Kita Hina Kerana Jauh Dari Islam
Assalamualaikum.
Alhamdulillah.
Masih lagi diberikan ruang serta peluang dari Allah untuk kita sama-sama
bermuhasabah. Dan kemudiannya meningkatkan kadar iman dan takwa kita kepada
Allah. Alhamdulillah kerana kita masih lagi diberikan peluang dari Allah untuk
melihat agama ini dari sudut sebagai seorang yang sedar bahawa dirinya itu
adalah hanya sekadar hamba. Kerana apa?
Kerana
dalam dunia zaman merdeka atau era globalisasi ini, hamper semua manusia telah
didoktrinkan untuk menjadi tuan. Dialah yang berkuasa atas segalanya.
Teruatamanya apabila wang dan pengaruh menjadi tulang belakang yang
menyokongnya. Hinggakan ada puak yang melampau menmperkenalkan satu teori yang
mengatakan setiap dari kita ini adalah tuhan.
You’re God.
atau
Born to be free!
Menyebabkan
ramai manusia yang terlena leka dalam dunia yang secara realitinya seperti
bangkai anak kambing kurapan, tetapi mereka melihatnya seperti syurga.
Jabir
bin Abdullah ra meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW berjalan melewati pasar
sementara orang-orang berjalan di kanan kiri beliau. Beliau melewati seekor
anak kambing yang telinganya kecil dan sudah menjadi bangkai. Beliau lalu
mengangkatnya dan memegang telinganya, seraya bersabda :
“Siapa
di antara kalian yang mau membeli ini dengan satu dirham (saja)?”.
Mereka
menjawab,
“Kami
tidak mahu membelinya dengan apapun. Apa yang kami boleh perbuat
dengannya?”
Kemudian
beliau SAW bertanya,
“Apakah
kamu suka ia menjadi milikmu?”.
Mereka
menjawab,
“Demi
Allah, seandainya ia hidup ia adalah aib (cacat), ia bertelinga kecil, apalagi
setelah ia menjadi bangkai?”.
Maka
beliau SAW bersabda,
“Demi
Allah, dunia ini lebih hina bagi Allah daripada bangkai ini dalam pandangan
kalian.”
[HR
Muslim]
+++
Tetapi.
Cuba kita lihat kembali ke dalam diri kita dan di sekeliling kita. Adakah kita
merasakan dunia ini seperti bangkai anak kambing cacat tadi? Atau kita
merasakan ianya seperti puteri salji yang kita perlu berkorban dan
bersungguh-sungguh dalam merebutnya?
Seperti
yang saya tanyakan dalam entri sebelum ini, Kita Terhina Kerana Kebetulan?
Kenapa
boleh jadi macam ni?
Kenapa?
Sedangkan
kita ada al-Qur’an yang menjadi pedoman atau petunjuk jalan untuk kita.
Sedangkan
kita ada Rasulullah SAW dan para sahabatnya yang terus menerus mengembangkan
Islam demi kesejahteraan seluruh alam.
Tapi,
kita bukan setakat gilakan dunia. Tertipukan dunia. Bahkan lebih lagi.
Kalau
kaum wanita Islam di Perancis bertungkus lumus untuk mempertahankan hak mereka
dalam memakai niqab atau purdah denggan alasan kebebasan. Tetapi wanita Islam
di Malaysia bertungkus lumus dalam mempertahankan hak mereka dalam nak
melepaskan semua yang ada di badan dengan alasan kebebasan.
Kalau
kaum lelaki di Palestin siangnya bekerja untuk mencari nafkah keluarga, menjaga
diri dan keluarga dari ancaman Zionis. malamnya berjaga di sempadan untuk
mengawal keselamatan umat Islam di Palestin. Kaum lelaki di Malaysia siangnya
penuh dengan kerja untuk tuan mereka, dan menjual adik atau anak untuk
kepentingan diri sendiri. Manakalanya malamnya juga berjaga, tetapi untuk
memuaskan hawa nafsu di kelab malam, rempit di jalanan raya dan berzina sana
sini.
Kenapa?
Kita
menjadi hamba kepada dunia.
Hina.
Saya
bertanya agar kita sama-sama mampu untuk berfikir. Di mana diri kita
sebenarnya.
Kita
kata kita Islam.
Tapi,
benarkah kita ini Islam sebenarnya? Adakah cukup kalau kita hanya sekadar
Islam?
Hmm..
Islam itu apa sebenarnya?
"Islam
datang dari kata akar bahasa arab iaitu “Salam” yang bermaksud keamanan. Ia
juga bermaksud berserah diri kamu sepenuhnya kepada Allah SWT iaitu Tuhan Maha
Besar. Secara ringkasnya, Islam bermaksud keamanan yang diperolehi dengan
berserah diri sepenuhnya kepada Tuhan Maha Besar. Dan sesiapapun yang berserah
dirinya kepada Tuhan Maha Besar, Allah SWT, digelar Muslim. "
[Dr
Zakir Naik]
Jadi,
Islam itu keamanan yang diperolehi dengan berserah diri sepenuhnya kepada Tuhan
Maha Besar.
Berserah
diri sepenuhnya.
+++
Cuba
kita refleks dalam diri kita, adakah statement ini teraplikasi dengan sangat
baik dalam diri kita dalam berislam selama ini?
Atau
masih sahaja ada cinta yang lain dalam hati kita?
Tatkala
datangnya seruan berdakwah, datang ke program keislaman, berukhuwah dan
sebagainya. Hati kita mula berbelah bagi dengan cinta-cinta yang mencapah di
dalam hati kita. Sedangkan hati kita hanya untuk Allah jika kita mengatakan
kita berserah diri sepenuhnya kepada Dia.
Tetapi
secara hakikatnya sangat berbeza dalam dunia sekarang.
Yang
terlibat dalam politik dikaburi dengan cita-cita palsu mereka. Kerana
dunia.
Yang
mengatakan dirinya pendakwah juga terkadang hanya berjenayah syariah sahaja.
Kerana keinginan.
Yang
remaja belia Islamnya hancur lebur tiada harga. Kerana hawa nafsu.
Kerana
mereka hanya sekadar Islam secara keturunan. Mereka ucap “Tiada Tuhan selain
Allah” kerana mereka mendengar mak ayah mereka menyebutnya. Bukan kerana mereka
memahami hakikat disebalik kata sumpah itu sendiri.
“Tiada
Tuhan selain Allah”..
Tetapi
tenangnya kita kepada perempuan, musik bukan-bukan. Terlindungnya kita dengan
pangkat dan harta. Rindunya kita pada dunia dan wanita serta keluarga.
Cenderungnya kita dengan berehat melampau-lampau. Tiada langsung ruang untuk
diisi dengan kehadiran Allah.
"Dijadikan
indah pada manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu:
wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas dan perak, kuda
pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di
dunia; dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).”
[QS
Ali ‘Imran, 3:14]
Tadabbur
juga..
“Dan
di antara manusia ada orang yang menyembah tuhan selain Allah sebagai
tandingan, yang mereka cintai seperti mencintai Allah. Adapun orang-orang
beriman sangat besar cintanya kepada Allah. Sekiranya orang-orang yang berbuat
zalim itu melihat, ketika mereka melihat azab, bahawa kekuatan itu semuanya
milik Allah dan bahawa Allah Allah sangat berat azabnya.
[QS
al-Baqarah, 2:165]
Saya
ulang..
“Adapun
orang-orang beriman sangat besar cintanya kepada Allah.”
[QS
al-Baqarah, 2:165]
+++
Di
saat Islam mula menjauh dari diri kita. Cahaya Islam itu mula bersinar kembali
dari ufuk yang lain.
“Mengapa
budaya barat datang kepada Islam? Dan jikalau kamu perlu menjawabnya di dalam
satu ayat sahaja, jawapannya ialah buadaya barat datang kepada Islam kerana
Islam mempunyai penyelesaian kepada masalah-masalah budaya barat. Budaya barat
dan kebanyakan masyarakatnya, hanya membekalkan apa yang diperlukan oleh badan.
Ia membekalkan keperluan dari aspek fizikal badan. Kebanyakan agama pula hanya
membekalkan keperluan dari aspek rohani badan, iaitu rohnya. Tetapi syukur
kepada allah, Islam adalah satu agama yang merangkumi 2 aspek. Ia membekalkan
keperluan fizikal badan, sambil juga membekalkan keperluan rohani
badan.”
[Dr
Zakir Naik]
Mungkin
ada di antara kita yang menganggap agama ini hanya sekadar pelengkap mengisi
borang. Tolong buang mindsetsebegitu.
Mungkin
ada di antara kita yang menganggap agama ini hanya sekadar tradisi keturunan
yang diwarisi. Tolong buang mindsetsebegitu.
Sebab
Islam itu adalah berserah diri sepenuhnya kepada Tuhan Maha Besar. Allah
SWT.
Kita
berserah kepada Allah bukan kerana kita Melayu.
Kita
berserah keapda Allah bukan kerana mak ayah kita.
Kita
berserah kepada Allah bukan kerana girlfriend kita atau untuk mendapatkan hak
keistimewaan atau subsidi.
Tetapi
berserah dirinya kita kerana menginginkan ketenangan. Di dunia mahupun di
akhirat, itu yang lebih utama.
“Dan
siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang dengan ikhlas berserah
diri kepada Allah, sedang dia mengerjakan kebaikan, dan mengikuti agama Ibrahim
yang lurus? Dan Allah telah memilih Ibrahim menjadi kesayangannya”
[QS an-Nisa’, 4:125]
Kenapa
kita hina?
Kerana
kita jauh dari Islam. Jauh dari al-Qur’an. Jauh dari Allah SWT.
“Dan
sesiapa yang berpaling dari pengajaran Allah Yang maha Pengasih (Al-Qur’an),
Kami biarkan Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), dan menjadi temannya
karibnya.”
[QS Az-Zukhruf, 43:36]
Maka
dekatkanlah semula diri kita dengan Allah. Dengan al-Qur’an. Dengan sunnah
Rasul SAW.
Mulakanlah
perubahan dalam diri kita. Kemudian mulakan pula perubahan itu dalam diri orang
lain.
Bersama
kita tidak cuba untuk beralasan dalam berbuat kebaikan, berukhuwah bersama-sama
mereka yang mahu menjaga keimanan, menghidupkan suasana tarbiyah dan membudayakan
dakwah dalam hidup masyaraktat.
Bersabarlah
kita seperti sabarnya tentera syaitan dalam merosakkan kita.
Bersabarlah
kita seperti Nabi Muhammad SAW dalam mendakwahi manusia jahil.
Bersabarlah
kita seperti Allah SWT yang tetap memberikan kita pelbagai nikmat walaupun
kerap kali kita ingkarinya.
Dan,
teruskan perjuangan. Perbaharui mujahadah.
Buka
minda kita. Dan kemudiannya berfikir sejenak. Adakah ini semua hanya kebetulan,
atau sesuatu yang terlindung di sebalik apa yang berlaku.
Kenapa
umat yang dikatakan sebaik-baik umat di dalam al-Qur’an ini menjadi begitu
teruk pada zaman sekarang?
Kenapa
umat yang dahulunya menjadi rujukan sekalian alam, tetapi sekarang menjadi umat
bawahan yang tidak ada langsung tempat bergantung?
Kenapa?
“Kita
ini adalah orang-orang yang paling hina lalu Allah memuliakan kita dengan
Islam. Kalau saja kita mencari kemuliaan pada selain Islam maka Allah akan
menghinakan kita lagi…”
[Umar
al-Khattab]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan