,


jangan  pernah merintih atas keperitan yg kau alami,
jangan pernah b'sangka buruk kpd Allah,
kerana Dia x pernah menguji melebihi kemampuan hamba-Nya,
Yang pasti,
Teruskan istiqamah di jalan-Nya,
Redha dengan ketentuan-Nya,
Moga2 musibah yang kau terima dibalas dengan kebaikan oleh Allah...
InsyaAllah...


                                  


p/s:maafkan ku duhai shbt, adik, abg, kakak, ibu, bapa, insan yg mengenali.....
Tegurlah dan nasihatilah utkku perbaiki diriku..

Isnin, 10 Oktober 2011

Jom muhasabah dan berubah!!!

Bismillahirrahmanirrahim....


Segala pujian bagi Allah yg masih memberi kita ruang dan peluang untuk hidup di muka bumi ini walau acap kali kemaksiatan kpd-Nya.....


"APA YERK KEMAKSIATAN YG KITA LAKUKAN????"

  1. Tido banyak
  2. gelak banyak
  3. buang masa
  4. melewatkan solat
  5. mengumpat
  6. b'couple
  7. layan FB more than should we
  8. dgr lagu lagha(lbh baik dgr lagu nasyid yg seni kata meaningful)
  9. x blajaq sungguh2
  10. x tutup aurat
  11. abihkan duit top up utk psgn yg x 'halal'(lebih baik tepon mak ayah)
  12. ??????????
  13. ?????????
Mungkin, banyak lagi kemaksiatan yg kita lakukan!!!!!
Hinanya kita....

"Katakanlah, "Dialah yg menciptakan kamu dan menjadikan pendengaran, penglihatan dan hati nurani bagi kamu. (Tetapi) sedikit sekali kamu bersyukur."
                                                                   (Al-Mulk:23)

Betapa Allah telah memberikan pelbagai nikmatnya kepada kita, tapi bagaimana kita bersyukur???
Iman itu, bukan sekadar IKRAR DALAM HATI atau LISAN atau DIBUKTIKAN DENGAN PERBUATAN......tetapi

"IMAN : IKRAR DALAM HATI  dan LISAN dan DIBUKTIKAN DENGAN PERBUATAN....

Tentu kita tahu, bahawa p'kataan 'atau' dan 'dan' dalam tatabahasa adalah sesuatu yg berbeza......Ini bermakna, Iman adalah merangkumi semua elemen bukannya, salah satu yg kita suka antara ke-3-3 elemen tersebut....

Iman, bukan sekadar omong kosong...

How to prove your iman??

1.gunakan nikmat yg Allah beri sebaiknya...Tunaikan hak-Nya
  • bersedekah
  • study sungguh2
  • tolong orang
  • berpakaian menutup aurat(nie wajib)
  • senyum...krn senyum itu sedekah
  • menjaga waktu solat
  • bertilawah(targetla brp juzuk sminggu)
  • berzikir
  • solat dengan kusyuk(fahamkn maksud ayat yg dibaca dlm quran)
  • melakukan kebaikan sokmo(banyak lagi........)
  • pelan2 baiki diri(sesungguhnya Allah menilai kesungguhan kita)
InsyaAllah....

"maka Dia mengilhamkan kepadanya(jalan) kejahatan dan ketakwaannya,
sungguh beruntung org yg menyucikannya(jiwa itu),
dan sungguh rugi orang yg mengotorinya."
  (Asy-Syams: 6-10)


Sesungguhnya Allah Maha Pengasih, Dia memberikan kita dua pilihan-MELAKUKAN KEBAIKAN atau KEMAKSIATAN....Ini bermakna, setiap orang yg pernah melakukan kesalahan sebesar mana pun, masih diberikan Allah untuk melakukan KEBAIKAN iaitu bertaubat kpd-Nya(pemurah-Nya Allah),

Begitu juga dengan orang yg sentiasa melakukan kebaikan, dalam hatinya ada sahaja ruang untuk BERMAKSIAT kepada-NYa......Sesungguhnya, hidup adalah 2 pilihan...dan kembali kita kepada Allah kelak juga ada 2 pilihan, yakni SYURGA atau NERAKA.....

ask ourself.
               MANA SATU PILIHAN HATI, Nak ke Syurga atau Neraka???
                                         What we need to do to go there??

So, plan from now.....Moga kita berada dalam kalangan orang yg beruntung..


"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memerhatikan  apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok(Akhirat), dan bertakwalah kepada Allah. Sungguh Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan."                     (Al-Hasyr:18)



p/s: Hanya Allah memberi kpd sesiapa yg dikehendaki-Nya..Jom berubah...


-mencari cinta-Nya-




















Sabtu, 8 Oktober 2011

Kita Hina Kerana Jauh Dari Islam


Kita Hina Kerana Jauh Dari Islam

Assalamualaikum. 

Alhamdulillah. Masih lagi diberikan ruang serta peluang dari Allah untuk kita sama-sama bermuhasabah. Dan kemudiannya meningkatkan kadar iman dan takwa kita kepada Allah. Alhamdulillah kerana kita masih lagi diberikan peluang dari Allah untuk melihat agama ini dari sudut sebagai seorang yang sedar bahawa dirinya itu adalah hanya sekadar hamba. Kerana apa? 

Kerana dalam dunia zaman merdeka atau era globalisasi ini, hamper semua manusia telah didoktrinkan untuk menjadi tuan. Dialah yang berkuasa atas segalanya. Teruatamanya apabila wang dan pengaruh menjadi tulang belakang yang menyokongnya. Hinggakan ada puak yang melampau menmperkenalkan satu teori yang mengatakan setiap dari kita ini adalah tuhan. 

You’re God. 
atau 

Born to be free! 

Menyebabkan ramai manusia yang terlena leka dalam dunia yang secara realitinya seperti bangkai anak kambing kurapan, tetapi mereka melihatnya seperti syurga. 



Jabir bin Abdullah ra meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW berjalan melewati pasar sementara orang-orang berjalan di kanan kiri beliau. Beliau melewati seekor anak kambing yang telinganya kecil dan sudah menjadi bangkai. Beliau lalu mengangkatnya dan memegang telinganya, seraya bersabda : 

“Siapa di antara kalian yang mau membeli ini dengan satu dirham (saja)?”. 

Mereka menjawab, 

“Kami tidak mahu membelinya dengan apapun. Apa yang kami boleh perbuat dengannya?” 

Kemudian beliau SAW bertanya, 

“Apakah kamu suka ia menjadi milikmu?”. 

Mereka menjawab, 

“Demi Allah, seandainya ia hidup ia adalah aib (cacat), ia bertelinga kecil, apalagi setelah ia menjadi bangkai?”. 

Maka beliau SAW bersabda, 

“Demi Allah, dunia ini lebih hina bagi Allah daripada bangkai ini dalam pandangan kalian.”  
[HR Muslim] 
+++

Tetapi. Cuba kita lihat kembali ke dalam diri kita dan di sekeliling kita. Adakah kita merasakan dunia ini seperti bangkai anak kambing cacat tadi? Atau kita merasakan ianya seperti puteri salji yang kita perlu berkorban dan bersungguh-sungguh dalam merebutnya? 

Seperti yang saya tanyakan dalam entri sebelum ini, Kita Terhina Kerana Kebetulan?

Kenapa boleh jadi macam ni? 

Kenapa? 

Sedangkan kita ada al-Qur’an yang menjadi pedoman atau petunjuk jalan untuk kita. 

Sedangkan kita ada Rasulullah SAW dan para sahabatnya yang terus menerus mengembangkan Islam demi kesejahteraan seluruh alam. 

Tapi, kita bukan setakat gilakan dunia. Tertipukan dunia. Bahkan lebih lagi. 

Kalau kaum wanita Islam di Perancis bertungkus lumus untuk mempertahankan hak mereka dalam memakai niqab atau purdah denggan alasan kebebasan. Tetapi wanita Islam di Malaysia bertungkus lumus dalam mempertahankan hak mereka dalam nak melepaskan semua yang ada di badan dengan alasan kebebasan. 



Kalau kaum lelaki di Palestin siangnya bekerja untuk mencari nafkah keluarga, menjaga diri dan keluarga dari ancaman Zionis. malamnya berjaga di sempadan untuk mengawal keselamatan umat Islam di Palestin. Kaum lelaki di Malaysia siangnya penuh dengan kerja untuk tuan mereka, dan menjual adik atau anak untuk kepentingan diri sendiri. Manakalanya malamnya juga berjaga, tetapi untuk memuaskan hawa nafsu di kelab malam, rempit di jalanan raya dan berzina sana sini. 

Kenapa? 

Kita menjadi hamba kepada dunia. 

Hina. 

Saya bertanya agar kita sama-sama mampu untuk berfikir. Di mana diri kita sebenarnya. 

Kita kata kita Islam. 

Tapi, benarkah kita ini Islam sebenarnya? Adakah cukup kalau kita hanya sekadar Islam? 

Hmm.. Islam itu apa sebenarnya? 

"Islam datang dari kata akar bahasa arab iaitu “Salam” yang bermaksud keamanan. Ia juga bermaksud berserah diri kamu sepenuhnya kepada Allah SWT iaitu Tuhan Maha Besar. Secara ringkasnya, Islam bermaksud keamanan yang diperolehi dengan berserah diri sepenuhnya kepada Tuhan Maha Besar. Dan sesiapapun yang berserah dirinya kepada Tuhan Maha Besar, Allah SWT, digelar Muslim. "
[Dr Zakir Naik] 

Jadi, Islam itu keamanan yang diperolehi dengan berserah diri sepenuhnya kepada Tuhan Maha Besar. 

Berserah diri sepenuhnya. 



+++

Cuba kita refleks dalam diri kita, adakah statement ini teraplikasi dengan sangat baik dalam diri kita dalam berislam selama ini? 

Atau masih sahaja ada cinta yang lain dalam hati kita? 

Tatkala datangnya seruan berdakwah, datang ke program keislaman, berukhuwah dan sebagainya. Hati kita mula berbelah bagi dengan cinta-cinta yang mencapah di dalam hati kita. Sedangkan hati kita hanya untuk Allah jika kita mengatakan kita berserah diri sepenuhnya kepada Dia. 

Tetapi secara hakikatnya sangat berbeza dalam dunia sekarang. 

Yang terlibat dalam politik dikaburi dengan cita-cita palsu mereka. Kerana dunia. 



Yang mengatakan dirinya pendakwah juga terkadang hanya berjenayah syariah sahaja. Kerana keinginan. 

Yang remaja belia Islamnya hancur lebur tiada harga. Kerana hawa nafsu. 


Kerana mereka hanya sekadar Islam secara keturunan. Mereka ucap “Tiada Tuhan selain Allah” kerana mereka mendengar mak ayah mereka menyebutnya. Bukan kerana mereka memahami hakikat disebalik kata sumpah itu sendiri. 

“Tiada Tuhan selain Allah”.. 

Tetapi tenangnya kita kepada perempuan, musik bukan-bukan. Terlindungnya kita dengan pangkat dan harta. Rindunya kita pada dunia dan wanita serta keluarga. Cenderungnya kita dengan berehat melampau-lampau. Tiada langsung ruang untuk diisi dengan kehadiran Allah. 


"Dijadikan indah pada manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas dan perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia; dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).”  
[QS Ali ‘Imran, 3:14] 

Tadabbur juga..

“Dan di antara manusia ada orang yang menyembah tuhan selain Allah sebagai tandingan, yang mereka cintai seperti mencintai Allah. Adapun orang-orang beriman sangat besar cintanya kepada Allah. Sekiranya orang-orang yang berbuat zalim itu melihat, ketika mereka melihat azab, bahawa kekuatan itu semuanya milik Allah dan bahawa Allah Allah sangat berat azabnya. 
[QS al-Baqarah, 2:165] 

Saya ulang.. 

“Adapun orang-orang beriman sangat besar cintanya kepada Allah.” 
[QS al-Baqarah, 2:165] 
+++

Di saat Islam mula menjauh dari diri kita. Cahaya Islam itu mula bersinar kembali dari ufuk yang lain. 

“Mengapa budaya barat datang kepada Islam? Dan jikalau kamu perlu menjawabnya di dalam satu ayat sahaja, jawapannya ialah buadaya barat datang kepada Islam kerana Islam mempunyai penyelesaian kepada masalah-masalah budaya barat. Budaya barat dan kebanyakan masyarakatnya, hanya membekalkan apa yang diperlukan oleh badan. Ia membekalkan keperluan dari aspek fizikal badan. Kebanyakan agama pula hanya membekalkan keperluan dari aspek rohani badan, iaitu rohnya. Tetapi syukur kepada allah, Islam adalah satu agama yang merangkumi 2 aspek. Ia membekalkan keperluan fizikal badan, sambil juga membekalkan keperluan rohani badan.”  
[Dr Zakir Naik] 

Mungkin ada di antara kita yang menganggap agama ini hanya sekadar pelengkap mengisi borang. Tolong buang mindsetsebegitu. 

Mungkin ada di antara kita yang menganggap agama ini hanya sekadar tradisi keturunan yang diwarisi. Tolong buang mindsetsebegitu. 

Sebab Islam itu adalah berserah diri sepenuhnya kepada Tuhan Maha Besar. Allah SWT. 

Kita berserah kepada Allah bukan kerana kita Melayu. 

Kita berserah keapda Allah bukan kerana mak ayah kita. 

Kita berserah kepada Allah bukan kerana girlfriend kita atau untuk mendapatkan hak keistimewaan atau subsidi. 



Tetapi berserah dirinya kita kerana menginginkan ketenangan. Di dunia mahupun di akhirat, itu yang lebih utama. 

“Dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang dengan ikhlas berserah diri kepada Allah, sedang dia mengerjakan kebaikan, dan mengikuti agama Ibrahim yang lurus? Dan Allah telah memilih Ibrahim menjadi kesayangannya” 
[QS an-Nisa’, 4:125] 

Kenapa kita hina? 

Kerana kita jauh dari Islam. Jauh dari al-Qur’an. Jauh dari Allah SWT. 

“Dan sesiapa yang berpaling dari pengajaran Allah Yang maha Pengasih (Al-Qur’an), Kami biarkan Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), dan menjadi temannya karibnya.” 
[QS Az-Zukhruf, 43:36] 

Maka dekatkanlah semula diri kita dengan Allah. Dengan al-Qur’an. Dengan sunnah Rasul SAW. 



Mulakanlah perubahan dalam diri kita. Kemudian mulakan pula perubahan itu dalam diri orang lain. 

Bersama kita tidak cuba untuk beralasan dalam berbuat kebaikan, berukhuwah bersama-sama mereka yang mahu menjaga keimanan, menghidupkan suasana tarbiyah dan membudayakan dakwah dalam hidup masyaraktat. 

Bersabarlah kita seperti sabarnya tentera syaitan dalam merosakkan kita. 

Bersabarlah kita seperti Nabi Muhammad SAW dalam mendakwahi manusia jahil. 

Bersabarlah kita seperti Allah SWT yang tetap memberikan kita pelbagai nikmat walaupun kerap kali kita ingkarinya. 

Dan, teruskan perjuangan. Perbaharui mujahadah. 

Buka minda kita. Dan kemudiannya berfikir sejenak. Adakah ini semua hanya kebetulan, atau sesuatu yang terlindung di sebalik apa yang berlaku. 



Kenapa umat yang dikatakan sebaik-baik umat di dalam al-Qur’an ini menjadi begitu teruk pada zaman sekarang? 

Kenapa umat yang dahulunya menjadi rujukan sekalian alam, tetapi sekarang menjadi umat bawahan yang tidak ada langsung tempat bergantung? 

Kenapa? 
“Kita ini adalah orang-orang yang paling hina lalu Allah memuliakan kita dengan Islam. Kalau saja kita mencari kemuliaan pada selain Islam maka Allah akan menghinakan kita lagi…”  
[Umar al-Khattab]




Alhamdulillah