Bismillahirrahmirrahim....
Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah yang telah mengaturkan, merencanakan sesuatu dengan baik.
Buat diriku dan temanku,
Kuatkan dirimu saat diuji,
Diuji dengan kesenangan, kemewahan, kelaparan...
Kemengantukan, kepenatan, keletihan....
Benarlah kalam Allah,
" Dan kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah- buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang- orang sabar.."(Al- Baqarah: 155)
__________________________________________________________________________
Alhamdulillah aku panjatkan kesyukuran kepada Allah yang sentiasa berterusan memberikan nikmat-Nya kepada kita walau kadang- kala kita hanya mencari Allah hanya ketika susah, hanya bila keluarga kita ditimpa kesusahan , hanya ketika kita nak menghadapi peperiksaan dan lain-lain? Muhasabah buat diri ana sendiri, yang kadang kala lebih cepat menaip key board untuk buka fb berbanding al-Quran, dan semester ini nak capai 4 juzuk seminggu(baca quran) pun agak susah..Masih banyak perkara yang perlu dipelajari terutama mengenai mengurusan masa.
Alhamdulillah, tadi ada peperiksaan Kenegaraan jam 9 pagi - 11.30 pagi..Tinggal satu paper lagi yakni Audit II(Advanced Audit)..Mudah- mudahan Allah masih memberi kekuatan, walau semalam agak sedih dengan diri, yang tak bangun qiam..Itulah, awat tidoq lewat sangat, kualitinya pun ntah takat mana.......(T_T), Walau diri ini sering kali jeles dengan certain orang yang boleh tidur lewat, dan bangun awal..Subhanallah, mungkin rasa tawakkal mereka mengatasi segala-galanya..Ayuh, baiki!
Diri ini sedaya upaya untuk berfikiran positif, mencari kalam Allah, hadis 38 untuk kuatkan diri..dan antara huraian hadis yang menyentuh hatiku untuk lebih berfikiran positif,
Daripada Rasullullah s.a.w, Allah berfirman:
" Aku adalah menurut sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya di saat dia mengingati-Ku. Jika dia mengingati-Ku dalam dirinya, Aku mengingati-Nya dalam diri-Ku. Jika dia menyebut-Ku dalam satu kumpulan, Aku menyebutnya dalam kumpulan yang lebih baik lagi."
(Sahih Bukhari dan Muslim)
-Tiada daya dan upaya melainkan kekuatan dari Allah jua-
Mencari cinta-Nya,
2.58 p.m,
DPP SME BANK,
UUM.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan