Pages

Sabtu, 26 November 2011

Salam Maal Hijrah

Salam Maal Hijrah…..
Ingat tak hari ini berapa hijriyah???(^_^)

Alhamdulillah, Allah mempertemukan kita dengan tahun baru Islam yg ke 1433 H…
Mudah2an kita masih sedar hari ini(27/11/11) sebab apa kita cuti…Kadang2 kita hanya seronok cuti tanpa menghayati/mengetahui why and why kita cuti,,,,(reminder for me too..)

Tau maksud Hijrah???
Hijrah=berpindah dari sesuatu yg baik kpd yang lebih baik atau mengubah sesuatu yg butuk kepada baik
           =buang sifat mazmumah + sifat mahmudah
           =buang sifat keji + kebaikan pada diri, org lain

Bagaimana azam tahun baru??Tambah azam, memperbaharui azam atau memadamkan azam???
Tepuk dada, tanya diri!!
Sama2 kita muhasabah, tercapai ke target kita??Ke dah terkubur dalam diary?? Jangan pula kita bila semak tarikh2 yg berlalu dalam diari….then, bila terlihat nota ‘AZAM BARU ‘kita dalam azam tahun baru islam dulu…..terkata dalam hati, “Eh, bila masa aku buat nie??”lupa, pelupa, atau terlupa??

Sama2 sentiasa ingatkan diri kita sendiri akan matlamat yang nak dicapai,contoh azam baru:
-nak fasihkan juzuk 30
-hafal hadis arbai’n
-jadik anak terbaik dan rajin tolong mak ayah
-study betul2  kerana Allah
-jadik seorang yang lebih baik
-mengajak lebih ramai ke arah kebaikan
-dll…….

Ana nasihatkan diri ana sendiri, untuk sentiasa remind diri…
Antara Cara mudah nak ingatkan diri supaya ingat dan x lupa kerja/target(buat sapa yg x da board kat meja study dia)
Langkah2nya:
1)beli cover folio(lut sinar) dan marker whiteboard
2)Letak kertas putih belakang coverdan letakkan klip paper agar tetap kedudukannya
3) Letakkan dengan fail klip keras  dan tuliskan matlamat kita(leh renew setiap hari)
4)Letak depan meja study(agar ingat sokmo)..

Murabiyah ana pula cadangkan kalo nak elak supaya x lupa assignment/study  yg berlambak2 tu dgn letak kat tepi meja….

Setiap orang ada caranya yang tersendiri, kan??Mana2 method boleh, asalkan membantu kita..
PALING PENTING PLAN OUR WORK, AND WORK OUR PLAN..insyaAllah…
Mudah2an kita ingat yerk….
Ana ingatkan diri ana juga..




FAIZA A’ZAMTA, FATAWAKKAL A’LA ALLLAH(apabila telah berazam, bertawakallah pada Allah)



-mencari cinta-Nya

Selasa, 1 November 2011

Hidup adalah Tarbiyah

Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang....

           Setiap insan melalui tarbiyah atau didikan sejak dari dalam kandungan si ibu dan lahir ke dunia di samping asuhan seorang bapa. Namun, bagi Nabi Muhammad s.a.w, tarbiyah yang membentuk peribadinya yang unggul dan hebat adalh tarbiyah dari Allah setelah kehilangan ayah dan ibu tercinta. Betapa dalam keadaan yang tiada tempat bergantung, Allah sentiasa memeliharanya dari pelbagai segi menjadikan baginda seorang yang cekal, tabah dalam menghadapi kehidupan.

          Kita sebagai hamba Allah yang hidup pada era moden ini, pada siapa tempat pengharapan engkau? Kepada siapa engkau luahkan rasa hati tika dirundung masalah? Pada siapa engkau berharap agar dihilangkan resah di hati?Mungkin, kerap kali kita menghadapi masalah kekangan wang, kepada siapa yang engkau harapkan supaya menghulurkan duit?Allah?Ibu bapa??

         Aku jadi malu sendiri, jika dibandingkan dengan seorang sahabat yang ketika kematian menghampirinya, namun tiada harta untuk ditinggalkan pada anaknya, lantas ada sahabat lain yang sudi menawarkan pertolongan, namun, sifat TAWAKAL sahabat tadi kepada Allah mengatasi segalanya dengan mengatakan,"Aku telah tinggalkan kepadanya suruh Al-Waqiah untuk mengelak kepapaan"....Subhanallah..Bagaimana kita?? Jika disuruh beramal dengan suruh Al-Waqiah pun masih payah.

       Ujian hidup menjadikan kita semakin tabah, cekal dan berdikari, paling penting akrabnya kita dengan Allah... InsyaAllah..

Alhamdulillah