Khamis, 24 Januari 2013

Salam Maulidurrasul...

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ini merupakan Hari Keputeraan baginda, Rasulullah s.a.w, kekasih Allah yang dirindui, InsyaAllah...

   Maha Suci Allah yang telah mengutuskan Nabi Muhammad s.a.w ke dunia pada 1,400 tahun yang lalu. Mungkin waktu itu telah berlalu, dan semakin jauh dari kita. Namun, harapnya kasih baginda masih kita rasakan di hati ini apabila mengingatinya, membaca sejarahnya, dan apabila terdengar sesuatu mengenai baginda... Moga Allah jauhkan kita, termasuk diriku, agar tidak termasuk dalam golongan yang apabila mendengar nama Rasulullah disebut, tidak terasa di hati, tidak rasa rindu, tidak rasa berterima kasih, dan tidak merasai erti Islamnya kita!Nau'zubillah..

              Sesungguhnya kedatangan baginda didatangi dengan seribu rahmat dan keberkatan. Jika tidak diutuskan baginda, mungkin kita ini lebih teruk dari masyarakat Arab di zaman jahiliah. Apa kesalahan mereka? Membunuh anak, berjudi, berzina, meminum arak dan lain-lain? Namun, cuba kita perhatikan di sekeliling kita? Adakah fenomena- fenomena tersebut masih berlaku di zaman millenium kini?YA, bukan?

             Mungkin sebahagian kita masih mengingati baginda, namun, tidak mustahil juga sebilangan besar di antara kita yang mungkin jauh dari baginda, menyebabkan kita tidak terasa untuk menghargai nilai keIslaman dalam diri, dan sekadar meletakkan agam di tepi- tepi sahaja. Mengambil hukun-hakam sekadar yang perlu dan 'sedap' di hati, dan tinggalkan yang mana 'eh, payahnya nak buat!'...Nauzubillah.. Ana mengingatkan diri untuk lebih menghargai nilai-nilai Islam, dan cuba untuk mempraktikkan dalam hidup. Seandainya Rasulullah s.a.w masih hidup, apa yang akan kita perkatakan padanya..Rasanya, terlalu jauh kita dari apa yang mungkin Rasulullah harapkan?! Pemuda bagaimana kita? Jika jauh dari sunnah Rasulullah, malah mungkin ada yang sanggup memperkecilkan sesetengah sunnah baginda??


Wahai pemuda/ pemudi, 
Siap di hatimu, 
Masihkah ada insan yang bernama Muhammad di hatimu,
Setelah Allah di hatimu,
Atau kau lebih mengagungkan manusia biasa,
Yang mana kau harap dia dapat temani engkau kala susah dan senang,
tanpa ada ikatan yang sah?,
Cinta itu buta, 
Namun, kadang2 boleh melukakan, 
Andai cinta tidak diletak tidak pada tempatnya,
Siapa yang menjamin kita akan mendapat syafaat baginda?.
Kala hati ingat dia yang 'biasa' hingga tak tentu arah,
Jadikan Al-Quran dan Sunnah pemandu hati di dunia fana,
Jadikan Allah dan Rasullah paling top di hati,
Sebelum jumpa cinta yang suci yang mengharap kepada redha Ilahi ,
Kerana cinta sesudah itu pasti kau takkan sesali. 
Wallahualam..

Cintakan bunga, bungakan layu, cintakan manusia, akan berlalu pergi,
Namun cinta Allah, kekal abadi....

Mencari Cinta-Nya,
21012013,
Jitra, Kedah.

Jumaat, 18 Januari 2013

Indahnya Tarbiyah

Bismillahirahmanirrahim...

Alhamdulillah, syukur sangat2 Allah masih berikan aku masa untuk menulis tatkala akhwat-akhwat lain sedang berjuang dalam Muqayyam Dakhili waktu ini. Pada perancangan asalnya memang aku akan join program ni..Tapi perancangan Allah itu tentu lebih baik walau aku tidak menyukainya...Tak semestinya apa yang kita suka itu yang terbaik, kan???

  Aku habis exam hari tu 13/1/2013 tepat jam 12 tengah hari..lepas tu terus hantar kawan pada jam 1 suku pi Stesen Bas Changlun...petang tu kemas barang sket2(banyak gila)..

14/1/2013-Kemas barang- barang dalam keadaan malas2, alhamdulillah, kak Syakira banyak membantu tatkala terpaksa memindahkan barang2 ke dalam keta 3kali...huhu..Aku sorang ja rajin bawak balik banyak(alhamdulillah umah dekat), padahal kawan2 tinggal je barang kat sini..

15/1/2013-merancang nak teman Kak Syakira balik Perak, tapi tak jadi.....sebab tak ramaipun nak pi..So, I decided balik rumah...Terkejut jugak, balik tu ayah sakit belakang..tak tau sakit spesifik apa tapi ayah kata tulang ayah meletup..Tulah, sapa suruh tak minat sains....

16/1/2013- Ayah suruh Pak Lang(adik ayah) teman pi jumpa Pakar Tulang..Aku duk rumah jaga tok....Kaklong keja....Memang kena pegang tanggungjawab yang besar jugakk, tambah2 duk dekat nie, mudah-mudahan Allah berkati perjalanan hidupku,...Teringat time mak ada dulu...At that time, seba salah juga, sebab nak join program Muqayyam Dakhili kat Changlun dan diamanahkan untuk jadi AJK makanan bersama Ukhti Shikim...Kak Fatyha dah banyak tolong aku ++ akhwat lain...Mula2 boleh tahan lagi, duk pikir sorang-sorang,ayah bagi pi program, masalahnya aku tak gamak tinggal ayah, nanti mendatangkan fitnah pulak, duk join usrah2 tapi tak tau tanggungjawab kat ibu bapa...Kalau mak, alhamdulillah, she gave a lot of chance to go to programme, meetings,and  others.....even time she sick..Aku harap sangat2 setiap kebaikan yang aku sumbangkan di jalan Allah walau tak seberapa macam akhwat lain, sampai juga pahala buat mak dan ayah...

ku ingat lagi, di awal2 tarbiyah, kalau ada program jarang habaq kat mak ayah, walhal rumah dekat satu kilometer ja dari lokasi kami selalu mabit kat Taman Tengku Maheran, sebelum berpindah...kadang2 on the way balik pagi tu,(tunngu bas MARA) dah beberapa kali terjumpa mak ayah..he..time tu senyum ja..lama2 mak ayah boleh terima,,mak sume OKEY...ayah dia soal siasat lebih sket..he.detail gila....biasalah anak perempuan, sapa tak sayang...Cuma ayah selalu pesan pasl jangan duk sibuk usrah, pelajaran terabai.....Ayah duk tanya juga, apa faedah join+++ (jenuh susun ayat nak tackle)...

OOOOPPPPSSSSSSSSSSSS....dah melalut....



17/1/2013- Pukul 11.30 tengah hari dengan kebalnya beli barang sorang2, walau ada akhwat di UUM offer..masih mampu, insyallah....barang2 yang dibeli untuk BBQ:kentang, hotdog, nugget, roti for supper..(bajet makanan 60 orang)..lepas bayar. terus tolak troli ke kereta(tebal muka-padan muka sebab letak jauh sangat kereta..)

Tepat jam 4 petang, keluar beli ink printer kat kaklong, agak tough bagi aku sebab pi beli sorang2, parking penuh, terpaksa pusing 2x dan jalan agak jauh. Moga Allah redha..Lepas hantar barang, terus pi UUM, ada liqo' kejap...Lepas solat with Kak Azi, gerak gi DPP(asrama) Muamalat, YAB, Sime Darby, untuk ambil barang akhwat dan pi dengan Kak Rosie dan Nadirah di Bukit Kachi.. Alhamdulillah, sampai di lokasi program, Changlun, pukul 7.05 malam, letak barang2 depa dan solat maghrib...

 Sembang2 dengan sorang adik, MariyaUlfa sementara para peserta makan dan tunggu solat Isyak..mengenai sesuatu yang tak sia2, dan sangat beruntung bertemu dengannya, bersemangat, dan selalu bermusyawarah dengan guru2 dia, tentang tindakan2 yang dia lakukan dalam hidup dia, walaupun, hanya jumpa tak sampai 10x sepanjang semester ini, tetapi alhamdulillah ukhwah masih berjalan kerana-Nya, dan aku sangat terharu dengan tindakan dia yang lebih proaktif daripada aku, kerana menegur aku dahulu selepas solat di Masjid Sultan Badlishah pada awal semester ini..Aku harus mencontohi dia, kerana itulah seharusnya sikap seorang dai'e...so, change it!!

8.15 p.m, keluar pulang ke rumah dari Changlun ke Jitra sorang2, alhamdulillah 8.45 sampai rumah...Alhamdulillah Allah sentiasa ada untuk kita, buat2 berani dan banyakkan zikir, insyaAllah hati lebih tenang..=) Apapun, yakin pada pertolongan-Nya dan jangan drive laju=)


Sedih memang sedih...tak dapat join Muqayyam + pi Festival Beliawanis Nasional di UIA, tapi sentiasa mengingatkan diri akan kalam Allah,2:216...Alhamdulillah, ayah dah okey, skang kena jaga tok ja kat sini=) I hope I can join another program...Moga aku redha akan ketetapan Allah, moga Allah berikan ganti yang lebih baik...


buat akhwat2 yang pi program malam nie, selamat berjuang..moga kita sama2 mendapat kebaikan di sisi Allah..



Mencari Cinta-Nya,
19012013,
Jitra, Kedah


Jumaat, 11 Januari 2013

Coret -coret

Bismillah...


Alhamdulillah, dapat makan tengah hari bersama adik adik hari ni, with Sarah n Ayu..Alkisah apabila aku nak pi bilik nadirah untuk amik buku semalam, tersrempak dengan depa...Mula2 memang dah tak perasan dah depa..tapi Ayu memulakan langkahnyamenegur aku...he..Alhamdulillah, dapt berukhwah menambah kemesraan setelah lama tak bersua sepanjang exam ni...

Kelmarin seharian agak tak melekat di bilik....pi remind2 subjek yang amik semester lepas, Advanced in Managerial Accounting dengan Kak Zaharah..dia exam hari ni..moga dia boleh jawab dengan izin-Nya.:-)

Petang, teman nadirah pi Changlun, dia beli kek hari lahir untuk Yati..Alhamdulillah, Allah beri kekuatan untuk tolong sahabat2, kerana aku yakin bahawa Allah sangat suka orang memenuhi hajat saudaranya..Tak ingat pulak hadis full..moga Allah redha..
Cukuplah sampai di sini, esok exam pulak..

Mencari cinta-Nya,
Dpp SME BANK,
12.34 p.m.♡♥



Selasa, 8 Januari 2013

Muhasabah iman..

Bismillahirrahmirrahim....

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah yang telah mengaturkan, merencanakan sesuatu dengan baik.
Buat diriku dan temanku,
Kuatkan dirimu saat diuji,
Diuji dengan kesenangan, kemewahan, kelaparan...
Kemengantukan, kepenatan, keletihan....

Benarlah kalam Allah,

" Dan kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah- buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang- orang sabar.."(Al- Baqarah: 155)

__________________________________________________________________________

Alhamdulillah aku panjatkan kesyukuran kepada Allah yang sentiasa berterusan memberikan nikmat-Nya kepada kita walau kadang- kala kita hanya mencari Allah hanya ketika susah, hanya bila keluarga kita ditimpa kesusahan , hanya ketika kita nak menghadapi peperiksaan dan lain-lain? Muhasabah buat diri ana sendiri, yang kadang kala lebih cepat menaip key board untuk buka fb berbanding al-Quran, dan semester ini nak capai 4 juzuk seminggu(baca quran) pun agak susah..Masih banyak perkara yang perlu dipelajari terutama mengenai mengurusan masa.

Alhamdulillah,  tadi ada peperiksaan Kenegaraan jam 9 pagi - 11.30 pagi..Tinggal satu paper lagi yakni Audit II(Advanced Audit)..Mudah- mudahan Allah masih memberi kekuatan, walau semalam agak sedih dengan diri, yang tak bangun qiam..Itulah, awat tidoq lewat sangat, kualitinya pun ntah takat mana.......(T_T), Walau diri ini sering kali jeles dengan certain orang yang boleh tidur lewat, dan bangun awal..Subhanallah, mungkin rasa tawakkal mereka mengatasi segala-galanya..Ayuh, baiki!

Diri ini sedaya upaya untuk berfikiran positif, mencari kalam Allah, hadis 38 untuk kuatkan diri..dan antara huraian hadis yang menyentuh hatiku untuk lebih berfikiran positif,

Daripada Rasullullah s.a.w, Allah berfirman:

" Aku adalah menurut sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya di saat dia mengingati-Ku. Jika dia mengingati-Ku dalam dirinya, Aku mengingati-Nya dalam diri-Ku. Jika dia menyebut-Ku dalam satu kumpulan, Aku menyebutnya dalam kumpulan yang lebih baik lagi."

(Sahih Bukhari dan Muslim)


-Tiada daya dan upaya melainkan kekuatan dari Allah jua-



Mencari cinta-Nya,
2.58 p.m,
DPP SME BANK,
UUM.

Allah bersama kita!

Di sini  ana kongsikan salah satu lagu favourite ana..Moga kita sentiasa menyedari bahawa Allah bersama kita. Sentiasalah berpaut pada-Nya.. Cinta Allah is amazing..InsyaAllah..


Tajuk/Lirik Lagu: Bila Diri Di Sayangi
Penyanyi: Ukays
Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentera
Bermulanya siang berakhir malamku
Tak akan kujemu menyebut namaMu,
Tiada batasan waktu
Tiada tempat Mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan kasih
Merubah takdir
(Korus)
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namaMu
Terasa diriku kembali dipandu
Engkau yang pertama tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan Engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang Mu
Ku berserah diri
Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan kasih
Merubah takdir..
(ulang korus)
keikhlasan doa, keagungan kasih
Merubah takdir..


Isnin, 7 Januari 2013

teruslah berjalan...

Bismillahirrahmanirrahim..

Duk buat pa tu?mesti kawan2 tengah study jugak kan?:-)sebenarnya dah ngantok sangat ni, tapi tak boleh tidur..banyak lagi tak cover...9hb exam kenegaraan..dah nama kenegaraan, mesti membaca,kan?:-) pulun terus pulun!!ni duk layan IKIM jugak...nyanyi2 sat hilangkan ngantok..huhu.


Alhamdulillah, petang tadi exam COMPANY LAW.alhamdulillah, bolehlah jawab, walau ada part yang tak ingat nama kes, ada jugak yang ingat nama kes tak ingat tu tentang apa...:-) redha jelah..yang penting tak tinggal langsung...

K, pulun2...moga Allah redha dengan usaha kita yang sedikit, dan memberkati masa2 yang sedang berlalu dan akan datang...:-)

Ukhwah fillah..terus bermujahadah walau kadang2 kalah dengan perasaan sendiri!





Bukit Kachi,
UUM,

11.56 p.m


Sabtu, 5 Januari 2013

selingan..

Bismillahirrahmanirrahim...

  Sekarang jam menunjukkan jam 1.35 a.m..wahh...walo sudah agak ngantok..:-)
7 jan ada exam COMPANY LAW, 9hb ada KENEGARAAN..2-2 subjek baca..kena pulun!


Harap dapat qiam....minggu lepas sket ja qiam,sedih kalo tak dapat tahajud...

Khamis, 3 Januari 2013

TERUS BERMUJAHADAH....

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, cuaca pagi ni agak nyaman di Bukit Kachi UUM, namun angin-angin yang sudah agak2 bukan sepoi -sepoi bahasa seperti memberi khabaran akan hujan pada petang ini. Apapun. Kesyukran itu mesti sentiasa ada untuk apa yang Allah berikan walau kadang-kadang hati seperti mengeluh dengan apa yang Allah takdirkan untuk kita.

Jangan lupa bahawa hari ini ialah Hari Jumaat, hari penghulu segala hari. Kesibukan di dunia dengan urusan pembelajaran seakan-akan menyebabkan kita lupa dari tanggungjawab yang sebenar. Jagalah solat kita dengan solat di awal waktu, baca al-Quran dan bayakkan berzikir, insya Allah. jangan lupa belajar juga adalah ibadah sekiranya dilakukan semata-mata untuk Allah.:-)


Teruskan berjuang untuk melakukan yang terbaik dalam setiap saki baki masa yang tinggal.Good luck exam:-)

"SESUNGGUHNYA KAMI TELAH MENJADIKAN APA YANG ADA DI BUMI SEBAGAI PERHIASAN BAGINYA! UNTUK KAMI MENGUJI MEREKA, SIAPAKAH DI ANTARANYA YANG TERBAIK PERBUATANNYA."

(Al Kahfi:7)


UUM,
11.56 a.m


Selasa, 1 Januari 2013

WITH ADIK-ADIK...


Bismillah...

Alhamdulillah, nak perkenalkan, nilah kawan-kawan satu group dalam subjek Kenegaraanku semester ini,sebab tu dalam fb adik2 nie tulis 6 month guys=)

Alhamdulillah, aku yang paling tua, sem 5 yang lain adik-adik lagi, baru 19 tahun..huhu..
Actually, ada peristiwa yang menyebabkan aku group ngan  depa. Asalnya, aku group dengan Hani dan Fiza, my fwens(budak2 akaun jugak)..tapi memandangkan seorang sahabat lelaki ni yang nampak macam tak nak tukar ke group depan, dan dia nak suruh adik lelaki junior ke group depan, aku rasa kesian,,biarlah aku berkorban..alhamdulillah, korban2pun masih terjaga, InsyaAllah..=)

  Akhirnya, aku kata kat adik tu, akak masuk group adik(Nina) ya?=)ok jer...........heh

Tapi aku sangat bersyukur adik2 laki paham aku macam mana, memang jarang bercakap, dan sebelum ni memang tak pernah group dengan lelaki melainkan arahan lecturer dan kalau adapun tak pernah cakap, cuma kalo nak antar assignment ja...

Aku ingat lagi, my x roomate, Hani, really understand me...1st time kenegaraan, disebabkan kuliah penuh, ada seorang adik lelaki duk sebelah aku(kerusi kat kuliah rapat semacam)..Hani kata,"Nazirah ok ka?ke nak tukar kerusi???akupun, boleh gak...alhamdulillah..Sayang hani..Serius tak selesa..dan di hujung dalam gambar nilah tempat aku sepanjang sem walhal tempat tue asalnya tempat Amierul, namun disebabkan aku datang awal next class, aku duk situ, dan bagi isyarat suruh dia duk sebelah sana..he(guna kuasa veto senior..wah3)

Skema sangat ke aku untuk jaga ikhtilat?entahlah, but try to do the best demi redha-Nya, biaq pilah orang nak kata apa...cuma kadang2 teruji juga, pernah sekali sorang budak lelaki satu kos, time habis dia nak tanya soalan, walhal dia duk kat belakang tadii. Dalam hati duk kata'"Awat ngan mamat ni, tetiba duk sebelah?" Terkelu lidah....huhu..

Aku harap dapat kekuatan macam kat matrik dulu, tapi berani sebab lelaki memang sket dalam kelas masa sem 1. Apabila tetiba lelaki tu tetiba duk kat kerusi sebelah aku, aku terkata terus,"duk jauh sket boleh?"..kawan lain duk gelak dah..heh

Dan aku tak boleh lupa, masa Dinner Terakhir kat matrik, setiap meja ada 10 orang,termasuk sorang lelaki. Aku antara yang sampai awal kat meja tu(budak skema memang macam ni..he)..Budak lelaki yang satu meja ngan aku dan kawan2 nie satu kelas dengan aku sem 2,,Tetiba juga dia melabuhkan punggungnya kat kerusi sebelah aku,aku terkata,"duk jauh sket, boleh? dia kata,"nanti tak nampak screen." Tak lama kemudian dia berlalu pergi ke meja lain terus...(macam jahat pulak)...Tapi kalo teringat memang aku nak tergelak...Moga Allah sentiasa pelihara hati ini dan diri ini agar terus 'menjaga' diri sebaiknya. Anyway, dapatkan cinta Allah dulu, sebelum mendapat cinta manusia. Cinta Allah is amazing=)

Tapi memang best jugak group ngan adik2. Rindu benor suasana kat sekolah,junior rapat dengan senior..kat sini dah lain, macam tak kenal ngan senior, junior,,,terasa perbezaan ukhwah itu..I really miss my x roomate, Farah Afina binti Roslan, tarikh lahir 22 Januari, umo 20 tahun....dialah teman rapat aku kat bilik dulu(tak sebilik dengan twin masa sekolah menengah)...2-2 kami duk katil atas..dan respect dia, study sangat rajin..Alhamdulillah, dia dapat Matrik Changlun hari tu, duk jenguk dia juga, sekarang nie dah pi Mesir amik Medik..dia dapat apa yang dia nak..Alhamdulillah...k, cukuplah tu...=)


moga ada pengajaran yang boleh diambil=) Wallahua'lam..apa yang kurang boleh nasihat kami (orang kedah) dengan berhikmah=)

Apa difikiranku?

Bismillah...

Alhamdulillah, masih mampu menahan mata walau agak mengantuk sbb tengah hari qailullah kat library ja kat atas meja..hu.kalo kat bilik confirm tidur terlajak, so, what to do is bermujahadah!!!

Right now, sedang usaha to finish up my Advanced Taxation, exam on 5th Jan 2013..Esok kena balik rumah sekejap, ada amanah Allah yang perlu aku settlekan..Mohon2 tak 'lekat' kat rumah esok..4 papers more to go..All about readings..only tax have  some calculations. Moga Allah redha.


Masa paling nikmat bagi diriku, bila dapat tahajud pagi2 dan bermujahadah..Sekarang kena bermujahadah especially di bilik baru dapat WIFI, jadi kena disiplinkan diri!!

Buat sahabat, chayok2.

Alhamdulillah