Pages

Sabtu, 1 Mac 2014

Hisab diri! Doing our KPI!


Alhamdulillah, lafaz kesyukuran dilafazkan kepada Allah subhanahu wataala yang Maha Kuasa atas tiap segala sesuatu, ke atas diri kita, yang takkan mampu lakukan sesuatu tanpa izin-Nya..
Malam ni, sedang mengambil mood muhasabah diri, sejauh mana masa dibazirkan masa selain-Nya, masa yang disia2kan, dan mengenangkan kelemahan diri dalam mengurus segala amanah yang Allah beri.

Sekadar berkongsi kata hati, dan mengajak sahabat2 semua untuk kita koreksi diri bersama-sama sejauh mana kita menjadikan segala apa yang kita perbuat sebagai ibadah atau apakah ia dilakukan semata - mata kerana Allah. Jika YA, Alhamdulillah, jika tidak sama- sama kita menyukuri nikmat kesedaran yang Allah berikan kepada kita, yakni dengan bertaubat kepada Allah, melakukan keazaman untuk menjadi hamba Allah yang terbaik.

Sahabat- sahabat sekalian, cuba kita fikirkan apa yang kita perbuat sekitar 2 minggu ni atau sebulan ini? Sejauh mana kita menjaga solat? menjaga percakapan? istiqamah solat di awal waktu?solat dhuha?mathurat?istighfar?----pesanan buat diriku sendiri...
_____________________________________________________________________

Alhamdulillah, aku terasa seronok berada di department Finance and Admin di tempat praktikal, dan cuba menjaga solat dhuha, solat wajib dengan sebaiknya, walau pernah dapat 'work' lambat, dan terlambat untukku solat Asar. Tersentap sendiri bila diuji. Jiwa terasa lapang selepas solat, dan alhamdulillah terasa semangat kembali semula untuk memulakan kerja. Namun, terasa juga keletihan itu bila balik ke rumah, membuatkan diriku terlena lebih jam dari biasa, walau bangun semula di awal pagi. Aku bersyukur Allah memberikan kukekuatan untuk bertahan especially, bila ada usrah, program2--drive pagi dari Jitra- UUM, petang tunggu akhwat gerak sekali ke tempat usrah di Alor Setar.. Terasa aura Allah memberi kekuatan itu, dan membuatkan kutersedar, kita memang mampu lakukan sesuatu dengan impak yang lebih baik, dengan adanya TEKAD, KESEUNGGUHAN, KEAZAMAN. insyaAllah, terus menghargai sisa2 masa yang Allah beri berada di rumah walau dalam 3,4 hari yang terpaksa tidur di UUM atau tempat lain jika ada program. Alhamdulillah, Allah berikan pegang hati ayah untuk benarkan aku involve dengan program. Namun, terasa juga aku kena hargai precious moment dengan ayah dan adik kat rumah; keluar bersama, kemas rumah dan lain- lain. Mudah-mudahan dakwah tidak menjadi fitnah.. InsyaAllah, biiznillah.

_____________________________________________________________________
Moga kita jumpa titik kelemahan dan titik kekuatan dalam diri kita untuk terus melangkah kerana Allah.




MUWASAFAT TARBIYAH
-contoh aim untuk dicapai,dari seorang teman.






“KERAHKAN POTENSI UNTUK UMMAH DAN BUAT YANG TERBAIK KERANA ALLAH, DAN SBG SAHAM AKHIRAT BUAT MAK & AYAH.REDHA ALLAH YG DIKEJAR, BUKAN SELAIN-NYA.FEEL IN LUV WITH DUNIA DAKWAH DAN TARBIYAH!”


Wallahualam, moga Allah redha..
Jom penuhi 10 muwasafat tarbiyah..InsyaAllah..buat aim dan KPI untuk diri kita!Ayuh lonjakkan potensi, insyaAllah.


2/3/2014
12:14 a.m

-Astaghfirullahala'zim-

Rabu, 26 Februari 2014

Kusingkirkan Kalimah 'Darurat'!

Bismillahirrahmanirrahim...

Semenjak aku mengistiharkan 'darurat' kat blog ni----->>nak tukar blog lain...MasyaAllah, aku diuji lagi dengan ketidakkesungguhan aku untuk menulis...Astaghfirullahala'zim..Sekarang ni, hatiku dah beralih arah...nak aktifkan semula blog ni..

**Maaf, jika anda tidak selesa dengan perkataan word 'aku'....Im only use it in this blog and tersasul sometime bila sembang dengan adik aku......Kebiasaannya, aku akan guna word 'kami' semasa bercakap--anak jati Kedah...(^______________^), dan amat tak suka kalo orang Kedah , membahasakan dirinya 'aku' time bercakap dengan diri ini---------------> HATI ni terasa JAUH gila..............................kecik hati ini jadi...but try to accept kalau orang tu bukan orang Kedah..he..try to be open- minded...

Melalut sudah...................

Alhamdulillah, sekarang dah mejejak ke alam praktikal(6 bulan), insyaAllah hujung tahun nie graduate..Baru hampir seminggu di tempat praktikal, dekat dengan UUM...Alhamdulllah, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita-------------->>Bersangka baik dengan Allah, yuk!

this is just a beginning...................................to be continue...

Peringatan bersama..



Siti Nazirah Mohammad Nawawi
Hamba Allah
27/2/2014

Ahad, 3 November 2013

Pengumuman

Bismillah, Blog ini telah bertukar ke laman baru------------->jomjadidaie.wordpress.com

maaf segala silap.(^________________^)


3/11/2013

Rabu, 14 Ogos 2013

Buang sawang sekejap....

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah, hari nie merupakan malam ke 8 Syawal 1434H..Akhirnya, memaksa diri untuk melapangkan masa untuk update blog yang dah berjanggut tak update..he..maap, cakap tak serupa bikin...hu..


Bersyukur sangat2, raya aidilfitri kali ini sangat seronok..Alhamdulillah, dapat pi beraya dan jumpa semua adik beradik belah mak pada hsri raya pertama, kecuali keluarga Mak Cik n Cik....Actually, this a new changes in my family,,,masa arwah mak ada, jarang nak gi umah  pak cik mak cik, mungkin sebab selalu kumpul semua kat rumah tok..Sekarang, mak, tok, wan dah takda, kena pandai2 cari alternatif...Sekarang tengah fikir, macam  mana nak kenal saudara2 yang tak berapa kenal..hope nanti takdalah peristiwa tidak bertegur sapa..insyaAllah...


Alhamdulillah juga, dapat ziarah cikgu2 sekolah rendah with kawan seangkatan pada 6 Syawal...Untung bagi yang bergelar guru kerana sering diingati♡♥Moga Allah beri balasan dengan kebaikan yang lebih banyak...amin..

Anyway, daku sekeluarga mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI! MAAP ZAHIR BATIN.......




Isnin, 1 Julai 2013

Simulasi Perniagaan Day 3

Hari ke-3..simulasi perniagaan secara virtual..

Hari ini kerja semakin bertambah baik, dan semakin banyak kerja yang perlu diselesaikan; pelbagai jenis lesen, pembelian aset2 untuk jalankan perniagaan dan pelbagai lagi. hendak mulakan jualan pun enggak bisa lagi, apabila tapak tanah tiada lagi.

Walaupun program ini hanya berbentuk visual, tetapi give meaningful experiences. Ana yang pegang sebagai Chief Financial Officer agak 'takut' juga apabila hendak buat keputusan. Actually, semalam buat keputusan dengan agak terburu-buru untuk menerima investment RM100,000...Dah sign baru nak baca dengan memahani..hu..Investment rm100,000 , and issue share 12,500 redeemable convertible preference share. (RCPS)

Erk.....

First time membaca agreement tu, hati ni dah bagai nak meletup sebab dah tak ingat sangat the whole things subject to  RCPS..yelah belajar sem 3 kot...pastu start sem 6 dah takda calculation part..membaca ja kejanya..Risau jugak, dulu sekadar belajar, kena faham, buat journal entry  ++..Skang apabila berhadapan dengan simulasi perniagaan yang 'agak benar'..Ya Allah, teruji segala ilmu dan takut sebarang keputusan akan menyebabkan perkara yang tak diingini berlaku kepada syarikat.(Dalam hati terfikir, macam mana kalau Investor tu call back the share?)MasyaAllah, ilmu yang dikutip terlalu sedikit dan adakah belajar kerana peperiksaan?)

Then, ana decide terus proceed dengan investment selepas tanya hani and William pasal term2 yang tak berapa nak paham dalam agreement....Tawakal jelah..

Anyway, sedang dan akan belajar banyak perkara mengenai penubuhan syarikat dan kemungkinan2 yang mungkin berlaku dalam perniagaan.


Doakan...
Make Me Strong, Ya Allah.



*Tak sempat nak copy paste lagi cerita pasal hari pertama dan ke dua..Kalo tak berapa faham flow cerita, maaplah...............................(Peace)

Sabtu, 22 Jun 2013

Make Me Strong-by Sami Yusuf

Make Me Strong Lyrics 

 I know I’m waiting 
Waiting for something 
Something to happen to me 
But this waiting comes with Trials and challenges 
Nothing in life is free 
I wish that somehow You’d tell me out aloud 
That on that day I’ll be ok But we’ll never know cause 
That’s not the way it works
 Help me find my way 
 My Lord show me right from wrong 
Give me light make me strong
 I know the road is long
 Make me strong
 Sometimes it just gets too much 
I feel that I’ve lost touch
 I know the road is long
 Make me strong I know 
I’m waiting Yearning for something
 Something known only to me
 This waiting comes with Trials and challenges
 Life is one mystery 
I wish that somehow 
You’d tell me out aloud 
That on that day you’ll forgive me
 But we’ll never know cause
 That’s not the way it works I beg for your mercy 
My Lord show me right from wrong
 Give me light make me strong I know the road is long
 Make me strong
 Sometimes it just gets too much 
I feel that I’ve lost touch 
I know the road is long
 Make me strong 
Words: Sami Yusuf 
Music: Sami Yusuf 
Produced by Sami Yusuf 

 Lyrics are taken from http://www.islamiclyrics.net/sami-yusuf/make-me-strong/


http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=i3lqPUbYyTM

Jumaat, 21 Jun 2013

Coret-coret

Bismillah....

alhamdulillah..hari ini dapat luangkan masa bersama Kak Azi kat Jitra sekejap..Merancang pagi untuk pergi rumah adik Anessa..tapi plan bertukar, sebab family dia ada hal..Alkisah dah on the way ke Jitra..then, we decide  singgah umah Nazirah(ana) jap, but before that pekena roti canai dulu dekat kedai berhampiran dengan rumah..Alhamdulillah, rezeki berjumpa dengan Lecturer Taxation,Puan Noraza, dan dia telah bayarkan roti canai untuk kami...Ana call my bro, "Dah makan lum?Nak Kak Chik beli roti canai tak?">>He answered.."Nak 2 keping roti canai teluq"....he...tak lupa order extra for daddy and kaklong, Although I know that, they will not eat them...As my expectation, ayah don't want to eat roti canai..Ayah kata " lot of cholestrol"....(Baik ayah.....^^).....

Memandangkan tak bawa buku study in my bag(not expect that those event will happen, I just read Novel Hlovate : Rooftop Rant...(I keep tell myself, ikhlaskan hati tolong orang..Nanti Allah buka pintu rezeki..InsyaAllah)......Baru belajar baca cerita Hlovate..Alhamdulillah, dapat banyak ibrah...Especially, the way they "revert" themselves back to the way of life of Islam...warrghhh..very respect..Sesambil tu, sembang dengan kak Azi mengenai perancangan masa depan, dan ke arah untuk membaiki diri dalam dakwah dan tarbiyah dan kendiri...(Slot muhasabah..)


Opppss..................................M.e.l.a.l.ut.........................................................................

Alkisah, pukul 2.30 kami berdua bergerak pi rumah Anessa selepas ayah dan Kimi balik sembahyang Jumaat...Alhamdulillah, sampai juga kat rumah dia dan dapat berukhwah dengan Anessa dan Mak Anessa, Cikgu XXXX(lupa nama pulak...>kena tanya kak Azi semula)....

Ana baru berkenalan dengan depa, memandangkan teman Kak azi ja(maap kepada sesiapa yang rasa pelik combination "Ana" + "depa".^_^)....At 3.30 p.m, ana bergerak pulang ke UUM  setelah hantar Kak Azi gi tempat meeting..

Alhamdulillah, sekarang dah sampai UUM..petang ni InsyaAllah, keluar awal with Wan and Alia...Wan nak jumpa Kak Senior kat dalam kampus,,,bas balik Kelantan pukul 9 malam...Moga jumpa sem depan lagi adikku!


"Rabbi Yassir, Wala Tua'ssir"

*Terasa berpeluh-peluh sampai UUM, dengan aircond tak berapa well function..>Membuatkan daku termuhasabah>>>"kalau dapat berpeluh di jalan dakwah..lagi best ni"....+berdoa agar aku diberi kekuatan yang lebih untuk mengorbankan diri membantu saudara seIslam, terutama di jalan dakwah!!termuhasabah...Pesanan buat diri, jangan pernah merungut, dengan kadar kepenatan, perpeluhan yang berlaku, kerana semuanya akan dibayar di Akhirat kelak....So, just ikhlaskan HATI!!

-bersangka baik dengan Allah in any situations-

Khamis, 20 Jun 2013

Allah yang Berkuasa Melapangkan Rezeki...

Bismillah...

Alhamdulillah...terasa sangat rezeki Allah itu amat luas dan melimpah ruah bagi setiap hamba-Nya...
Ana baru sahaja membeli makanan untuk berbuka puasa pada pukul 6petang tadi..Sebelum itu, singgah ke dorm adik Junior jap, nak pinjam keta ada hal, n berikan kunci pada mereka...

Alhamdulillah, Allah beri rezeki lagi...Fatin berikan nasi tomyam + telur untuk berbuka puasaketika nak pulangkan kunci kereta, walhal ana  dah beli nasi juga tadi...Still kena bersyukur...Sesungguhnya Allah Pemurah lagi Maha Penyayang Kepada setiap hamba-Nya..alhamdulillah..(mood nak nangis: boleh simpan makanan untuk puasa sunat esok pulak)


"Ya Allah, sebagaimana Engkau telah sampaikan kami kepada bulan Rejab dan Syaaban, sampaikan kami pada bulan Ramadhan yang mulia...."  amin.

Jumaat, 14 Jun 2013

Kad Ukhwah...




Bismillahirahmanirrahim….
Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah dan tak lupa salam dan selawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.. Hari ini adalah hari ke-4, habis Final Exam untuk semester 6(peace)…
Berkesempatan untuk balik ke rumah sekejap, sementara menunggu Exam CIMA paper for accounting students pada 27 June 2013(gulp..)banyak juga kena cover memandangkan exam hanya 1 PAPER in 3 HOURS with 4 subjects included(FAR IV, MA I, MA II, Advanced MA) and 4 Questions…anyway chaiyok!!
Untuk semester ini terasa cepat bebenor masa berlalu,, dan terasa untuk jalan dakwah ini terlalu sedikit yang dikorbankan, terlalu sedikit pengisian yang dapat join di UUM, terlalu sedikit ilmu yang digarap, TETAPI terlalu BANYAK benda yang perlu DIPERBAIKI…..itu MESTI!!
Untuk semester ini, ingin ana kongsikan peristiwa2 yang dibuat bersama akhwat, sedikit aktiviti masa lapang..+++(sedikit demi sedikit)

Kad-kad Ukhwah hasil kreativiti masing2..

Kad yang ana dapat dari seorang adik=)

Kad ana buat Adik Syakirah...walau baru perasan satu huruf Jepun tersilap tulis,
                                              ilmu semakin berkarat kalau tak guna)


This is the output for the Ukhwah programme held by akhwat..not many adiks or teman come, but may Allah bless all of us. In UUM , hostels are divided into 4 areas of DPP(dewan penginapan pelajar)..Laluan A, Laluan B, Laluan C and D…I’m in Laluan D areas..;Bukit Kachi yang terindah..(nyaman gitu..)…In this program, we gather together at Masjid Sultan Badlishah at Maghrib, at continue with Jemaah Prayer and at night, we have some pengisian about examination and also Activity: Ukhwah Card..
In this activity, we were asked by Kak Fatyha to do 2 cards per person, one for ourselves and the other one for the person we vote..I got the vote to the next person next to me..and she got my name pulak..(Subhanallah)
Although I rarely met them, because Laluan D is outside the main campus, but still feel the bond of ukhwah..Alhamdulillah, I hope all of us will feel the same too, even with the person we don’t know before because>>>>;w.e.a.r.e.o.n.e.u.m.m.a.h, right?(try to refer Al-Hujurat:13, I guess and other related wahyu)
I just able to finish up the card for other person, but not for me….erk….not a good time manager…Kak fatyha said, it is important for us to make doa for us first, before doa for others..pernah dengar juga kalo kita tidak mendahulukan untuk berdoa pada diri kita dahulu seperti kita menzalimi diri kita kerana diri kita juga ada hak..Wallahualam….



Ukhwah itu indah..Jika segala2nya kerana Allah..

Berkongsi Ilmu dengan Adik2..

Bismillah...



Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, (yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahu pun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui. [Ali Imran 3:133-135]


Alhamdulillah, dapat berkongsi ilmu dengan Farah Afina dan Ili Audi, my junior in IKUPS malam nie..Teringat zaman sekolah menengah, rapat sangat2 dengan Farah.. makan, belajar sekali dengan dia..dia study lebih mantop dari diriku..Teringat saat dia sua perfume kat hidung nie, tengah2 duk ngantok tu...dan yang paling tak boleh lupa, aku pernah tidur satu katil dengan Farah selepas kena 'tindih'..seram punya pasal...walhal 2-2 duk katil tingkat atas, naseb baik tak patah katil double decker...Syifa Mahazer sekarang di KMM..good luck Syifa...dulu kukenali dirimu time tingkatan satu..Sama2 berusaha menjadi Hamba Allah yang Terbaik..Jangan pernah rasa diri kerdil untuk menjadi yang terbaik..Allah tidak melihat ENDING LIFE kita TERBAIK atau TERCOROT..tapi Allah melihat SEJAUH MANA KITA BERUSAHA ke Arah itu..

-sangat mengalu2kan perkongsian ilmu dan bertukar-tukar pengalaman dengan adik2 ++kawan2-

*Apabila terasa diri nak berusaha nak jadi baik, jangan rasa nak baik sorang2, ajak orang lain untuk turut serta buat kebaikan(walau kadang2 rasa diri nie sangat2 tak layak..*kawan2 seumo, maap diri ini kadang2 lebih suka memendam perasaan..
Maap salah silap..

Wallahualam..

***************************************************
@zone Allah dekat dengan hamba-Nya..

Target: To be Soleh dan Musleh..

Jaga diri, jaga iman..

Moga kutemu redha-Nya..

Ukhwah itu indah, jika segala2nya kerana Allah..(untuk yang sama jantina sahaja)

*peringatan buat diri yang selalu lupa*


Nilai Seorang Wanita..

Bismillah...

Sedikit perkongsian di malam hari.Moga Allah redha(^_^)

Untuk semester ini, ada beberapa program yang ana join dan ada di antaranya berkaitan dengan wanita...

Wanita,
Sangat Indah di pandangan mata,
Sangat bernilai jika dibandingkan dengan emas permata,
Lagi cantik jika dihias dengan keindahan akhlak, keindahan budi bicara,
Wanita, fitrahnya suka dipuji, dimanjai dengan kecantikan,
dengan perhiasan emas pada dirinya,
Sudah cukup rasa dirinya menjadi perhatian, dihargai...
Tetapi jika wanita itu mampu memilih senjata buat dirinya,
Bukan senjata untuk berperang,
 tetapi senjata untuk melindungi dirinya daripada panahan2 bahaya,
Bertuahlah dia,
Moga special di pandangan Allah dan bertemu redha-Nya..

(sekadar luahan rasa, bukan pantun bukan sajak..hope sangat dapat capai) 

Continue with the point I get from the Ceramah:-

Wanita= Qurratun Ain(Penyenang Mata)

InsyaAllah, ana rasa mesti ramai dan majority sentiasa berdoa dengan doa yang berkaitan dengan qurratun ain..Cer teka doa apa.....>>>>>>

رَبَّÙ†َا Ù‡َبْ Ù„َÙ†َا Ù…ِÙ†ْ Ø£َزْÙˆَاجِÙ†َا ÙˆَذُرِّÙŠَّاتِÙ†َا Ù‚ُرَّØ©َ Ø£َعْÙŠُÙ†ٍ ÙˆَاجْعَÙ„ْÙ†َا Ù„ِÙ„ْÙ…ُتَّÙ‚ِينَ Ø¥ِÙ…َامًا

(Rabbana hablana min azwajina wa dzurriyyatina qurrata a’yun waj’alna lilmuttaqina imama)
Artinya: “Wahai Rabb kami, anugerahkanlah kepada kami istri-istri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.” Lihat Al Quran surat Al Furqan:74.

InsyaAllah, doa ini sangat bagus diamalkan dari detik hari ini dan seterusnya, bagi sesiapa yang belum beramal dengannya..dengan izin Allah, mudah2an dapat pasangan yang sejuk mata memandang dan dapat keturunan yang soleh...Letakkan keyakinan pada Allah, mudah2an Allah memperkenankan doa hamba2-Nya...

---------------To be continued------------------------------------------------------------------


 







Isnin, 27 Mei 2013

Pagi yang nyaman...

Bismillah...Alhamdulillah, segala puji Allah yang masih memanjangkan usiaku, menyembunyikan aib2 diri yang terlalu hina, dan rahmyat-Nya meliputi seluruh alam..

Sepanjang semester ke 6 ini, hanya beberapa kali ana poskan penulisan, mungkin hati ini masih lagi kering, masih tidak pandai menguruskan masa..

Ana akui semester ini agak mencabar, keperluan untuk lebih menguruskan masa agak lebih dirasai, kadang- kadang futur juga terasa, yang kadang- kadang tidak sampai 3 juzuk pun setiap minggu..hafalan sekadar cukup syarat 5-10 ayat per surah..No extra effort..Sangat perlu kepada bermujahadah dengan cuti terlalu banyak, menyebabkan assignments tergendala..Alhamdullilah, 2 works to be finished before this Thursday, and insyaAllah, on Monday will start exam...

3/6- Strategic Management
4/6- Theory Accounting and Practice
5/6- System Analysis and Design
7/6- Organizational Behaviour and Public Sector Accounting
10/6- BP Communication
11/6- Asas Keusahawanan


Belajar tidak susah, tetapi apabila tidak pandai menguruskan masa, dan hanya menunggu bila bersemangat sahaja baru hendak study itu memang bermasalah...Murabiyah selalu berpesan sebegitu dalam dakwah..Dakwah tidak hanya dilakukan apabila bersemangat, tetapi dilakukan dengan kefahaman, kesedaran dan kesungguhan...Memang ana mengakui ungkapan ini..tetapi alhamdulillah, sangat terasa dengan pengalaman menolong ikhwah/akhwat untuk PRU- 13 hari itu untuk BERJASA..ada pihak tertentu mengatakan ISMA ni pro- UMNO..fakta mana yang depa dapat pun tak tau, walhal ikhwah akhwat terlalu banyak berkorban untuk PRU..infakkan sebahagian besar daripada gaji sendiri untuk jalan ini..Alhamdulillah, feedback yang sangat positif selepas PRU walaupun tidak menang langsung di semua tempat..InsyaAllah, ini baru permulaan...cuma agak terkilan, pada minggu terakhir,, edar flyers di ......, kami melihat ada flyers yang menulis "sokong BERJASA= sokong UMNO"..Astaghfirullahala'zim...terkedu juga...kami di pihak BERJASA sendiri, hanya menggeleng..serahkan sahaja segala urusan pada Allah..Allah Maha Mengetahui. Mungkin ada antara kita yang kurang tahu pasal BERJASA, but if nak tahu tanyalah direct atau cari di sumber yang tepat..jangan hentam tanpa ilmu..

Ana akui, Ana kurang selesa dengan sebahagian parti yang menghentam parti lain..sebaliknya, perbaikilah dengan akhlak, dan tunjukkan teladan..dan buat diriku sendiri, masih banyak yang perlu dibaiki, dan ana rasa kerdil kadang-kadang kerana ada sahabat2 ana yang lebih baik akhlaknya walau tidak berada dalam mana2 jemaah..cuma ana selalu berpesan pada mereka, "masuklah mana2 jemaah yang ampa nak, tapi jangan tak da lansung" especially, bila dah keluar UUM/university..yang penting, kita sedar, kita semua akan menghadap Allah, dan nak bawa semua muslim muslimat kepada YANG MAHA SATU..insyaAllah...

Klah, cukuplah nukilan sekadar di sini...back to study!!



"We are ONE UMMAH"..

Dapatkan cinta-Nya...
28/5/2013, 8.20 pagi.
DPP SME BANK, UUM.

Selasa, 2 April 2013

Berharaplah pada Dia..


Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah, terasa hari ini sangat riang bagi diri ana...Mungkinkah disebabkan cuti dah nak bermula, atau gembira kerana hari ini dapat bangun awal dan tak tido lagi..atau sebab hari ni tak mengantuk seperti hari lain...he..Alhamdullillah, atas rahmat Allah semua ini berlaku....

  Semalam tido pukul 1 pagi, alhamdulillah dapat bangun pukul 5pagi, meneruskan buat slide Halaqah malam ini, dan qiamullail...Di keheningan pagi itu, ana teringat pesan Prof. Muhaya,"apabila bangun pagi2  mohon keberkatan waktu, solat pada awal waktu." Mind set must always positive..

Setelah solat Dhuha, ana meneruskan perjalanan bersama Alia untuk beli tiket bas Alia ke Johor dan dia teman ana buat pasport..Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan, walau terlupa nak bawah gambar, dan pakai tudung pink, dan menyebabkan terpaksa bertukar tudung dengan Alia (alhamdulillah dia pakai tudung hitam)..hihi...terharu sangat...Mungkin esok or lusa baru dapat amik pasport, alhamdulillah dekat Bukit Kayu Hitam ja...

Then, we continue our journey back to UUM, Alia amik buku dia, sebab ada kelas jam 2.30 ptg..dan kami berdua bertolak ke Jitra....teman Alia beli baju,,memandangkan dia orang jauh, n lama tak keluar sama2...Kami berdua makan laksa together dan teman Alia buat services di Kedai Rambut Ciah, my cousin......Then, balik UUM walau Alia sampai kelas agak lewat...

Dan sekarang....ana di biliklah=) sorang2, my roomate tido kat dalam kampus, dah beberapa hari...Get ready to go to Tazkirah this night and get the momentum untuk bedah Hadis 9 Imam Nawawi dalam halaqah, yg subhanallah huraiannya sangat panjang walau hadis dia pendek ja...

Termuhasabah diri juga,,, kadang2 diri bersungguh2 buat task halaqah, kan bagus kalo study pun macam ni...InsyaAllah,semua tak mustahil, dan diri ini mampu untuk kuasai ilmu perakaunan ++..Bantuan Allah sentiasa ada, buat sesiapa yang berusaha,,,InsyaAllah..


"Jagalah Allah, nescaya Allah akan menjagamu"

Target for everyday life: mendapat redha Allah.Chaiyok!Aza2 fighting!






Ahad, 31 Mac 2013

muhasabah...


Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah, yang masih terus dan menerus memberi nikmat hidup, nikmat bernafas, nikmat makan yg tidak terhingga kepada setiap hamba-Nya=)

Bagaimana iman hari ini? Sudah penatkah diri melangkah?Sudah diluruskan niat kerana Allah dalma setiap perbuatan?Allah Maha Mengetahui..

Walau kadang2 diri tersasar, tidak bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu, ana tetap bersyukur kerana Dia masih ada untukku mengadu, merintih...Cuma kesungguhan untuk buang segala sifat mazmumah masih lagi menebal...InsyaAllah, teruskan usaha kita, usaha anda, usaha kita semua untuk mendapat redha-Nya....





Khamis, 21 Februari 2013

ziarah...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM....

Alhamdulillah, sempat luangkan masa untuk menulis:-)

HARI NI, hari ke 5 pangajian di semester 6...tadi duk buat nota comey, pastu mengantukk?he...

     Lepas isyak, berkesempatan menziarah adikku ukhti Aini with Nadirah:-) Syafakillah kepada Ukhti Aini kerana demam..panas ketara juga badan dia..Ana tengok  dia, hati berkata-kata "alhamdulillah, aku jarang sakit, kalau tak, mesti nama mak meniti di bibir.."aini tabah sebab tak balik umah, walau mata dia dah berair...kami sembang2 sket, and  'jelum' kepala dia dua kali memandangkan..Duk mikir jugak ketika tu, "kalau aku sakit dulu, apa ya yg mak buat?"........Ana dan nadirah sekadar beri sedikit 'tips'....moga cepat sembuh adikku..

    Kalau kita saki, kebanyakan kita mesti sebut nama mak2.....kan?Ibu ialah insan yang penyayang, yang paling dekat dengan kita...
   
     Pernah satu ketika, semasa ,menjaga arwah ibuku, mak masih sebut nama tok(sedih...tok dah takda...)....ana hanya mampu kata kat mak, "mak, tok dah takda, mak banyak2 sebut nama Allah, sebab hanya Allah yang mampu tolong mak."ana suruh mak sebut beberapa nama Allah juga...Ana tak tahu tindakan ana pada masa tu betul ke tak...dan moga ana kuat jika saat seperti itu terkena pula Allah...

      Moga Allah menjadi sumber kita dalam segala sesuatu!manusia hanya sandaran sementara...




"YA ALLAH, JADIKANLAH KASIH MU LEBIH AKU CINTAI DARIPADA DIRIKU SENDIRI, KELUARGAKU, DAN AIR YANG DINGIN..jadikan aku anak solehah kepada mak dan Ayah dan kumpulkan kami bersama-sama di syurgaMU.amin"♡♥


Hargai ayah pulak!


NURINSAN91,
UUM, SINTOK,




MENCARI CINTA NYA..







Ahad, 17 Februari 2013

selamat belajaq!

Alhamdulillah, hari ini selesai untuk kelas untuk hari prtama..sekadar bertaaruf dengan lecturer dan subjek yang akan dipelajari..Semester ini lebih kepada subjek membaca dan memahami..:-)..Calculation kurang..insyaAllah, mudah2an semester ini lebih bersemangat, dan ana sangat happy for my twin, as she got result pointer more than me..hope it will trigger me more to success and try to adapt the knowledge of business...This semester, my friends and I will take CIMA exam.harap lulus dengan cemerlang..kena rajin studi sendiri. Moga Allah redha:-)♡♥♡

Kata2 semangat dari kakak..kat k.long tak sempat mintak lagi..


YA ALLAH! JADIKAN KAMI ISTIQAMAH DENGAN SIKAP BERSUNGGUH SUNGGUH MENUNTUT ILMU...amin

Sabtu, 2 Februari 2013

Syurga Seorang Isteri


Catatan ditulis pada 12:20 a.m, 3 February 2013(upload lewat..=))

Bismillahirrahmanirrahim…
Alhamdulillah Segala Puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam, tak lupa juga selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang dengan kehadiran baginda tersebarnya Islam ke seantero dunia.
Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah untuk ‘segar’ malam ni dan dapat ambil ibrah daripada cerita ‘Syurga Seorang Isteri’, TV3 jam 10 malam tadi. Walaupun tengok cerita tu alhamdulilllah masih dapat difahami mesej yang ingin disampaikan.(Kepada siapa yang tidak sempat menonton, boleh tonton di www.tonton.com.my =) )

Antara ibrah yang ana dapat ambil:
  1.    .  Syurga isteri adalah di bawah tapak kaki suami selagi suami masih mengikut kehendak syariat Islam.
  2.        Isteri harus taat pada suami(contoh meminta keizinan), tapi jangan sampai satu tahap dipergunakan suami.
  3. .       Tanggungjawab pada mak ayah masih perlu diberi, walau telah bersuami(bagi perempuan).
  4.              Penting persefahaman antara suami isteri.
  5.            Mak ayah kepada suami/isteri kita adalah macam mak ayah kandung kita.    
  6.      Hargai pengorbanan mak ayah sehingga kita boleh Berjaya..(Terngiang-ngiang ayat watak Salim kepada kakaknya,” You are nothing without them”.
  7. \\\\      Hargai nikmat yang Allah beri, jangan sampai satu hari Allah tarik semula nikmat tersebut.
  8.           Belajar untuk menghargai apa yang kita ada dan bersyukur.
  9.        Jangan membezakan anak-anak.
  10.       “Jangan takut untuk memberi, kerana segalanya adalah pemberian dari Allah."
  11.        Selesaikan segala hutang dengan segera.  
                      -Selamat menonton-
        Cerita yang boleh membuatkan orang menangis......Moga ketemu hikmah=)
   
     Mencari cinta-Nya. 






Khamis, 24 Januari 2013

Salam Maulidurrasul...

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ini merupakan Hari Keputeraan baginda, Rasulullah s.a.w, kekasih Allah yang dirindui, InsyaAllah...

   Maha Suci Allah yang telah mengutuskan Nabi Muhammad s.a.w ke dunia pada 1,400 tahun yang lalu. Mungkin waktu itu telah berlalu, dan semakin jauh dari kita. Namun, harapnya kasih baginda masih kita rasakan di hati ini apabila mengingatinya, membaca sejarahnya, dan apabila terdengar sesuatu mengenai baginda... Moga Allah jauhkan kita, termasuk diriku, agar tidak termasuk dalam golongan yang apabila mendengar nama Rasulullah disebut, tidak terasa di hati, tidak rasa rindu, tidak rasa berterima kasih, dan tidak merasai erti Islamnya kita!Nau'zubillah..

              Sesungguhnya kedatangan baginda didatangi dengan seribu rahmat dan keberkatan. Jika tidak diutuskan baginda, mungkin kita ini lebih teruk dari masyarakat Arab di zaman jahiliah. Apa kesalahan mereka? Membunuh anak, berjudi, berzina, meminum arak dan lain-lain? Namun, cuba kita perhatikan di sekeliling kita? Adakah fenomena- fenomena tersebut masih berlaku di zaman millenium kini?YA, bukan?

             Mungkin sebahagian kita masih mengingati baginda, namun, tidak mustahil juga sebilangan besar di antara kita yang mungkin jauh dari baginda, menyebabkan kita tidak terasa untuk menghargai nilai keIslaman dalam diri, dan sekadar meletakkan agam di tepi- tepi sahaja. Mengambil hukun-hakam sekadar yang perlu dan 'sedap' di hati, dan tinggalkan yang mana 'eh, payahnya nak buat!'...Nauzubillah.. Ana mengingatkan diri untuk lebih menghargai nilai-nilai Islam, dan cuba untuk mempraktikkan dalam hidup. Seandainya Rasulullah s.a.w masih hidup, apa yang akan kita perkatakan padanya..Rasanya, terlalu jauh kita dari apa yang mungkin Rasulullah harapkan?! Pemuda bagaimana kita? Jika jauh dari sunnah Rasulullah, malah mungkin ada yang sanggup memperkecilkan sesetengah sunnah baginda??


Wahai pemuda/ pemudi, 
Siap di hatimu, 
Masihkah ada insan yang bernama Muhammad di hatimu,
Setelah Allah di hatimu,
Atau kau lebih mengagungkan manusia biasa,
Yang mana kau harap dia dapat temani engkau kala susah dan senang,
tanpa ada ikatan yang sah?,
Cinta itu buta, 
Namun, kadang2 boleh melukakan, 
Andai cinta tidak diletak tidak pada tempatnya,
Siapa yang menjamin kita akan mendapat syafaat baginda?.
Kala hati ingat dia yang 'biasa' hingga tak tentu arah,
Jadikan Al-Quran dan Sunnah pemandu hati di dunia fana,
Jadikan Allah dan Rasullah paling top di hati,
Sebelum jumpa cinta yang suci yang mengharap kepada redha Ilahi ,
Kerana cinta sesudah itu pasti kau takkan sesali. 
Wallahualam..

Cintakan bunga, bungakan layu, cintakan manusia, akan berlalu pergi,
Namun cinta Allah, kekal abadi....

Mencari Cinta-Nya,
21012013,
Jitra, Kedah.

Jumaat, 18 Januari 2013

Indahnya Tarbiyah

Bismillahirahmanirrahim...

Alhamdulillah, syukur sangat2 Allah masih berikan aku masa untuk menulis tatkala akhwat-akhwat lain sedang berjuang dalam Muqayyam Dakhili waktu ini. Pada perancangan asalnya memang aku akan join program ni..Tapi perancangan Allah itu tentu lebih baik walau aku tidak menyukainya...Tak semestinya apa yang kita suka itu yang terbaik, kan???

  Aku habis exam hari tu 13/1/2013 tepat jam 12 tengah hari..lepas tu terus hantar kawan pada jam 1 suku pi Stesen Bas Changlun...petang tu kemas barang sket2(banyak gila)..

14/1/2013-Kemas barang- barang dalam keadaan malas2, alhamdulillah, kak Syakira banyak membantu tatkala terpaksa memindahkan barang2 ke dalam keta 3kali...huhu..Aku sorang ja rajin bawak balik banyak(alhamdulillah umah dekat), padahal kawan2 tinggal je barang kat sini..

15/1/2013-merancang nak teman Kak Syakira balik Perak, tapi tak jadi.....sebab tak ramaipun nak pi..So, I decided balik rumah...Terkejut jugak, balik tu ayah sakit belakang..tak tau sakit spesifik apa tapi ayah kata tulang ayah meletup..Tulah, sapa suruh tak minat sains....

16/1/2013- Ayah suruh Pak Lang(adik ayah) teman pi jumpa Pakar Tulang..Aku duk rumah jaga tok....Kaklong keja....Memang kena pegang tanggungjawab yang besar jugakk, tambah2 duk dekat nie, mudah-mudahan Allah berkati perjalanan hidupku,...Teringat time mak ada dulu...At that time, seba salah juga, sebab nak join program Muqayyam Dakhili kat Changlun dan diamanahkan untuk jadi AJK makanan bersama Ukhti Shikim...Kak Fatyha dah banyak tolong aku ++ akhwat lain...Mula2 boleh tahan lagi, duk pikir sorang-sorang,ayah bagi pi program, masalahnya aku tak gamak tinggal ayah, nanti mendatangkan fitnah pulak, duk join usrah2 tapi tak tau tanggungjawab kat ibu bapa...Kalau mak, alhamdulillah, she gave a lot of chance to go to programme, meetings,and  others.....even time she sick..Aku harap sangat2 setiap kebaikan yang aku sumbangkan di jalan Allah walau tak seberapa macam akhwat lain, sampai juga pahala buat mak dan ayah...

ku ingat lagi, di awal2 tarbiyah, kalau ada program jarang habaq kat mak ayah, walhal rumah dekat satu kilometer ja dari lokasi kami selalu mabit kat Taman Tengku Maheran, sebelum berpindah...kadang2 on the way balik pagi tu,(tunngu bas MARA) dah beberapa kali terjumpa mak ayah..he..time tu senyum ja..lama2 mak ayah boleh terima,,mak sume OKEY...ayah dia soal siasat lebih sket..he.detail gila....biasalah anak perempuan, sapa tak sayang...Cuma ayah selalu pesan pasl jangan duk sibuk usrah, pelajaran terabai.....Ayah duk tanya juga, apa faedah join+++ (jenuh susun ayat nak tackle)...

OOOOPPPPSSSSSSSSSSSS....dah melalut....



17/1/2013- Pukul 11.30 tengah hari dengan kebalnya beli barang sorang2, walau ada akhwat di UUM offer..masih mampu, insyallah....barang2 yang dibeli untuk BBQ:kentang, hotdog, nugget, roti for supper..(bajet makanan 60 orang)..lepas bayar. terus tolak troli ke kereta(tebal muka-padan muka sebab letak jauh sangat kereta..)

Tepat jam 4 petang, keluar beli ink printer kat kaklong, agak tough bagi aku sebab pi beli sorang2, parking penuh, terpaksa pusing 2x dan jalan agak jauh. Moga Allah redha..Lepas hantar barang, terus pi UUM, ada liqo' kejap...Lepas solat with Kak Azi, gerak gi DPP(asrama) Muamalat, YAB, Sime Darby, untuk ambil barang akhwat dan pi dengan Kak Rosie dan Nadirah di Bukit Kachi.. Alhamdulillah, sampai di lokasi program, Changlun, pukul 7.05 malam, letak barang2 depa dan solat maghrib...

 Sembang2 dengan sorang adik, MariyaUlfa sementara para peserta makan dan tunggu solat Isyak..mengenai sesuatu yang tak sia2, dan sangat beruntung bertemu dengannya, bersemangat, dan selalu bermusyawarah dengan guru2 dia, tentang tindakan2 yang dia lakukan dalam hidup dia, walaupun, hanya jumpa tak sampai 10x sepanjang semester ini, tetapi alhamdulillah ukhwah masih berjalan kerana-Nya, dan aku sangat terharu dengan tindakan dia yang lebih proaktif daripada aku, kerana menegur aku dahulu selepas solat di Masjid Sultan Badlishah pada awal semester ini..Aku harus mencontohi dia, kerana itulah seharusnya sikap seorang dai'e...so, change it!!

8.15 p.m, keluar pulang ke rumah dari Changlun ke Jitra sorang2, alhamdulillah 8.45 sampai rumah...Alhamdulillah Allah sentiasa ada untuk kita, buat2 berani dan banyakkan zikir, insyaAllah hati lebih tenang..=) Apapun, yakin pada pertolongan-Nya dan jangan drive laju=)


Sedih memang sedih...tak dapat join Muqayyam + pi Festival Beliawanis Nasional di UIA, tapi sentiasa mengingatkan diri akan kalam Allah,2:216...Alhamdulillah, ayah dah okey, skang kena jaga tok ja kat sini=) I hope I can join another program...Moga aku redha akan ketetapan Allah, moga Allah berikan ganti yang lebih baik...


buat akhwat2 yang pi program malam nie, selamat berjuang..moga kita sama2 mendapat kebaikan di sisi Allah..



Mencari Cinta-Nya,
19012013,
Jitra, Kedah


Alhamdulillah