"Iblis menjawab: 'Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus, kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan men-dapati kebanyakan mereka bersyukur (taat). '" (QS. Al A'raf: 16-17)
Dari ayat Al-Quran di atas dijelaskan bahawa Iblis akan sentiasa menghalang-halangi kita dari jalan yang lurus. Caranya, dia akan mendatangi kita dari muka, dari belakang, dari kanan, dan dari kiri kita. Lalu apa maksud dari keempat-empat penjuru itu?
Dalam tafsir Ibnu Katsir dijelaskan bahawa yang dimaksudkan dengan firman Allah SWT dalam surah Al-A'raf ayat 17 di atas adalah:
"Kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka": Iblis akan membuat manusia ragu akan permasalahan akhirat ( Min baini Aidihim ),
"Dan dari belakang mereka": dibuat mereka cinta kepada dunia ( Wa Min Kholfihim ),
"Dari kanan": urusan-urusan agama akan dibuat tidak jelas ( Wa 'An Aimaanihim )
"Dan dari kiri mereka": dan manusia akan dibuat tertarik dan senang terhadap kemaksiatan ( Wa 'An Syama'ilihim ).
Lalu timbul pertanyaan di benak kita, mengapa iblis tidak mendatangi kita dari atas dan dari bawah kita? Hal tersebut dijelaskan dalam sebuah tafsir Al-Quran berikut ini:
Al-Fakhrur-Razy dalam tafsirnya berkata: "Diriwayatkan bahawa ketika Iblis berkata ucapannya tersebut, maka hati para malaikat yang menjadi kasihan terhadap manusia mereka berkata:" Wahai Tuhan kami, bagaimana mungkin manusia bisa melepaskan diri dari gangguan syaitan? "Maka Allah berfirman kepada mereka bahawa bagi manusia masih tersisa dua jalan: atas dan bawah, jika manusia mengangkat kedua tangannnya dalam do'a dengan penuh kerendah-hatian atau bersujud dengan dahinya di atas tanah dengan penuh kekhusyukan, Aku akan mengampuni dosa-dosa mereka " (At- Tafsir Al-Kabir V/215)
Dalam tafsir yang lain juga dikatakan bahawa Iblis tidak mendatangi kita dari atas, kerana rahmat turun kepada manusia dari atas (Tafsir Ibnu katsir III/394-395).
Oleh kerana itu iman adalah senjata kita. Berdoalah, mari kita berlindung kepada Allah atas segala godaan syaitan yang terkutuk. []

http://www.dakwatuna.com/2011/06/12726/iblis-datang-dari-muka-belakang-kanan-dan-kiri-kita-2/
tq dik....huhu
BalasPadam