Pages

Khamis, 24 Januari 2013

Salam Maulidurrasul...

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ini merupakan Hari Keputeraan baginda, Rasulullah s.a.w, kekasih Allah yang dirindui, InsyaAllah...

   Maha Suci Allah yang telah mengutuskan Nabi Muhammad s.a.w ke dunia pada 1,400 tahun yang lalu. Mungkin waktu itu telah berlalu, dan semakin jauh dari kita. Namun, harapnya kasih baginda masih kita rasakan di hati ini apabila mengingatinya, membaca sejarahnya, dan apabila terdengar sesuatu mengenai baginda... Moga Allah jauhkan kita, termasuk diriku, agar tidak termasuk dalam golongan yang apabila mendengar nama Rasulullah disebut, tidak terasa di hati, tidak rasa rindu, tidak rasa berterima kasih, dan tidak merasai erti Islamnya kita!Nau'zubillah..

              Sesungguhnya kedatangan baginda didatangi dengan seribu rahmat dan keberkatan. Jika tidak diutuskan baginda, mungkin kita ini lebih teruk dari masyarakat Arab di zaman jahiliah. Apa kesalahan mereka? Membunuh anak, berjudi, berzina, meminum arak dan lain-lain? Namun, cuba kita perhatikan di sekeliling kita? Adakah fenomena- fenomena tersebut masih berlaku di zaman millenium kini?YA, bukan?

             Mungkin sebahagian kita masih mengingati baginda, namun, tidak mustahil juga sebilangan besar di antara kita yang mungkin jauh dari baginda, menyebabkan kita tidak terasa untuk menghargai nilai keIslaman dalam diri, dan sekadar meletakkan agam di tepi- tepi sahaja. Mengambil hukun-hakam sekadar yang perlu dan 'sedap' di hati, dan tinggalkan yang mana 'eh, payahnya nak buat!'...Nauzubillah.. Ana mengingatkan diri untuk lebih menghargai nilai-nilai Islam, dan cuba untuk mempraktikkan dalam hidup. Seandainya Rasulullah s.a.w masih hidup, apa yang akan kita perkatakan padanya..Rasanya, terlalu jauh kita dari apa yang mungkin Rasulullah harapkan?! Pemuda bagaimana kita? Jika jauh dari sunnah Rasulullah, malah mungkin ada yang sanggup memperkecilkan sesetengah sunnah baginda??


Wahai pemuda/ pemudi, 
Siap di hatimu, 
Masihkah ada insan yang bernama Muhammad di hatimu,
Setelah Allah di hatimu,
Atau kau lebih mengagungkan manusia biasa,
Yang mana kau harap dia dapat temani engkau kala susah dan senang,
tanpa ada ikatan yang sah?,
Cinta itu buta, 
Namun, kadang2 boleh melukakan, 
Andai cinta tidak diletak tidak pada tempatnya,
Siapa yang menjamin kita akan mendapat syafaat baginda?.
Kala hati ingat dia yang 'biasa' hingga tak tentu arah,
Jadikan Al-Quran dan Sunnah pemandu hati di dunia fana,
Jadikan Allah dan Rasullah paling top di hati,
Sebelum jumpa cinta yang suci yang mengharap kepada redha Ilahi ,
Kerana cinta sesudah itu pasti kau takkan sesali. 
Wallahualam..

Cintakan bunga, bungakan layu, cintakan manusia, akan berlalu pergi,
Namun cinta Allah, kekal abadi....

Mencari Cinta-Nya,
21012013,
Jitra, Kedah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Alhamdulillah