Pages

Isnin, 27 Mei 2013

Pagi yang nyaman...

Bismillah...Alhamdulillah, segala puji Allah yang masih memanjangkan usiaku, menyembunyikan aib2 diri yang terlalu hina, dan rahmyat-Nya meliputi seluruh alam..

Sepanjang semester ke 6 ini, hanya beberapa kali ana poskan penulisan, mungkin hati ini masih lagi kering, masih tidak pandai menguruskan masa..

Ana akui semester ini agak mencabar, keperluan untuk lebih menguruskan masa agak lebih dirasai, kadang- kadang futur juga terasa, yang kadang- kadang tidak sampai 3 juzuk pun setiap minggu..hafalan sekadar cukup syarat 5-10 ayat per surah..No extra effort..Sangat perlu kepada bermujahadah dengan cuti terlalu banyak, menyebabkan assignments tergendala..Alhamdullilah, 2 works to be finished before this Thursday, and insyaAllah, on Monday will start exam...

3/6- Strategic Management
4/6- Theory Accounting and Practice
5/6- System Analysis and Design
7/6- Organizational Behaviour and Public Sector Accounting
10/6- BP Communication
11/6- Asas Keusahawanan


Belajar tidak susah, tetapi apabila tidak pandai menguruskan masa, dan hanya menunggu bila bersemangat sahaja baru hendak study itu memang bermasalah...Murabiyah selalu berpesan sebegitu dalam dakwah..Dakwah tidak hanya dilakukan apabila bersemangat, tetapi dilakukan dengan kefahaman, kesedaran dan kesungguhan...Memang ana mengakui ungkapan ini..tetapi alhamdulillah, sangat terasa dengan pengalaman menolong ikhwah/akhwat untuk PRU- 13 hari itu untuk BERJASA..ada pihak tertentu mengatakan ISMA ni pro- UMNO..fakta mana yang depa dapat pun tak tau, walhal ikhwah akhwat terlalu banyak berkorban untuk PRU..infakkan sebahagian besar daripada gaji sendiri untuk jalan ini..Alhamdulillah, feedback yang sangat positif selepas PRU walaupun tidak menang langsung di semua tempat..InsyaAllah, ini baru permulaan...cuma agak terkilan, pada minggu terakhir,, edar flyers di ......, kami melihat ada flyers yang menulis "sokong BERJASA= sokong UMNO"..Astaghfirullahala'zim...terkedu juga...kami di pihak BERJASA sendiri, hanya menggeleng..serahkan sahaja segala urusan pada Allah..Allah Maha Mengetahui. Mungkin ada antara kita yang kurang tahu pasal BERJASA, but if nak tahu tanyalah direct atau cari di sumber yang tepat..jangan hentam tanpa ilmu..

Ana akui, Ana kurang selesa dengan sebahagian parti yang menghentam parti lain..sebaliknya, perbaikilah dengan akhlak, dan tunjukkan teladan..dan buat diriku sendiri, masih banyak yang perlu dibaiki, dan ana rasa kerdil kadang-kadang kerana ada sahabat2 ana yang lebih baik akhlaknya walau tidak berada dalam mana2 jemaah..cuma ana selalu berpesan pada mereka, "masuklah mana2 jemaah yang ampa nak, tapi jangan tak da lansung" especially, bila dah keluar UUM/university..yang penting, kita sedar, kita semua akan menghadap Allah, dan nak bawa semua muslim muslimat kepada YANG MAHA SATU..insyaAllah...

Klah, cukuplah nukilan sekadar di sini...back to study!!



"We are ONE UMMAH"..

Dapatkan cinta-Nya...
28/5/2013, 8.20 pagi.
DPP SME BANK, UUM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Alhamdulillah