Pages

Selasa, 18 Disember 2012

Ukhwah di hati..

Bismillahirrahmanirrahim....
Bismillah...

 Alhamdulillah telah banyk nikmat yang Allah telah berikan sejak dulu, kini, dan selamanya.. Semalam, alhamdulillah, ana dan akhwat selamat mengadakan sedikit jamuan bersama-sama adik-adik dan rakan-rakan di Bukit Kachi memandangkan ini adalah minggu terakhir Tazkirah mingguan pada semester ini. Ini bermakna exam semakin dekat..♡♥Terasa ukhwah yang dijalin semakin berpadu, ap solat sama2 dan makan bersama2..insyaAllah..dapat kenal juga lagi seorang adik junior yang rupa2nya sekelas kenegaraan dengan ana, rasa rugi tak dapt berkenalan dari awal sem..:-( ana datang agak lewat sebab hantar x- romate, Ummi Hani ke Stesen Bas Changlun.Alhamdulillah Allah memudahkan perjalanan kami walau kami bertolak agak lewat. 

Moga ukhwah yang dijalin adalah kerana Allah, dan buat Ummi Hani, moga Allah sentiasa melindungimu...Buat akhwatku, doakan kita terus tsabat dijalanNya untuk memperbaiki diri dan mengajak orang lain mendekati Allah♡♥

Sabtu, 15 Disember 2012

Sedetik Cuma

Alhamdulillah, di celah2 kesibukan dapat berblog..kangan sih...:-)

     Hari ini,  dapat luangkan masa bersama kawan2, family...

Kak syakira sedang berjuang di Negeri Sembilan, ana tolong ganti untuk usrah Kak Sya.....

Moga Allah redha...KAK SYA SELAMAT BERJUANG...

Jumaat, 16 November 2012

Aktiviti hari ini

Bismillahirahmanirrahim...

Alhamdulillah, telah berlalu masa untuk hari ni=)satnya masa berlalu...

           Pagi tadi adikku menemaniku untuk ke Ambank untuk uruskan pasal hutang mak...Hari tu Mak Cik Ros dah settlekan hutang mak, tapi depa masih libatkan charge untuk tarikh selepas mak tak da....Ingatkan nak settle hari ini jugak, tapi.............permintaanku lambat dilayan...boleh ja nak bayaq terus, tapi kita yang rugi, dan menyebabkan aku ambil keputusan untuk tanya kaunter pertanyaan..awal2nya, dia dah layan-dia suruh ana cakap ngan service no. of mbf card,tapi x sempat cakap abih, orang tu nak cakap dengan officer Ambank...huhu...Tapi....miss tu da hal, and orang tu dah letak fon...dia kata tunggu sat....ana pun tunggu kat sebelah kaunter dia....dekat 15minit kot...huhu..sedih jugak..(mungkin diri ni tak cukup sabar)...Then, I call my bro,Kimi,"Kimi, awat dia tak layanpun..."sob2..pastu, xpalah, balik terus, sebab Miss tu pun sibuk layan orang lain...huu..Then, I decide, takpalah, telefon kaunter service mbf card sendirilah (cari no.fon kat internet) and bayar online terus senang sket...-anyway, to myself, think positive-need to improve my communication skill-
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Petang, layan cerita Khalifah kat TV3..balik cuti ni, baru 1st time tengok tv...huhu..sampai berita apapun tak berapa alert(internet ada kononnya...=))..Alhamdulillah, best cerita tu ada byk pengajaran...Tapi bagi pandangan ana, watak perempuan tu memang best, sebab dia berjaya buatkan ramai orang di sekeliling dia terutama anak2 yatim and family En. Nazim(lakonan Isma Daniel) berubah ke arah yang lebih baik)...bestnya bila jadik perantara untuk berubah and seseorang dengan Allah...

    Cerita ke 2, pasal ibu tunggal yang berjaya(Mak Pah) yang berjaya wanita yang sama title dengan dia dan dia turut membantu anak2 muda di Rumah Titian Kasih...sangat respect dia sebab mampu ajak ramai orang ke arah yg lebih baik sehingga ada antara anak2 tu dapat pi oversea.....wah, kalolah ana mampu...sebagai dai'e, perlu lebih bermuhasabah..huhu.Teringin, nak jadi orang yang bermanfaat untuk masyarakat, walhal pngorbanan yang dilakukan amat sedikit(mungkin hati ni masih x cukup ikhlas seperti Mak Pah)

buat diriku, Aja2 Fighting, keep closer to Allah, dan baiki diri..

_________________________________________________________________


Acara malam nie, nak buat apam pokodot ngan kaklong...pagi tadi buat spagetti(walau dalam hati boring, tapi atas permintaan kimi n kaklong)he..
jgn marah ya kaklong..

Kimi dah pi pondok..walaupun sedih, tapi redha sebab untuk kebaikan dia, kalo kat umah, suara tak larat nak berleter...moga dia lebih memahami Islam dan beramal dengan ilmu....

harap2 nie aktif semula berblog=)

Rabu, 14 November 2012

Salam Maal Hijrah

Alhamdulillah, telah masuk tahun baru rupanya kita ni:-)sedar x sedar masa semakin berlalu pergi meninggalkan kita...huhu..

      Pada saat ini, sedang berada di rumah bersama adik tercayang, yakni HAKIMI...hehe..Cuaca kat umah redup ja, mungkin sedang menyuarakan kegembiraannya untuk menyambut Awal Muharam:-)moga hati ini juga begitu...

AWAL MUHARAM DETIK PERMULAAN,
PENGHIJRAHAN TAHUN ISLAM HIJRAH,
PERPINDAHAN NABI DAN UMAT ISLAM,
DARI KOTA MEKAH KE KOTA MADINAH.........

Penghijrahan kita melibatkan lebih byk pengorbanan nafsu gamaknya....
Untuk berhijrah ke arah yang lebih baik....mungkin tak ternampak macam pengorbanan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w, berhijrah dari satu tempat ke satu tempat yang lain..Namun, pada hakikatnya, nak berhijrah melawan hawa nafsu agak susah kerana ia berada di dalam diri kita, dan hanya kita mampu mengawalnya..




MOGA DIBERIKAN KEKUATAN OLEH ALLAH...jom jadi 'orang baru'♥♡♥♡


ALLAHUMMASOLLIA'LA MUHAMMAD


Rabu, 29 Ogos 2012

Ketuk diri: Dah berapa pages hari ni?


Bismillahirrahmanirrahim....

Pernah lihat gambar nie??(^_^) Sapa yang selalu buka FB dan share mana2 part yang best mesti tau!

What do you feel when read ayat in this picture? Strange? Normal? Cool? -answer by your own, don't need to tell me;)

Firstly, I really appreciate the person who uploaded this picture, 

This picture, learnt me a lot: READ AL QURAN and try to HAFAZ...impossible??possible??-we decide it!!

Ketuk hati: novel cintan kita boleh habiskan satu malam, so, kenapa masih ragu2(nasihat buat diriku, yang dulu memang peminat novel cinta.ANDA??;))

Teringat ayat yang dibaca dari buku ANIS bulan puasa hari tu,cover page Fatimah Syarha dan suaminya, magic statement depa untuk Ramadhan hari tu: '30 hari Ramadhan, bacaan 30 juzuk al-Quran, hafazan 30 helai'....kita??moga masih ada peluang untuk kita..Jom buat target!!




Ahad, 26 Ogos 2012

Back 2 Him..

Alhamdulillah, aku mula mendapat kekuatan untuk menulis setelah lama tinggalkan....:)

Detik ini sorang- sorang ja kat rumah, memandangkan ayah pi rumah Tok, kaklong kerja...kakak dan abang dah balik KL, Kimi dah balik pondok.....

  Saat ini memang detik yang aku nantikan, sebab boleh spend banyak masa dengan Allah berbanding apabila bersama keluarga di sampinh menjadi suri rumah, kerana aku takut lalai untuk mengingati-Nya, atau masih kurang rasa Ikhlas untuk mencari cinta-Nya,aku lebih suka duk sorang2, tapi my Murabiyah sem lepas, Kak Tiqah tahu how my attitude is, and always remind me, "jangan suka duk sorang2, syaitan suka"-bukan apa, time tu lagi duk layan perasaan..

    Bagaimana dengan para sahabat?Waktu bila yang paling disukai??Sobsob...sama2 kita muhasabah diri...

Berada di rumah memang best, terlalu selesa...Aku lebih suka keadaan di universiti, hanya ada yang perkakas yang kita perlu: katil, meja, almari, ruang solat, yang mencabar: LAPTOP!!takut terlebih guna daripada study!! Aku harap dapat cari erti KESEDERHANAAN dalam hidup..kerana aku harap dapt jumpa Allah dalam keadaan yang terbaik.

Jom kenali diri kita:

kelemahan KITA di rumah.Cth:
1.X leyh duduk dalam suasana yg selesa
2.....
3.....

kelemahan  KITA kat universiti.cth:
1. x boleh makan banyak(tertido awal)
2. overdose online(alhamdulillah, bilik x dpt wifi-use BB)
3......


So, sama2 kita kenali diri kita, untuk kita lebih menghampiri Allah...
berusahalah untuk mencintai jalan dakwah jugak.

Ketuklah diri kita dengan Kalamullah:

"Katakanlah,"Jika bapak-bapakmu, anak-anakmu, saudara2mu, isteri2mu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tmpt tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya serta berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusan-Nya." dan Allah tidak memberi petunjuk kepda orang-orang yang fasik. (9:24)

.............................................................................................

Alhamdulillah, Allah menggerakkan hati adikku untuk belajar di Pondok,walau awal2 memang dia diduga dengan buli...Walaupun dia tinggi dari aku, n besar sket, tapi bagi aku dia lembut hati(x pandai lawan) kat luar walau kami di rumah selalu buli kakak2 dia.Aku bersyukur, Allah menjaga dia dengan x pandai berkawan ngan budak2..tapi kadang2 tahap malu/malasnya melebihi kakaknya. Nak suruh pi beli makan payah,kadang2 pi jugak walau dengan kepayahan...

    Kelmarin, dia dah blk pondok, dia baru 28 hari duk pondok, syarat mula2 duk pondok kena stay sampai 40 hari dulu.. First2 ingatkan ok, tetiba time aku duk tingkat atas,dia kata."kak cik, mai turun sat".Dia buat luahan hati...huhu..Sedih jugak tengok dia, naseb baik ayaq mata dia menitik pelan2, Alhamdulillah, pujuk punya pujuk dia ok sket, tapi ayat last dia membimbangkanku, "bulan September/ Oktober cek nak berhenti"..Papun, aku doakan Allah sentiasa memberikan yang terbaik buat adikku.

  Hari ini ayah hantar barang yang tertinggal kat Kimi, dan aku selitkan satu 'nota' untuk adikku..Moga dia baca dengan hati yang rela..

..............................................................................................


Kejap sahaja masa berlalu, sudah hampir 5 bulan emak meninggalkanku,,macam tak percaya, tapi itulah hakikat, bahawa setiap insan akan kembali kepada Rabb, dan kitapun tak terkecuali, cuma yang membezakan kita adalah masa yang telah ditetapkan...

'Bersediakah kita untuk bertemu dengan-Nya?'


-Ya Allah, aku memohon cinta-Mu, cinta orang yang mencintai-Mu, dan perbuatan yang menyampaikan daku kepada cinta-Mu.- amin..






-Lagu yang best dengar time di malam yang sunyi sepi-(^_^)

Mencari Yang Maha Satu


Bismillah…
                Alhamdulillah, hari –hari yang dilalui semakin hampir dengan-Nya. Tatkala ini, bimbangkah kita jika semakin jauh dari-Nya, akibat  terlalu nikmat dengan pemberian-Nya? Koreksi diri, perbaiki diri! Jadilah kita hamba- hamba yang berusaha mendekati-Nya.
                Mungkin suatu ketika dahulu kita pernah merasai cinta manusia itu melebihi cinta Allah, tapi sedarkah kita kasih sayang Allah itu lebih mesti diutamakan? Malunya diri ini tatkala berbicara tentang cinta Allah, aku sedar aku mungkin tidak mendapat lagi cinta-Nya, namun, hati ini sentiasa bersyukur kerana sentiasa diketuk untuk kembali kepada-Nya, untuk terus bersemangat mencari redha-Nya, dan meningkatkan kualiti diri dan dakwah untuk mengajak manusia kepada-Nya!



                

Alhamdulillah