Rabu, 22 Jun 2011

Sebelum Terlena..

Sebelum Terlena,

Sebelum Terlena............

Bagi peminat Hijjaz, sudah tentu mengetahui lagu nasyid ini(^_^)
Sekadar satu renungan buat kita sebelum tidur,, xkira siang atau malam...

Ini adalah tajuk lagu yang baru ana tukar kat blog ana...Mudah2an sebagai satu muhasabah buat kita semua..

Dengarlah dengan hatimu, bukan sekadar di telinga dan mulut..InsyaAllah(^_^)
Ana sediakan liriknya sekali...JOM HAYATI lagu ini..


                      

Sebelum Terlena


Album : Keizinan Mu
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com


Sebelum mata terlena
Di buaian malam gelita
Tafakurku di pembaringan
Mengenangkan nasib diri

Yang kerdil lemah yang bersalut dosa
Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti
Membawa dosa yang menggunung tinggi
Terkapai ku mencari limpahan hidayah Mu

Agar terlerai kesangsian hati ini
Sekadar air mata tak mampu membasuhi dosa ini

Sebelum mata terlena
Dengarlah rintihan hati ini
Tuhan beratnya dosa ku
Tak daya ku pikul sendiri

Hanyalah rahmat dan kasih sayang Mu
Yang dapat meringankan hulurkan maghfirah Mu
Andainya esok bukan milik ku lagi
Dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi

Sebnelum berangkat ke daerah sana
Lepaskan beban ini
Yang mencengkam jiwa dan raga ku

Selimut diri ku
Dengan sutra kasih sayang Mu
Agar lena nanti ku mimpikan
Syurga yang indah abadi

Pabila ku terjaga
Dapat lagi ku rasai
Betapa harumnya
Wangian syurga firdausi oh Ilahi

Disepertiga malam
Sujud ku menghambakan diri
Akan ku teruskan pengabdian ku pada Mu


-mencari cinta Illahi-

2 ulasan:

  1. syukran enti.....mm lagu sblum terlena apa tjuknya ya?

    BalasPadam
  2. memang tajuk dia sebelum terlena-Hijjaz(^_^)MOga
    sama2 kita dpt menfaat..-Ila mardhatillah-

    BalasPadam

Alhamdulillah