Pages

Rabu, 22 Jun 2011

Duhai saudara2ku,,,,,

In the name of Allah.......


Alhamdulillah Allah Maha memberi kelapangan untuk ana terus mencoret sepatah kata dalam blog ini. Ana mengharapkan setiap masa yang kita ada diperuntukkan untuk Allah, terus mengingati-Nya agar diri ini sentiasa sedar bahawa kita yang bernama manusia yakni hamba Allah sentiasa di bawah pemerhatian, jagaan Allah selalu. Ana yakin bahawa Allah itu Maha Penyabar, kerana kita memang x pernah berhenti berbuat maksiat kepada-Nya, dan Maha Suci Allah, Allah masih memberi keampunan dan sanggup menunggu taubat hamba-Nya, jadi, sedarlah kita, betapa Maha Pemurah-Nya Allah...Walau diri ini belum layak dalam berkata-kata, namun bila diri ini mengingatkan orang lain, diri ini cuma mengharapkan diri ini turut sama tidak beringat dan terleka dengan tipu daya dunia..(T_T)


Duhai sahabat, apa reaksimu dan tindakanmu dengan catatan ana dengan tajuk2 ubat hati?Bagaimana juga reaksi dan tindakanmu selepas membaca artikel islamik blog2 lain, pengisian, ceramah dan lain2??


Cukuplah Allah mengetahui tindakan kalian dan usah kabarkan padaku....Sama2lah kita berusaha untuk berbuat dan berubah melakukan kebaikan...Ingatlah, Allah tidak memandang rupa paras kita sebaliknya hati kita...Sama2 kita buktikan cinta kepada Allah...Ucapkanlah Alhamdulillah, sujudlah kepada Allah kerana Dia masih mengetuk hati kita dan masih terpaut untuk melakukan perubahan ke arah kebaikan. Ingatlah redha Allah yang kita cari, bukan redha manusia..


"Allah memberikan dunia pada yang Dia cintai dan yang Dia benci. Tetapi Dia tidak memberikan (kesedaran ber) agama, kecuali kepada yang Dia cintai. Maka barangsiapa diberi(kesedaran ber) agama oleh Allah, bererti dia dicintai oleh-Nya.(HR. Imam Ahmad, Al-HAkim, dan Al-Baihaqi)


Subhanallah...




          


Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:


" ALLAH TIDAK MEMANDANG PADA RUPA-RUPA DAN HARTA-HARTA KALIAN, TETAPI IA MEMANDANG PADA HATI-HATI DAN AMAL- AMAL KALIAN.
                                                                                                                   (HR. Muslim)



Ayuh sahabat, berbuat kerana Allah..mudah2an ahli keluargaku, sepupu2ku, sahabat2ku di mana jua berada...sama2 kita muhasabah dan berubah...InsyaAllah.
 
                         

-mencari cinta Illahi-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Alhamdulillah