Pages

Ahad, 5 Jun 2011

Ciri2 orang Bertaqwa

Ciri-ciri pada orang yang bertaqwa ialah:


1.Menguasai seninya, menundukkan saraf
Taqwa mampu mengawal sikap pendendam dan marah kerana kita mempunyai nafsu, dendam dan amarah. Taqwa juga menguasai sikap emosional tetapi bukan menghilangkannya kerana nafsu, dendam dan marah adalah sifat yang melengkapi keperibadian manusia.






2.Memaafkan kesalahan orang
Ertinya jangan membiasakan diri menyimpan dendam dan kebencian.


3. Tahu diri, pandai berterima kasih, syukur kepada Allah.
Hampir setiap hari kes-kes jenayah seperti kes rogol, rompakan, penindasan, kekerasan dimana-mana dan kes-kes bunuh diri yang jumlahnya semakin tinggi. Berpunca daripada jiwa yang kerdil adalah jiwa yang tidak mampu menerima kenyataan yang ada, jiwa yang tidak pandai beterima kasih kepada kurniaan Tuhan, jiwa yang terputus dari sumbernya. Akibatnya wujud peribadi-peribadi yang kurang rasa belas kasihan, harga-menghargai semakin menipis dalam jiwanya dan seseorang dalam keadaan seumpama itu boleh sahaja berbuat gila, melampaui batas, kejam dan bengis.


4.Syukur.
Ertinya, pandai-pandai berterima kasih atas kurniaan Tuhan yang tidak pernah wujud dalam hidup ini. Besar atau betapa pun kecilnya dalam pandangan mata sementara manusia.


5. Tawakkal.
Ertinya “teguh dan kuat dalam berusaha, tanpa mengenal putus asa, sambil tetap berdoa, bersedia menerima ketentuanNya.” Hanya jiwa yang besarlah yang mampu bertahan, menatap dan menerima kenyataan dengan ikhlas dan tabah, pantang menyerah. Itulah sikap TAWAKKAL.


6. Muraqabah
Manusia mempunyai kecenderungan menilai sesuatu di luar dirinya sehingga nyaris lupa untuk menilai diri sendiri. Dan memang pekerjaan yang paling sukar adalah menilai diri sendiri. Itulah sikap yang harus dimiliki oleh orang-orang yang bertaqwa, itulah yang juga disebut “Muraqabah”.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Alhamdulillah