Bismillah…
Alhamdulillah,
hari –hari yang dilalui semakin hampir dengan-Nya. Tatkala ini, bimbangkah kita
jika semakin jauh dari-Nya, akibat
terlalu nikmat dengan pemberian-Nya? Koreksi diri, perbaiki diri!
Jadilah kita hamba- hamba yang berusaha mendekati-Nya.
Mungkin
suatu ketika dahulu kita pernah merasai cinta manusia itu melebihi cinta Allah,
tapi sedarkah kita kasih sayang Allah itu lebih mesti diutamakan? Malunya diri
ini tatkala berbicara tentang cinta Allah, aku sedar aku mungkin tidak mendapat
lagi cinta-Nya, namun, hati ini sentiasa bersyukur kerana sentiasa diketuk
untuk kembali kepada-Nya, untuk terus bersemangat mencari redha-Nya, dan
meningkatkan kualiti diri dan dakwah untuk mengajak manusia kepada-Nya!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan