Pages

Khamis, 9 Jun 2011

Hari ini dan....

Hari ini,
Apa yang kita lakukan di setiap saat yang berlalu??,
Qiam, solat dhuha, mathurat, tilawah,hafazan,istighfar,selawat?? atau,
Tidur, menonton televisyen, shopping yg overdost, berangan-angan kosong atau
LENA, LENA DAN TERUS LENA???

Hari ini,
Adakah aktiviti yang kita lakukan memungkinkan kita mencapai redha Allah?
Duhai sahabat, duhai teman, duhai abg, duhai kakak, duhai adik,
Usah kita berpaut pada dunia yang sementara,
dan kita berterusan terpedaya dengan bisikan syaitan,
Ah,malunya diri ini menuturkan kata,
Takut diri tak serupa bicara,
Mudah2an Allah masih menjagaku,
Menjagamu duhai sahabat,
Kerana betapa aku inginkan kita bersatu di syurga sana,
InsyaAllah....

Ingatkah kita firman Allah,
"tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan utk beribadah kpd-Ku"(51:56)
Sahabatku yang tercinta,
Sama2 kita penuhi hari kita yang membuktikan kesyukuran kita kerana menjadi hamba-Nya..
Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketakwaan,
beruntung bagi yg mensucikannya,
Merugi bagi yg mengotorinya,
Ingatlah, Allah telah menunjukkan jalan2 sebagai pilihan,
Terpulang pada diri untuk memilihnya,
Kerana aku bukan sesiapa,
Dan kerana aku hanya penyeru, bukan penghukum..

sesungguhnya org2 yg beriman,
adalah mereka yg apabila disebut nama Allah gementar hatinya,
dan apabila dibacakan ayat2-Nya bertambah(kuat) imannya
dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal,
Iaitu org2 yg melaksanakan solat dan yg menginfakkan sebahagian dari rezeki 
yang Kami berikan kpd mereka,
Mereka itulah org2 yg beriman. Mereka akn memperoleh darjat(tinggi) di sisi Tuhannya dan ampunan serta rezeki(nikmat) yg mulia(8:2-4)

"Ya  Allah, kami ini lemah perkuatkanlah kami dengan redha-Mu, pimpinlah kami kpd kebaikan. jadikan Islam penghujung redha kami,
 Kami lemah Ya Allah, perkuatkanlah kami, pandulah, kami ini fakir, anugerahkanlah rezeki pada kami, Ya Rahim.
 Ya Allah, peliharalah Islam dlm keadaan kami b'diri, mahupun duduk,Jauhilah segala musuh kami dan hasad dengki.
 Jadikan kami org yg bersyukur dan sabar. Jadikan pandangan kami hebat hanya untuk-MU, dan jadikan pandangan kami pada manusia itu kecil. Kurniakan kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, jauhilah kami azab siksa Neraka.
    Tunjukilah kami  perkara benar, agar kami dpt mengikutinya, tunjukilah kami kebatilan agar kami dpt menjauhinya."

"Aku sesuai dengan keyakinan hamba-Ku kepada-Ku." (HR Ahmad)

DAN DI ANTARA MANUSIA ADA ORANG YG M'GORBANKAN DIRINYA UTK MENCARI KEREDHAAN ALLAH. DAN ALLAH MAHA PENYANTUN KPD HAMBA2-NYA.(2:207)



2 ulasan:

Alhamdulillah