Pages

Sabtu, 12 Februari 2011

Dunia khat ^_^

Assalamualaikum,
apa yg bakal ana coretkan simple2 ja...but it was the part that I get new knowledge...Mungkin ilmu yg x seberapa ngan shbt lain tapi bagi ana begitu bererti....

12/2/2011

paginya ana ada ko-k....best bljq psl seni khat...Sem nie belajar psl khat nasakh...Tapi seriously ana ckp(ustaz ckp) kena buat byk latihan...kalo nak pro...Ana suka sem lps(khat khufi n ruqa'h..Sem nie kena kreatif sket...Huruf alif n ba ana pun x tepati kriteria ustaz nak lagi...Yg penting jgn putus asa ye x??

Ana Suka dgr ustaz cerita psl khat nie, ustaz selalu kaitkan dgn sirah nabi...Bagaimana nabi dulu juz terima wahyu melalui pghafalan dan ditulis semula oleh sahabt baginda...Dan dgn itulah juga, wahyu Allah sampai kpd kita sejak dr beribu2 tahun yg lalu...Subhanallah, x dpt byg kegigihan para sahabt buat manuskrip al-quran...X mcm kita sekarang nie...Wah...canggih gila..Khat2 yg ada kat masjid sume edit kat komputer terus ja(ilmu2 yg ana x berapa tahu lg..)Ilmu2 psl khat pun kita leh tau juz dgn klik Dunia Seni Islam kat carian..Sume ada...penulis2 khat dr dlm n luar negara...

Ustaz ana da tunjuk byk hasil seni dia...Subhanallah, MasyaAllah..halus sgt  tulisannya...Dan ana akui sume tu kita dpt dgn rajin, kreatif dan ada kemahuan..Ada akhi yg terrer khat dia dah 'diorder' buat tulisan khat kat langkawi utk sebuah masjid, leh dpt income tmbhan beribu2 kot....Tulah, rezeki dgn memakmurkan kalam2 Allah yg mulia....BEST SGT..


Byk pulak ana cerita..he..Satu part lagi , sambung balik pasal ustaz ana tue, dia ckp..mula2 ustaz agak risau sbb apa yg dia buat(menulis khat), apa yg dia amalkan yakni tulis tulisan khat kat batu, kayu halus2 belaka(kalo org lain nak tgok betol2 surah yg dia tulis kat kayu memang kena pkai kanta pembesar..) menyebabkan mata dia rosak or rabun, tapi alhamdulillah ustaz gi check kat kedai cermin mata..power dia normal....Org yg check kata gak..Payah nak jumpa org yg nak umo 50 thn power maintain..Subhanallah...sbb ana duk dgr gak ayat2 mak cik ana kat anak2 depa..jgn duk dkt2 televisyen nanti rabunla...mcm2...Tapi dlm kes ustaz...bagi ana sendiri, Allah memberkati usaha2 ustaz ana...Anak2nya ada yg mewarisi bakatnya..Seronoknya..


Tapi ana yakin apa yg kita buat selagi diniatkan krn Allah, InsyaAllah mdpt keberkatan dan rahmat-Nya...so, gunakan masa utk cari redha-Nya...Luruskan niat berbuat krn Allah hatta dlm urusan kita menuntut ilmu...Moga tue jadik bekalan utk kita ke akhirat sana..

Salah satu karya ustaz...ana x mampu lagi...^_^

Ahad, 6 Februari 2011

Mengutamakan akhirat tanpa mengabaikan dunia

Islam menganggap kehidupan ini sebagai suatu pengembaraan dan destinasi terakhirnya adalah akhirat. Nabi bersabda yg bermaksud,

"Jadilah kamu di dunia spt seorang pengembara atau seorang yg sedang melalui sebuah jalan"
                                                                   (Hadis dilaporkan oleh Bukhari)

Bagi menjamin kejayaan seorang pengembara, beberapa faktor krikal perlu diambil kira dan antara yg terpenting ialah kejelasan matlamat, destinasi, memiliki peta dan juga bekalan.

Allah menjadikan manusia manusia di dunia dgn suatu matlamatpenting iaitu mengabdikan diri kpd-Nya.
Pengabdian ini perlu berterusan sehingga manusia sampai ke matlamat akhir yakni alam akhirat.

Bagi sampai ke alam akhirat dgn selamat dan sejahtera, manusia perlukan  peta dan peta itu ialah AL-QURAN dan SUNNAH. Perjalanan yg jauh ini memerlukan bekalan dan bekalan itu adalah amalan yg shalih. Di akhirat nanti, segala amalan manusia sebalas secara adil. Kejayaan dan kebahagiaan yg sebenarnya adalah nikmat yg dikecapi di dlm syurga dan penderitaan serta kecelakaan yg sebenarnya adalah azab api neraka. Allah menyatakan dlm surah ali- Imran, ayat 185 yg bermksd,

"Tiap2 yg bernyawa akan merasai mati. Dan sesungguhnya pada hari Kiamat disempurnakan pahalamu. Sesiapa yg dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalm syurga, maka dia beruntung. Kehidupan dunia ini tidak lain melainkan kesenangan yg memperdayakan(ghurur)."

Kerana itu, dunia bukanlah destinasi terakhir manusia sebaliknya sebagai suatu persinggahan mengambil bekalan. Namun dunia berjaya memperdayakan ramai org sehingga mereka lupa menjadikannya sbg persinggahan sementara. Mereka hanyut dan leka didalamnya. Mereka mengaggapnya sebgai destinasi terakhir dan kesenangan yg terdapat di dalamnya mereka anggap sebagai syurga yg hakiki.

Semasa mentfsirkan ayat 185, surah ali- Imran,"kehidupan dunia ini tidak lain melainkan kesenangan yg memperdayakan(ghurur). Said Hawa di dlm as-Asas fit Tafsir berkata, "Dunia ini bersifat hina dan sementara dan ia dpt diumpamakan spt suatu perhiasan yg palsu tetapi disadur dgn sesuatu yg menarik sehingga seolah2 ia adalah asli. Dlm kehidupan ini, syaitan berjaya memperdayakan manusia dgn (mencantikkan) kepalsuan dunia ini."


dr buku Minda Muslim Super, Dr.Daniel Zainal Abidin

coretan hati..

"Biar benor depa nie??X gi solat jumaat n duk kat cnie??"huhu...

Itu luahan hati ana bla first time ternmpk byknya hamba Allah lelaki yg x gi solat jumaat time ana ngan akhwat da prgrm rehlah ukhwah kat tsik bandar baru darul aman..Kalo x silap ana waktu tu dah nak dkt kul 1 tgh hr hr jumaat, musykil jgak..apsl tetiba ramai laki yg naik motor..Bru teringat hari nie hari jumaat..huhu..
Nie baru kat jitra,kedah,,, kat tmpt lain yg lebih glamor, gempaq, meletup mcm mana ntah... Di mana nilai islam dlm diri,, Ana x berani nak kritk org, biarlah benda yg ana lihat..membuat ana lebih mentarbiah diri dan bersedia utk hdpi dunia luar...kat u pun ana buat derk ja ngan environment...Sakit mata sket2 ja...^_^

Alhamdulillah, sem nie ana jadik ajk sahabat masjid imam as-syafie',,niat ana moga kesempatan yg Allah bg nie ana dpt lebih mgajak rakan2 kpd Allah..ana x tau setakat mana mampu bertahan..Tapi usaha dulu,,x kiralah dpt terus jdk ajk smpai abih sem ke x, yg pasti ana nak buat semata2 krn allah..mudah2an ana dpt rasa nikmatnya berbuat krn Allah..walau org ckp akaun nie killer n sibuk..n x tau sem bila bdk2 akaun(pure) da test kena amik ngan CIMA..yg penting ana usaha dulu..Mudah2an itu membawa ana utk cinta akn dakwah..

Ana akui di sebalik sibuk ngan usrah jgak...ana akui takut tersilap langkah dan x dapat memberi komitmen yg terbaik buat shbt msjd dan usrah..InsyaAllah, mungkin ini jalannya..dan ana x kan berputus asa, biarkah masa menentukannya....Hanya pada Allah ana serahkan segala2nya..


Isnin, 17 Januari 2011

Ujian fizikal dan spiritual..

Tanggal 31/12/2010 ana join program 'Mukhayyam Akhwat IPT Utara.......Best..Walau mula2 nak gi berat hati, walau mak ayah memang bagi pi....Tapi ana yakin ini jalan jihad apatah lagi tu time cuti...Dugaan byk..
Alhamdulillah kak usrah ana dtg amik ngan kereta sewa..depa dah praktikal(dkt ja ngan uum)..Sungguh Allah memudahkan jalan dakwah bagi depa..Walau dgr2 ri tu MARDI budak2 UUM jarang dpt..Alhamdulillah, Kak Ija n Kak Syakirah dpt sana(sori mention nama)..Suka tgok depa..Kecik2 cili padi...Sungguh hebat tarbiyah yg Allah berikan(^_^)


Then, sampai2 sana kena tasmi' surah 3:191 wa hafal hadis 18...Kat sana(Kem Tandop) best..Kami ditempatkan di dlm khemah.1 khemah dlm 20 org(campur2 IPT)..That night, ada slot muhasabah...Kami semua kena tutup mata, then, ada sedikit kata2 muhasabah yg relate ngan Allah then, kami dibawa ke certain tmpt(ikut suka kak fasi..)..Kemudian, dibiarkan ber'sendirian' bersama Allah seketika...memang byk memuhasabahkan diri ana especialy dlm membentuk iman ana yg lemah wa kurg kat rumah...


Next morning, bgun kul 4.30 pg..dugaan bebenor dgn air sejuk dr air sg...Memang menguji iman, teringat ana akan doa yg kak usrah ana pesan....Ya Allah,Jadikan kasih syg-Mu lebih kami cintai dr air yg sejuk..Subhanallah..Lepas solat subuh, baca mathurat dlm keadaan berdiri( elak mengantuk)...


Kemudian, lepas spend masa utk sarapan dhuha...kami da aktiviti jungle- trekking...Memang mencabar..Especialy ketika berjumpa dgn 'teman istimewa';pacat...Ana alhamd..Ia 'berjalan' di kasut ja..Then, kalo nmpak da kat kasut, jerit ja kat shbt ana..dia x takut, siap boleh main 'gentel2' lagi ngan pacat tue....Subhanallah..kagum bebenor ana ngan dia...
Kami semua ber'jungle-trekking' until kul 1...dlm hutan..Best memang best, sbb boleh menikmati alam ciptaan Allah, tapi terkilan jgak, sbb kat dlm hutan mata asyik tgok kasut ja(sbb takut pacat naik)..X pa..Bykkkan istighfar..Kami sempat jgak melawat Arkeologi Lembah Bujang setelah melalui perit getir dlm hutan..Time balik semua akhwat kena balik melalui sg...Memang menguji fizikal...Byk yg ana belajar dr kak2 usrah termasuk IPT len...hope leh jadik cm depa..Moga Islam kan kembali gemilang, dan apa yg dibuat berbalik kpd Allah terutamanya di jalan dakwah ini ^_^




Setakat nie dulu nukilan ana, walau ada byk lagi nk crita...sekadar nak hilangkan ngantuk time study akaun nie..doakan ana...

Bila mulut berbicara..

Bila mulut berbicara,
Jagalah kata2 kita sendiri,
Agar x terlepas bicara,
Tatkala menceritakan peristiwa yg menimpa diri,
betapa diri ini ingin diam seketika..
Setelah detik itu berlalu,

Ya Allah, takutnya!!,
Takut apa yg dibicara,
Timbulnya perasaan lain,
U'jub, riyak, menunjuk2 &...,
Ntah apa pandangan sahabat,
Apatah lagi Allah.....
Astaghfirullahalla'zim,
Membuatkanku takut utk berbicara,
Betapa hati ini lemah,

Ayuh sahabat,
betulkan tutur bicara kita,
Kuatkan hati kita,
Mudah2an pkerjaan yg dilakukan,
Masih Dipandang Allah,
walau mulut masih x terjaga ketika berbicara,
sama2 kita mohon keampunan Tuhan...................

Sabtu, 15 Januari 2011

Ketika hati berbicara....

Apa yg harus aku buat?,
Aku bertanya pada diriku,
Betapa diri ini lemah dan memerlukan-Nya,
Takutnya diri ini,
Tatkala apa yg aku perbuat sia2,
malah mungkin ia sebenarnya suatu  yg 'useless' bg aku,
Sedang syaitan membisikkan itu yg terbaik,
& membuatkan aku 'asyik' dgn aktivitiku...
Astaghfirullahala'zim,

Ya Allah,
Bantulah aku,
Tunjukkan aku jalan yg membawa kpd  redha-Mu,

Sekarang masa lapang bagiku,
Mungkin esok lusa tidak lagi bagiku,
Mengingatkan kata2 As Syahid Imam Hasan Al-Banna,
Kewajipan itu lebih banyak drp waktu yg dimiliki...,
Aku merenung sendiri,
"Apa yg telah aku buat?"
"Bermanfaat ka apa yg aku buat?"
Moga iman,amal, akademik dan dakwahku mantap..


Buatmu sahabat,
Berdoalah agar Allah menyatukan kita di jalan..
Yang diredhainya..

Kutitipkan untaian terima kasih buat kak naqibahku,
yg sentiasa memberi pesan,
"Tingkatkan lagu tilawah anti"
Syukran...
Mungkin diri ini khilaf,
Moga x selamanya khilaf,
Ku pohon pada-Mu,Ya Allah,
letakkan aku dalam kalangan org yg beruntung,

Berikan juga aku kekuatan untuk bermunajat di sepertiga malam-Mu,
Syukur dipertemukan sahabat2 yg dlm 'biah solehah',
Moga kekal hingga akhir nanti,
& Menjadi rantai perjuangan Rasulullah....
Walau kusedar cintaku kpd Rasulullah,
X sehebat cinta Rasulullah kpd ummatnya,
Maafkan aku Rasulullah jika diri ini,
Mengenal insan lain berbanding dirimu,
Moga ada kesempatan untuk aku mendekatimu....
Di syurga sana...

Luv u Allah, Rasulullah...T_T

Jumaat, 14 Januari 2011

Aku ingin mencintai-Mu.


Sama2 muhasabah cinta kpd Pencipta...Hayati lirik =)
Grab Allah's love

Alhamdulillah