Pages

Selasa, 21 Jun 2011

Ubat Hati...

Assalamualaikum sahabat2..moga kita terus teguh berjuang untuk mendapat redha Allah.
Di sini, ana kongsikan sedikit ubat hati yang insyaAllah  sedikit sambungan dari ubat hati-catatan terdahulu..
Sama2 kita amalkan terutama buat sahabat2 perjuangan x kira di mana anda semua berada..moga semakin bertambah cinta kita kepada Allah..Sedikit ilmu ini ana kongsikan..
Cukuplah Allah sebagai tuhanku, dan pelindungku.....

DHUHA


Rasulullah s.a.w bersabda: " Pada setiap tulang sendi dalam tubuh manusia, ada kewajipan bersedekah(yang harus ditunaikannya). Ada pun setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, setiap amar makruf adalah sedekah dan setiap nahi munkar adalah sedekah. Dan cukuplah itu semua, 2rakaat yang dikerjakan pada waktu Dhuha, iaitu di pagi hari semasa matahari naik sepenggalah."    (HR. Al-Bukhari dan Muslim)



“Wahai ALLAH, bahwasanya waktu Dhuha itu waktu Dhuha-MU – dan kecantikan adalah kecantikan-MU – dan keindahan adalah keindahan-MU – dan kekuatan adalah kekuatan-MU – dan kekuasaan adalah kekuasaan-MU - dan perlindungan itu adalah perlindungan-MU.
Wahai ALLAH, jikalau rejekiku masih diatas langit, maka turunkanlah – Dan jikalau ada didalam bumi maka keluarkanlah – dan jikalau sukar maka mudahkanlah – dan jika haram maka sucikanlah - dan jikalau masih jauh maka dekatkanlah dengan berkat waktu Dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaan-MU.
Limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang shaleh.

TILAWAH

"Wahai manusia! Sungguh telah datang kepadamu pelajaran(Al-quran) dari Tuhanmu, penyembuh bagi penyakit yang ada dalam dada, dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman."
                                                                                                    (Yunus,10:57)


ISTIGHFAR

"Berlumbalah kamu untuk mendapat keampunan Tuhan kamu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi oranh yang beriman kepada Allah dan RAsul-Nya; itulah kurniaan Allah;diberikan kepada sesiapa yang dikehendaki; dan Allah mempunyai kurnia yang besar."                         (Al-Hadid,57:21)
           Hadis disebut oleh Imam Nawawi, "Baginda memerintahkan agar kita beristighfar dan bertaubat bahkan memaklumkan baginda sendiri bertaubat setiap hari sebanyak 70- 100 kali! [petikan majalah solusi]


QIAMULLAIL

"Sesungguhnya orang2 yang bertakwa berada di dalam taman2(syurga) dan di mata air2, sambil mengambil apa yang diberikan kepada mereka oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya, mereka sebelum itu di dunia adalah orang2 yang berbuat baik. Mereka SEDIKIT SEKALI TIDUR DI WAKTU MALAM, DAN DI AKHIR2 MALAM MEREKA memohon ampun(kepada Allah)."
                                              (Az-Zariyat,51:15-18)


MATHURAT

"Maka bersabarlah kamu terhadap apa yang mereka katakan, dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu sebelum matahari terbit dan sebelum terbenam. Dan bertasbihlah kepada-Nya pada malam hari dan setiap selesai solat."        (Qaf, 50:39-40)

teringat kali pertama mengenali mathurat di sekolah..

SELAWAT

Diriwayatkan daripada Aisyah rha. bahawa ia telah berkata:
"Sedang aku menjahit baju pada waktu sahur maka jatuhlah jarum drpd tanganku, tiba2 kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah Rasulullah s.a.w, ketika itu juga aku dpt mengutip jarum itu kerana cahaya wajahnya, lalu aku berkata," Hai Rasulullah, alangkah bercahayanya wajahmu! Seterusnya aku bertanya:"Siapakah yg tidak akan melihatmu pada hari kiamat?" Jawab Rasulullah: "Orang yang bakhil." Aku bertanya lagi:"Siapakah orang yang bakhil itu:" Jawab baginda:"Orang yang ketika disebut namaku didepannya, dia tidak mengucap selawat ke atasku."



p/s:Duhai sahabat, sama2 mohon kekuatan dari Allah untuk kita mengamalkan amalan2 ini..Bukan ku pinta kau berbuat kerana manusia, tetapi berbuatlah kerana Allah..kerana betapa ku inginkan kita semua merasai cinta Allah yang hakiki...carilah redha Allah..insyaAllah...moga terus istiqamah dalam usaha untuk memperbaiki diri..innallaha maa'na.SUKSES DUNIA AKHIRAT....

 

FIKIRKAN, Berapa peratus keseimbangan antara dunia dan akhirat yang harus kita peruntukkan????

jwpn:AKHIRAT=100%, DUNIA=0%...KERANA DUNIA ADALAH JAMBATAN UNTUK KE AKHIRAT...kerana itu, sedarlah kita apa yang kita buat di dunia menjadi ibadah sekiranya diniatkan kerana Allah,walau sekadar gosok gigi, tidur, belajar....RENUNG2KAN....

1 ulasan:

  1. sgt mendlm kata2 saudari..buatkan sy terasa betapa kerdilnya diri sy di sisi-Nya...thanx 4 sharing information...

    BalasPadam

Alhamdulillah