Pages

Ahad, 6 Februari 2011

Mengutamakan akhirat tanpa mengabaikan dunia

Islam menganggap kehidupan ini sebagai suatu pengembaraan dan destinasi terakhirnya adalah akhirat. Nabi bersabda yg bermaksud,

"Jadilah kamu di dunia spt seorang pengembara atau seorang yg sedang melalui sebuah jalan"
                                                                   (Hadis dilaporkan oleh Bukhari)

Bagi menjamin kejayaan seorang pengembara, beberapa faktor krikal perlu diambil kira dan antara yg terpenting ialah kejelasan matlamat, destinasi, memiliki peta dan juga bekalan.

Allah menjadikan manusia manusia di dunia dgn suatu matlamatpenting iaitu mengabdikan diri kpd-Nya.
Pengabdian ini perlu berterusan sehingga manusia sampai ke matlamat akhir yakni alam akhirat.

Bagi sampai ke alam akhirat dgn selamat dan sejahtera, manusia perlukan  peta dan peta itu ialah AL-QURAN dan SUNNAH. Perjalanan yg jauh ini memerlukan bekalan dan bekalan itu adalah amalan yg shalih. Di akhirat nanti, segala amalan manusia sebalas secara adil. Kejayaan dan kebahagiaan yg sebenarnya adalah nikmat yg dikecapi di dlm syurga dan penderitaan serta kecelakaan yg sebenarnya adalah azab api neraka. Allah menyatakan dlm surah ali- Imran, ayat 185 yg bermksd,

"Tiap2 yg bernyawa akan merasai mati. Dan sesungguhnya pada hari Kiamat disempurnakan pahalamu. Sesiapa yg dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalm syurga, maka dia beruntung. Kehidupan dunia ini tidak lain melainkan kesenangan yg memperdayakan(ghurur)."

Kerana itu, dunia bukanlah destinasi terakhir manusia sebaliknya sebagai suatu persinggahan mengambil bekalan. Namun dunia berjaya memperdayakan ramai org sehingga mereka lupa menjadikannya sbg persinggahan sementara. Mereka hanyut dan leka didalamnya. Mereka mengaggapnya sebgai destinasi terakhir dan kesenangan yg terdapat di dalamnya mereka anggap sebagai syurga yg hakiki.

Semasa mentfsirkan ayat 185, surah ali- Imran,"kehidupan dunia ini tidak lain melainkan kesenangan yg memperdayakan(ghurur). Said Hawa di dlm as-Asas fit Tafsir berkata, "Dunia ini bersifat hina dan sementara dan ia dpt diumpamakan spt suatu perhiasan yg palsu tetapi disadur dgn sesuatu yg menarik sehingga seolah2 ia adalah asli. Dlm kehidupan ini, syaitan berjaya memperdayakan manusia dgn (mencantikkan) kepalsuan dunia ini."


dr buku Minda Muslim Super, Dr.Daniel Zainal Abidin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Alhamdulillah