Pages

Isnin, 27 Mei 2013

Pagi yang nyaman...

Bismillah...Alhamdulillah, segala puji Allah yang masih memanjangkan usiaku, menyembunyikan aib2 diri yang terlalu hina, dan rahmyat-Nya meliputi seluruh alam..

Sepanjang semester ke 6 ini, hanya beberapa kali ana poskan penulisan, mungkin hati ini masih lagi kering, masih tidak pandai menguruskan masa..

Ana akui semester ini agak mencabar, keperluan untuk lebih menguruskan masa agak lebih dirasai, kadang- kadang futur juga terasa, yang kadang- kadang tidak sampai 3 juzuk pun setiap minggu..hafalan sekadar cukup syarat 5-10 ayat per surah..No extra effort..Sangat perlu kepada bermujahadah dengan cuti terlalu banyak, menyebabkan assignments tergendala..Alhamdullilah, 2 works to be finished before this Thursday, and insyaAllah, on Monday will start exam...

3/6- Strategic Management
4/6- Theory Accounting and Practice
5/6- System Analysis and Design
7/6- Organizational Behaviour and Public Sector Accounting
10/6- BP Communication
11/6- Asas Keusahawanan


Belajar tidak susah, tetapi apabila tidak pandai menguruskan masa, dan hanya menunggu bila bersemangat sahaja baru hendak study itu memang bermasalah...Murabiyah selalu berpesan sebegitu dalam dakwah..Dakwah tidak hanya dilakukan apabila bersemangat, tetapi dilakukan dengan kefahaman, kesedaran dan kesungguhan...Memang ana mengakui ungkapan ini..tetapi alhamdulillah, sangat terasa dengan pengalaman menolong ikhwah/akhwat untuk PRU- 13 hari itu untuk BERJASA..ada pihak tertentu mengatakan ISMA ni pro- UMNO..fakta mana yang depa dapat pun tak tau, walhal ikhwah akhwat terlalu banyak berkorban untuk PRU..infakkan sebahagian besar daripada gaji sendiri untuk jalan ini..Alhamdulillah, feedback yang sangat positif selepas PRU walaupun tidak menang langsung di semua tempat..InsyaAllah, ini baru permulaan...cuma agak terkilan, pada minggu terakhir,, edar flyers di ......, kami melihat ada flyers yang menulis "sokong BERJASA= sokong UMNO"..Astaghfirullahala'zim...terkedu juga...kami di pihak BERJASA sendiri, hanya menggeleng..serahkan sahaja segala urusan pada Allah..Allah Maha Mengetahui. Mungkin ada antara kita yang kurang tahu pasal BERJASA, but if nak tahu tanyalah direct atau cari di sumber yang tepat..jangan hentam tanpa ilmu..

Ana akui, Ana kurang selesa dengan sebahagian parti yang menghentam parti lain..sebaliknya, perbaikilah dengan akhlak, dan tunjukkan teladan..dan buat diriku sendiri, masih banyak yang perlu dibaiki, dan ana rasa kerdil kadang-kadang kerana ada sahabat2 ana yang lebih baik akhlaknya walau tidak berada dalam mana2 jemaah..cuma ana selalu berpesan pada mereka, "masuklah mana2 jemaah yang ampa nak, tapi jangan tak da lansung" especially, bila dah keluar UUM/university..yang penting, kita sedar, kita semua akan menghadap Allah, dan nak bawa semua muslim muslimat kepada YANG MAHA SATU..insyaAllah...

Klah, cukuplah nukilan sekadar di sini...back to study!!



"We are ONE UMMAH"..

Dapatkan cinta-Nya...
28/5/2013, 8.20 pagi.
DPP SME BANK, UUM.

Selasa, 2 April 2013

Berharaplah pada Dia..


Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah, terasa hari ini sangat riang bagi diri ana...Mungkinkah disebabkan cuti dah nak bermula, atau gembira kerana hari ini dapat bangun awal dan tak tido lagi..atau sebab hari ni tak mengantuk seperti hari lain...he..Alhamdullillah, atas rahmat Allah semua ini berlaku....

  Semalam tido pukul 1 pagi, alhamdulillah dapat bangun pukul 5pagi, meneruskan buat slide Halaqah malam ini, dan qiamullail...Di keheningan pagi itu, ana teringat pesan Prof. Muhaya,"apabila bangun pagi2  mohon keberkatan waktu, solat pada awal waktu." Mind set must always positive..

Setelah solat Dhuha, ana meneruskan perjalanan bersama Alia untuk beli tiket bas Alia ke Johor dan dia teman ana buat pasport..Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan, walau terlupa nak bawah gambar, dan pakai tudung pink, dan menyebabkan terpaksa bertukar tudung dengan Alia (alhamdulillah dia pakai tudung hitam)..hihi...terharu sangat...Mungkin esok or lusa baru dapat amik pasport, alhamdulillah dekat Bukit Kayu Hitam ja...

Then, we continue our journey back to UUM, Alia amik buku dia, sebab ada kelas jam 2.30 ptg..dan kami berdua bertolak ke Jitra....teman Alia beli baju,,memandangkan dia orang jauh, n lama tak keluar sama2...Kami berdua makan laksa together dan teman Alia buat services di Kedai Rambut Ciah, my cousin......Then, balik UUM walau Alia sampai kelas agak lewat...

Dan sekarang....ana di biliklah=) sorang2, my roomate tido kat dalam kampus, dah beberapa hari...Get ready to go to Tazkirah this night and get the momentum untuk bedah Hadis 9 Imam Nawawi dalam halaqah, yg subhanallah huraiannya sangat panjang walau hadis dia pendek ja...

Termuhasabah diri juga,,, kadang2 diri bersungguh2 buat task halaqah, kan bagus kalo study pun macam ni...InsyaAllah,semua tak mustahil, dan diri ini mampu untuk kuasai ilmu perakaunan ++..Bantuan Allah sentiasa ada, buat sesiapa yang berusaha,,,InsyaAllah..


"Jagalah Allah, nescaya Allah akan menjagamu"

Target for everyday life: mendapat redha Allah.Chaiyok!Aza2 fighting!






Ahad, 31 Mac 2013

muhasabah...


Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah, yang masih terus dan menerus memberi nikmat hidup, nikmat bernafas, nikmat makan yg tidak terhingga kepada setiap hamba-Nya=)

Bagaimana iman hari ini? Sudah penatkah diri melangkah?Sudah diluruskan niat kerana Allah dalma setiap perbuatan?Allah Maha Mengetahui..

Walau kadang2 diri tersasar, tidak bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu, ana tetap bersyukur kerana Dia masih ada untukku mengadu, merintih...Cuma kesungguhan untuk buang segala sifat mazmumah masih lagi menebal...InsyaAllah, teruskan usaha kita, usaha anda, usaha kita semua untuk mendapat redha-Nya....





Khamis, 21 Februari 2013

ziarah...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM....

Alhamdulillah, sempat luangkan masa untuk menulis:-)

HARI NI, hari ke 5 pangajian di semester 6...tadi duk buat nota comey, pastu mengantukk?he...

     Lepas isyak, berkesempatan menziarah adikku ukhti Aini with Nadirah:-) Syafakillah kepada Ukhti Aini kerana demam..panas ketara juga badan dia..Ana tengok  dia, hati berkata-kata "alhamdulillah, aku jarang sakit, kalau tak, mesti nama mak meniti di bibir.."aini tabah sebab tak balik umah, walau mata dia dah berair...kami sembang2 sket, and  'jelum' kepala dia dua kali memandangkan..Duk mikir jugak ketika tu, "kalau aku sakit dulu, apa ya yg mak buat?"........Ana dan nadirah sekadar beri sedikit 'tips'....moga cepat sembuh adikku..

    Kalau kita saki, kebanyakan kita mesti sebut nama mak2.....kan?Ibu ialah insan yang penyayang, yang paling dekat dengan kita...
   
     Pernah satu ketika, semasa ,menjaga arwah ibuku, mak masih sebut nama tok(sedih...tok dah takda...)....ana hanya mampu kata kat mak, "mak, tok dah takda, mak banyak2 sebut nama Allah, sebab hanya Allah yang mampu tolong mak."ana suruh mak sebut beberapa nama Allah juga...Ana tak tahu tindakan ana pada masa tu betul ke tak...dan moga ana kuat jika saat seperti itu terkena pula Allah...

      Moga Allah menjadi sumber kita dalam segala sesuatu!manusia hanya sandaran sementara...




"YA ALLAH, JADIKANLAH KASIH MU LEBIH AKU CINTAI DARIPADA DIRIKU SENDIRI, KELUARGAKU, DAN AIR YANG DINGIN..jadikan aku anak solehah kepada mak dan Ayah dan kumpulkan kami bersama-sama di syurgaMU.amin"♡♥


Hargai ayah pulak!


NURINSAN91,
UUM, SINTOK,




MENCARI CINTA NYA..







Ahad, 17 Februari 2013

selamat belajaq!

Alhamdulillah, hari ini selesai untuk kelas untuk hari prtama..sekadar bertaaruf dengan lecturer dan subjek yang akan dipelajari..Semester ini lebih kepada subjek membaca dan memahami..:-)..Calculation kurang..insyaAllah, mudah2an semester ini lebih bersemangat, dan ana sangat happy for my twin, as she got result pointer more than me..hope it will trigger me more to success and try to adapt the knowledge of business...This semester, my friends and I will take CIMA exam.harap lulus dengan cemerlang..kena rajin studi sendiri. Moga Allah redha:-)♡♥♡

Kata2 semangat dari kakak..kat k.long tak sempat mintak lagi..


YA ALLAH! JADIKAN KAMI ISTIQAMAH DENGAN SIKAP BERSUNGGUH SUNGGUH MENUNTUT ILMU...amin

Sabtu, 2 Februari 2013

Syurga Seorang Isteri


Catatan ditulis pada 12:20 a.m, 3 February 2013(upload lewat..=))

Bismillahirrahmanirrahim…
Alhamdulillah Segala Puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam, tak lupa juga selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang dengan kehadiran baginda tersebarnya Islam ke seantero dunia.
Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah untuk ‘segar’ malam ni dan dapat ambil ibrah daripada cerita ‘Syurga Seorang Isteri’, TV3 jam 10 malam tadi. Walaupun tengok cerita tu alhamdulilllah masih dapat difahami mesej yang ingin disampaikan.(Kepada siapa yang tidak sempat menonton, boleh tonton di www.tonton.com.my =) )

Antara ibrah yang ana dapat ambil:
  1.    .  Syurga isteri adalah di bawah tapak kaki suami selagi suami masih mengikut kehendak syariat Islam.
  2.        Isteri harus taat pada suami(contoh meminta keizinan), tapi jangan sampai satu tahap dipergunakan suami.
  3. .       Tanggungjawab pada mak ayah masih perlu diberi, walau telah bersuami(bagi perempuan).
  4.              Penting persefahaman antara suami isteri.
  5.            Mak ayah kepada suami/isteri kita adalah macam mak ayah kandung kita.    
  6.      Hargai pengorbanan mak ayah sehingga kita boleh Berjaya..(Terngiang-ngiang ayat watak Salim kepada kakaknya,” You are nothing without them”.
  7. \\\\      Hargai nikmat yang Allah beri, jangan sampai satu hari Allah tarik semula nikmat tersebut.
  8.           Belajar untuk menghargai apa yang kita ada dan bersyukur.
  9.        Jangan membezakan anak-anak.
  10.       “Jangan takut untuk memberi, kerana segalanya adalah pemberian dari Allah."
  11.        Selesaikan segala hutang dengan segera.  
                      -Selamat menonton-
        Cerita yang boleh membuatkan orang menangis......Moga ketemu hikmah=)
   
     Mencari cinta-Nya. 






Khamis, 24 Januari 2013

Salam Maulidurrasul...

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ini merupakan Hari Keputeraan baginda, Rasulullah s.a.w, kekasih Allah yang dirindui, InsyaAllah...

   Maha Suci Allah yang telah mengutuskan Nabi Muhammad s.a.w ke dunia pada 1,400 tahun yang lalu. Mungkin waktu itu telah berlalu, dan semakin jauh dari kita. Namun, harapnya kasih baginda masih kita rasakan di hati ini apabila mengingatinya, membaca sejarahnya, dan apabila terdengar sesuatu mengenai baginda... Moga Allah jauhkan kita, termasuk diriku, agar tidak termasuk dalam golongan yang apabila mendengar nama Rasulullah disebut, tidak terasa di hati, tidak rasa rindu, tidak rasa berterima kasih, dan tidak merasai erti Islamnya kita!Nau'zubillah..

              Sesungguhnya kedatangan baginda didatangi dengan seribu rahmat dan keberkatan. Jika tidak diutuskan baginda, mungkin kita ini lebih teruk dari masyarakat Arab di zaman jahiliah. Apa kesalahan mereka? Membunuh anak, berjudi, berzina, meminum arak dan lain-lain? Namun, cuba kita perhatikan di sekeliling kita? Adakah fenomena- fenomena tersebut masih berlaku di zaman millenium kini?YA, bukan?

             Mungkin sebahagian kita masih mengingati baginda, namun, tidak mustahil juga sebilangan besar di antara kita yang mungkin jauh dari baginda, menyebabkan kita tidak terasa untuk menghargai nilai keIslaman dalam diri, dan sekadar meletakkan agam di tepi- tepi sahaja. Mengambil hukun-hakam sekadar yang perlu dan 'sedap' di hati, dan tinggalkan yang mana 'eh, payahnya nak buat!'...Nauzubillah.. Ana mengingatkan diri untuk lebih menghargai nilai-nilai Islam, dan cuba untuk mempraktikkan dalam hidup. Seandainya Rasulullah s.a.w masih hidup, apa yang akan kita perkatakan padanya..Rasanya, terlalu jauh kita dari apa yang mungkin Rasulullah harapkan?! Pemuda bagaimana kita? Jika jauh dari sunnah Rasulullah, malah mungkin ada yang sanggup memperkecilkan sesetengah sunnah baginda??


Wahai pemuda/ pemudi, 
Siap di hatimu, 
Masihkah ada insan yang bernama Muhammad di hatimu,
Setelah Allah di hatimu,
Atau kau lebih mengagungkan manusia biasa,
Yang mana kau harap dia dapat temani engkau kala susah dan senang,
tanpa ada ikatan yang sah?,
Cinta itu buta, 
Namun, kadang2 boleh melukakan, 
Andai cinta tidak diletak tidak pada tempatnya,
Siapa yang menjamin kita akan mendapat syafaat baginda?.
Kala hati ingat dia yang 'biasa' hingga tak tentu arah,
Jadikan Al-Quran dan Sunnah pemandu hati di dunia fana,
Jadikan Allah dan Rasullah paling top di hati,
Sebelum jumpa cinta yang suci yang mengharap kepada redha Ilahi ,
Kerana cinta sesudah itu pasti kau takkan sesali. 
Wallahualam..

Cintakan bunga, bungakan layu, cintakan manusia, akan berlalu pergi,
Namun cinta Allah, kekal abadi....

Mencari Cinta-Nya,
21012013,
Jitra, Kedah.

Alhamdulillah